CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datang Solat Subuh 3 Bulan Berturut-Turut Di Surau, Dapat Hadiah Basikal

25-11-2022 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1414| Komen: 15

Description: Tindakan ahli jawatankuasa surau Hidayatul Mustaqim, Selayang Baru yang menawarkan hadiah sebuah basikal kepada kanak-kanak yang hadir solat subuh selama tiga bulan berturut-turut meraih pujian orang ...
Tindakan ahli jawatankuasa surau Hidayatul Mustaqim, Selayang Baru yang menawarkan hadiah sebuah basikal kepada kanak-kanak yang hadir solat subuh selama tiga bulan berturut-turut meraih pujian orang ramai.


Perkongsian video melalui akaun TikTok @zaidyabdultalib memaparkan sekumpulan kanak-kanak yang kelihatan bersemangat hadir ke surau tersebut untuk solat subuh secara berjemaah disamping ingin berpeluang untuk mendapat hadiah basikal itu.


Foto: tiktok

Video tersebut telah tular dan majoriti besar orang ramai menyifatkan tindakan itu adalah satu usaha yang bagus untuk menggalakkan kanak-kanak dan remaja supaya rajin untuk mengimarahkan surau atau masjid.


“Syabas, satu idea dan inisiatif yang bagus dan berkesan untuk galakkan remaja dekati rumah Allah,” komen seorang pengguna TikTok.

“Mula-mula datang bersebab tapi kalau sudah 40 hari tidak tinggal, insha Allah lepas 3 bulan mereka akan kekal solat berjemaah walaupun tiada hadiah,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“Terbaik AJK surau!, pada awalnya budak-budak akan pergi kerana mahukan basikal tetapi lama-kelamaan ianya akan menjadi kebiasaan dan budak-budak ini akan terbiasa untuk solat secara berjemaah,” komen seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, terdapat juga orang ramai yang khususnya golongan ibu bapa berharap agar inisiatif seperti ini dilaksanakan berterusan di semua surau agar lebih ramai kanak-kanak dan remaja bersemangat untuk ke rumah Allah.



“Bagus dilakukan oleh semua surau, surau perlu dimeriahkan dengan kehadiran kanak-kanak juga, bukan golongan senja semata kerana melalui ini ianya boleh memupuk kerohanian anak-anak,” tulis pengguna TikTok itu.

“Saya berharap agar ada wakil rakyat yang melihat video ini dan jadikan satu rujukan untuk dinormalisasikan buat semua surau dan masjid,” tulis pengguna yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 200,00 tontonan, 15,000 tanda suka dengan 208 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen positif daripada orang ramai. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 25-11-2022 02:05 PM
aku sokong
walaupun budak2 ni pergi demi basikal
tapi ada semangat nk pergi
dan pergi masjid pastinya depa solat juga
nnt jadi habit bangun pagi
kalau dah biasa solat, nak tinggal mesti teringat2
Quote white_musk 25-11-2022 02:07 PM
Orang malayu sepatutnya rajin bangun pagi....
Quote pooh~key 25-11-2022 02:34 PM
white_musk replied at 25-11-2022 02:07 PM
Orang malayu sepatutnya rajin bangun pagi....

Depa buat apa rajin naw bangun pagi2 tu sisthur? Semangat search gugel how to make a bomb kah sissy?
Quote white_musk 25-11-2022 03:01 PM
pooh~key replied at 25-11-2022 02:34 PM
Depa buat apa rajin naw bangun pagi2 tu sisthur? Semangat search gugel how to make a bomb kah siss ...

Kena rajin lah bangun pagi bersenam, dan makan breakfast yang healthy...
ini akak lihat masing2 pun tembun bam bam..

bagaimana  ingin beribadat jika badan pun lemah
Quote Skuau 25-11-2022 03:10 PM
dah dpt tu..jgn 'melajak'..ye..dek
Quote CiliPadiSedap 25-11-2022 03:13 PM
Kalau untuk laki pula, datang setahun dapat bini baru or madu baru
Quote sangbara2020 25-11-2022 03:13 PM
utk mak2 lak brgan dapur
Quote Supersirap 25-11-2022 03:36 PM
Terbaik kepada AJK Surau tersebut
Quote Cassieopeia 25-11-2022 03:46 PM
solat subuh ni org tuapun liat nk pegi.. hebat budak2 ni. good job mak pak dia
Quote ultra78 25-11-2022 03:53 PM
Ramai aje yang bangun awal pagi. Tapi lepas masuk waktu, terus solat di rumah dan drive ke tempat kerja sebab nak elakkan jam. Sekarang ni sebelum subuh pun highway dah banyak kereta. Salah siapa?
Quote Highflyer19 25-11-2022 06:04 PM
Nanti niat lain pulak...apapun syabas ajk surau
Quote namr 25-11-2022 08:54 PM
bagus la..mmg cam takut niat tak betul tapi untuk bg semangat kat budak2.kita yg dewasa sendiri pun nak solat wajib pun kena paksa diri jua, kalo tak paksa tak buat lahh.40hari paksa lepas tu jd rutin tak buat rasa tak lengkap gittew
Quote Jitu 25-11-2022 11:44 PM
adoi sedih la tengok jemaah skrg ni
baru2 ni aku singgah satu masjid kat kawasan kampung nak solat maghrib
satu saf 4 org je

Quote doubleharmonic 26-11-2022 01:02 PM
motip letak basikal tu kat atas camtu jah?
Quote capwayang 26-11-2022 01:10 PM
..ááá, sorry. Bukan - Didiklah anak kamu solat pada usia tujuh tahun dan rotanlah mereka apabila usia mereka menjangkau 10 tahun (jika masih meninggalkan solat) not umpan hadiah basikal..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.059360 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top