Gelagat haiwan berbulu berwarna jingga atau lebih terkenal dengan gelaran ‘Oyen’ yang nakal dan pelik menarik perhatian ramai termasuk peminatnya di TikTok.
Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @nurtiqaaaa menjadi tular disebabkan gelagat si Oyen yang tetap berdegil hendak merampas tempat duduknya. “Alahai, lihat saja perangainya. Dia tetap hendak berebut duduk depan dan pada akhirnya, manusia terpaksa juga mengalah,” ujar pemilik hantaran tersebut menerusi ruangan kapsyen. Perkongsian tersebut seterusnya berjaya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dan geram dengan gelagat haiwan berbulu yang comel itu.
“Perangai kucing saya sebijik dengan kucing itu. Dia tidak ingin duduk di bahagian belakang dan tetap berdegil ingin duduk depan,” kongsi seorang pengguna. “Nampak gayanya, akak perlu membeli kereta baru. Kereta yang ini sudah menjadi milik Oyen,” seloroh seorang lagi pengguna TikTok. “Oyen merampas tempat dengan cara yang halus. Sedikit demi sedikit dan akhirnya tempat itu menjadi miliknya,” ujar netizen lain pula. -CARI Sumber: Kosmo
|
prettyuglybabe replied at 25-11-2022 12:58 PM
picit peyut tu karang baru tau
Moyangkucing replied at 25-11-2022 12:44 PM
Walaupun oyen di label macam2, oyen tetap dihati...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.410068 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.