CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tuju Lagu Pada Ex, Ramai Bitter Tengok Farisha Iris Boleh Naik Pentas Menyanyi Dengan Raisa

22-11-2022 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2131| Komen: 12

Description: Bahang konsert penyanyi popular negara Indonesia, Raisa yang berlangsung pada Ahad lalu masih menjadi sebutan ramai.
Bahang konsert penyanyi popular negara Indonesia, Raisa yang berlangsung pada Ahad lalu masih menjadi sebutan ramai.

Antara yang menjadi tarikan ialah momen penyanyi baharu, Farisha Iris yang mengejutkan ramai apabila diberi peluang untuk naik ke atas pentas bersama Raisa.

Ia susulan sebuah video yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya mencetuskan perbalahan antara netizen yang mendakwa dia dipanggil ke atas pentas atas tiket selebriti.


Foto: IG

Menerusi video tersebut, Raisa meminta Farisha untuk menelefon bekas kekasihnya di hadapan orang ramai, namun panggilannya tidak diangkat.


Raisa kemudian memberi idea kepada Farisha untuk membuat video khas kepada bekas kekasihnya itu.



“N (panggilan bekas kekasih), saya ada sesuatu untuk awak,” katanya dan lantas menyanyikan lagu Mantan Terindah bersama-sama.

Menjawab persoalan ramai yang mendakwa punca dirinya dipanggil adalah kerana bergelar seorang selebriti, Farisha berkata dia adalah peminat fanatik Raisa.



“Ramai yang kata saya artist la influencer bolehlah naik. Eh semalam tu saya memang fanatik gila dekat Raisa.

“Orang yang terdekat saja tahu saya memang peminat Raisa dan Alhamdulillah semalam adalah rezeki saya.


“Saya menjerit kuat untuk dia bila dia cakap ‘Nak borak dengan peminat pasal mantan (bekas kekasih)’, jadi saya angkat tangan, jerit-jerit semua tu. Security pun dah flash lampu dekat saya, jadi saya naik lah.


“Rezeki kan, nak buat macam mana dah naik dan dah cerita dah pun pasal ex. Tapi memang saya sangat happy sebab tak sangka dapat jumpa Raisa secara dekat sangat,” katanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 22-11-2022 03:09 PM
kuasekkkk.... menyampah gila aku artis yindon datang sini semua nak auto cakap slang yindon...cakap malaysia sudah...
Quote kelip2_07 22-11-2022 03:28 PM
sape farisha nie?
Quote hanihan16 22-11-2022 03:30 PM
prince_marhaen replied at 22-11-2022 03:09 PM
kuasekkkk.... menyampah gila aku artis yindon datang sini semua nak auto cakap slang yindon...cakap  ...

kan, gigih benau. cakap je lah bunyik melayu.
Quote greantea 22-11-2022 03:32 PM
2,2 x kenal. sendunya aku.
Quote prince_marhaen 22-11-2022 03:58 PM
hanihan16 replied at 22-11-2022 03:30 PM
kan, gigih benau. cakap je lah bunyik melayu.

TU LAH....dah la cakap slang yindon pun pelik2 macam tak pernah tengok sinetron... bunyik macam menganjing je.. cakap je lah style malaysia... try hard nau nau..
Quote Nozot 22-11-2022 04:24 PM
Kenapa perlu pakai tudung sampai dahi nampak jendul & kepala nampak macam mentol..
Kenapa la BBNU suka sangat artis muka basic macam nie, bakat pun sendu..
Nasib Raisa tu suara best, rupa pun helok. Sedap sikit nak tengok n dengar.
Quote doubleharmonic 22-11-2022 09:53 PM
dua ekor babi sesat tiberr muncul entah dari mana
Quote rosedemon 23-11-2022 09:47 AM
dua2 xkenal g mamla ko
Quote insyi81 23-11-2022 12:12 PM
I minatlah jugak dgr lgu Indonesia..tpi raissa apa lagu dia yg popular ya?
Quote myakayina 23-11-2022 12:26 PM
raisa ni lagu hit dia apa..mcm x top pun kt sini lagunya..
Quote mizruncing 23-11-2022 12:32 PM
haram x kenal tp ramai ehh dtg support
Quote bankerpencen 23-11-2022 06:16 PM
Kamu siapa~ kamu siapa~

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051177 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top