CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah 2 Bulan Dapat Kunci Tapi Ebby Yus Belum Boleh Masuk Rumah Baru

22-11-2022 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1407| Komen: 2

Description: Pelawak dan pelakon Ebby Yus, 57, kini terpaksa berehat seketika selepas dimasukkan ke hospital selama dua minggu untuk rawatan, bulan lalu.Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid yang s ...
Pelawak dan pelakon Ebby Yus, 57, kini terpaksa berehat seketika selepas dimasukkan ke hospital selama dua minggu untuk rawatan, bulan lalu.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid yang sebelum ini mempunyai masalah jantung dan buah pinggang berkata, dia perlukan rehat untuk seketika dan tidak boleh terlalu aktif bekerja lagi akibat penyakit dihidapi.



IG Ebby

"Pada mulanya hanya terpelecok kaki kanan semasa nak keluar rumah bagi menghadiri satu majlis alumni sekolah kerana saya dipilih sebagai pengacara pada 26 September lalu. Jadi, sebab dah janji dan saya juga salah seorang alumni, kenalah tunaikan.

"Tapi, sakitnya kaki itu jangan cakaplah, memang tak boleh nak tahan pun. Tapi, saya teruskan bekerja sampailah tak boleh jalan dan masuk hospital untuk rawatan. Jadi, tersangkutlah semula dengan masalah jantung dan buah pinggang. Malah, saya hampir nak kena buat dialisis sebab buah pinggang rosak di tahap lima," katanya kepada Harian Metro.


Ebby Yus berkata, bagaimanapun kini dia amat menjaga kesihatan diri dan perlu menjalani pemeriksaan berkala di hospital mengikut temujanji dibuat doktor.

Katanya, dua minggu lagi dia akan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi pemeriksaan jantung dan buah pinggang.

Ditanya pula mengenai rumah baharunya, Ebby berkata, kediaman pemberian kerajaan yang dibina di tapak asal rumahnya yang musnah dihanyutkan banjir di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat pada Disember tahun lalu, sudah siap sepenuhnya dan mendapat kunci.

"Alhamdulillah, rumah baharu saya dah lama siap dan sudah dua bulan dapat kunci. Tapi, saya masih tak dapat masuk lagi ke rumah itu kerana kerja-kerja pemulihan sungai dan pembinaan jambatan belum siap.

"Saya pun tak fikir lagi sama ada nak buat ubah suai dalam rumah itu kerana masih trauma dengan kejadian banjir yang lalu. Lagipun, sekarang dah musim hujan dan ada kawasan lain mengalami banjir lagi. Jadi, saya bimbang nak cantikkan rumah.

"Biarlah dulu dan saya tak mahu fikir pun mengenai nak buat ubah suai. Saya pun nak kena sihatkan badan. Masuk duduk di rumah itu pun belum berpeluang lagi, masih kena tunggu semua kerja-kerja dibuat selesai," katanya.

Terdahulu, Ebby difahamkan menerima sumbangan kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000 yang dibina di tapak asal rumahnya yang musnah dihanyutkan banjir di Hulu Langat, sebelum ini.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-11-2022 02:49 PM
Semoga dipermudahkan urusan abg ebby
Quote Nenolen 22-11-2022 04:26 PM
kaka doakan yg baik2 ajer utk abg ebby...GWS

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.263668 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top