CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Selamat Maju Jaya," Tun Mahathir Ucap Tahniah Kepada Anwar Ibrahim

25-11-2022 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12926| Komen: 293

Description: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ucapan tahniah itu dimuat naik pada Facebook beliau hari ini.

“Saya ucap tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

“Selamat maju jaya,” katanya ringkas pada hantaran tersebut.

Foto: Suara Merdeka

Semalam, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.


Istana Negara dalam satu kenyataan dipetik berkata, keputusan itu dimaklumkan selepas Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 25-11-2022 12:26 PM
selamat berehat tun
Quote Kak-Rohana 25-11-2022 12:28 PM
Sian Atok buat Pejuang satu kerusi pun tak menang dek. Makna nye org dah tolak secara  total nak pembaharuan. Rehat2 lah ye
Quote pinggan 25-11-2022 12:29 PM
Ringkas nya ucapan Tun. Okla tu kan.
Rehat leklok tun ya. Dah tayah jawab soalan2 politik klau wartawan duk tanya2.
Quote limesherbet 25-11-2022 12:29 PM
Macam ucapan TERPAKSA je
Quote bakingsoda 25-11-2022 12:30 PM
chill je atok k, bangnon tu rasanya tak sempat kot nak ingat persengketaan lama ngan atok, duk kena kejar ngan rakyat mintak janji ditunaikan press pon lambat datang bertubi2 calls dr pemimpin luar lagi nak layan, menukang kabinet etc
Quote Dzahin_poch 25-11-2022 12:46 PM
Good health untuk tun jugak. Jasa tun kami x lupa. Tapi ni masa untuk tun berehat dah. Even anwar bukan pilihan semua tapi kami husnuzon.
Quote True-X 25-11-2022 12:55 PM
Atok dah nak demam ke tuh?

ke tengah rancang Scheme of Things 3.0
Quote opie5662 25-11-2022 01:23 PM
Edited by opie5662 at 25-11-2022 01:25 PM

Tq Tun utk jasa2 Tun. Berehat lah. Semoga Tun diberikan kehidupan yg baik2. Terima kasih.

For me... U are the best. Memori 90an saya sgt best bersama Tun. Nampak proton Saga atas jalan pon happy sgt masa tu smpi berangan nk beli. But this time bg pulak org lain mencuba utk bawak Malaysia dgn cara baru
Quote ekselen 25-11-2022 01:26 PM
Oklah tu ada ucapan.... Nk gaduh2 sgt pun buat apa... Masing2 dah tua kot... Ni la masa utk berdamai...lupakan sengketa, teruskan bekerja pd yg diberi mandat...
Quote amyza82 25-11-2022 01:28 PM
Ni namanya short and sweet
Quote pilot 25-11-2022 01:31 PM
opie5662 replied at 25-11-2022 01:23 PM
Tq Tun utk jasa2 Tun. Berehat lah. Semoga Tun diberikan kehidupan yg baik2. Terima kasih.

For me... ...

tula memori iols masa zaman tun pun pasal kereta...dekat kg igt lagi dgn arwah abah sambil2 duduk menghadap jalan raya, dok kira berapa byk kereta proton saga yg lalu...arwah abah iols mmg umno of coz la bangga lain macam apa2 yg tun buat..tun sihat lg umo nak 100 tahun dah...al fatihah abah
Quote Zazama 25-11-2022 01:36 PM
Dzahin_poch: Good health untuk tun jugak. J ...


Setuju dgn yg ini! ????
Quote Kitty_catz 25-11-2022 02:36 PM
cute betholl

[tiktok]7167637884386741530[/tiktok]
Quote esbok 25-11-2022 02:49 PM
lama tak dak orang jenis keras kat role pm ni
Quote Siput_Sawah 25-11-2022 03:05 PM
Selamat menulis Tun semoga diberi kesihatan yg baik. Budi mu sentiasa kami kenang.
Quote Suchi 25-11-2022 03:06 PM
bakingsoda replied at 25-11-2022 12:30 PM
chill je atok k, bangnon tu rasanya tak sempat kot nak ingat persengketaan lama ngan atok, duk kena  ...

Sudah2la gara2 politik balas dendam ni la jd punca  runtuhnya kestabilan politik negara.
4 tahun yg penuh toksik, hat menang fokus nk balas dendam, yg kalah takut dibalas dendam maka menyusun mcm2 langkah utk lindungi diri.

Agong pun dh takmo peristiwa mcm langkah sheraton bagai tu berulang lagi.

Cukup-cukuplaa fokuslaa bina semula negara kita atleast malu la skit dgn negara seberang tu.
Quote darkness 25-11-2022 03:07 PM
Oklah tu. At least ada jgk ucapan
Quote ninja9 25-11-2022 03:25 PM
pinggan replied at 25-11-2022 12:29 PM
Ringkas nya ucapan Tun. Okla tu kan.
Rehat leklok tun ya. Dah tayah jawab soalan2 politik klau warta ...

Memang patut pun ringkas. Tidak perlu fake.. ianya ucapan dari yang kalah kepada yang menang dalam persaingan..


...  buat apa nak panjang-panjang, sebab aku jangka kejap lagi dua-dua masuk gelangang balik..

orang lama dalam politik patut faham benar perkara ini. Ianya asam garam kehidupan yang dilalui oleh seorang poltiician


Quote ifanonline 25-11-2022 03:27 PM
pejuang ni ada potensi...cuma belum tiba masanya lagi...

Lihat semua komen(293)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059980 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top