CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sakan Beratur Nak Isi Diesel, Banteras Pikap Siam 'Kutip' Minyak!

25-11-2022 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1034| Komen: 8

Description: KANGAR – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri memperhebatkan kawalan bagi mengekang aktiviti ‘kutipan’ bahan bakar bersubsidi oleh pikap Siam di selu ...
KANGAR – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri memperhebatkan kawalan bagi mengekang aktiviti ‘kutipan’ bahan bakar bersubsidi oleh pikap Siam di seluruh Perlis.


Pengarah Pejabat KPDNHEP negeri, Norazah Jaapar berkata, pihak penguat kuasa sentiasa memandang serius dan akan mengambil tindakan tanpa kompromi terhadap aktiviti tersebut.

Kata Norazah, pihaknya menyita enam buah kenderaan bernombor pendaftaran Thailand sejak 1 Januari lalu hingga kelmarin.


Trak pikap dari negara jiran beratur untuk mengisi diesel di Kangar baru-baru ini, Foto: Kosmo


“Enam kenderaan itu melibatkan lima kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 melibatkan komoditi minyak petrol, diesel serta minyak masak.

“Selain tindakan perunda­ngan, kita turut membuat rondaan di sekitar stesen minyak dalam radius 50 kilometer (km) dari pintu sempadan bagi mengekang kenderaan Thailand mengutip minyak bersubsidi,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ujarnya, kenderaan berpendaftaran Thailand diperiksa dan diberi notis larangan dan kawalan pembelian petrol dan diesel di stesen minyak.

Aktiviti pikap Siam dilaporkan semakin aktif mengumpul minyak dari satu stesen ke stesen lain bagi mendapat bekalan bahan bakar bersubsidi itu sebelum pulang ke Thailand.

Untuk rekod, terdapat 38 ste­sen minyak berada dalam 50 km radius dari sempadan negara di seluruh negeri Perlis.

Menurut Norazah, pihaknya mengambil perhatian atas situasi semasa itu dan sedang meneliti peraturan bersesuaian.

“Peraturan baharu yang sedang dirangka ini dijangka dapat meminimumkan kegiatan yang menyalahi undang-undang sedia ada dan pada masa sama, dapat memastikan sasaran subsidi sampai kepada rakyat.

“Ia melibatkan banyak aspek teknikal yang sedang diperhalusi untuk memastikan tiada loopholes (kelemahan) semasa pelaksanaan di masa depan,” katanya.

Menyentuh mengenai cabaran dihadapi, beliau memaklumkan, bilangan anggota penguat kuasa terhad adalah antara rintangan terbesar.

“Kami sangat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang penyaluran maklumat berkaitan penyelewengan bahan bersubsidi termasuk isu kenderaan dari Thailand oleh orang ramai.

“Kami memohon kerjasama masyarakat setempat menyalurkan aduan secara rasmi melalui platform disediakan, bukannya menerusi media sosial. Ini kerana, ia menyukarkan tindakan lanjut disebabkan banyak verifikasi perlu dilakukan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Norazah memberi jaminan setiap aduan disalurkan, maklumat pengadu akan dirahsiakan.

Katanya, selain menerusi pemeriksaan dan risikan, aduan yang diterima berhubung ken­deraan Thailand ini membo­lehkan ia disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Ha­sil Daripada Aktiviti Haram 2001. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 25-11-2022 12:48 PM
Isu apaaa lagi kah yinniii
Quote Zazama 25-11-2022 01:37 PM
Sila sita, Jgn tak sita!
Quote gekkou 25-11-2022 01:59 PM
no plet malaysia je kan yang boleh beli ron 95
ada aku jmpa kat stesen minyak
marah pekerja yang bg tau driver pasal benda ni
siap argue dan tunjuk ic malaysia
masalahnya sah2 no plet kereta ko bukan malaysia punya
hujung2 isi juga kau ron 97 kan
bagus encik2 dari bangladeh
tegas
Quote Gomea 25-11-2022 04:53 PM
Dah ade yg mati kena lenyek baru acah2 nak peduli.
Quote Belibis 25-11-2022 04:56 PM
Dzahin_poch replied at 25-11-2022 12:48 PM
Isu apaaa lagi kah yinniii

Isu semusim jer..nak lengkapkan kpi sempena ujong tahun sis..
Dah berkoyan diesel ni siam bawak lari..selama ni buat apa??
Quote jfq 25-11-2022 05:04 PM
pihaknya menyita enam buah kenderaan bernombor pendaftaran Thailand sejak 1 Januari lalu hingga kelmarin

January to November.
Takkan 6 aje yg kena sita cik kak oi
Quote Skuau 25-11-2022 05:23 PM
Belibis replied at 25-11-2022 04:56 PM
Isu semusim jer..nak lengkapkan kpi sempena ujong tahun sis..
Dah berkoyan diesel ni siam bawak la ...

selama ni..sedap jer tomyam...depa.
Quote Acikgomen 25-11-2022 05:30 PM
Belibis replied at 25-11-2022 04:56 PM
Isu semusim jer..nak lengkapkan kpi sempena ujong tahun sis..
Dah berkoyan diesel ni siam bawak la ...

Ini keja membodek mb baru namanye

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.088007 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top