CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Buang Semua Cukai, Aliff Syukri Kemukakan Manifesto Jika Jadi Perdana Menteri

22-11-2022 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1714| Komen: 13

Description: Datuk Seri Aliff Syukri menjawab persoalan netizen berkenaan pembaharuan yang akan dilakukannya jika dirinya terpilih menjadi Perdana Menteri.
Datuk Seri Aliff Syukri menjawab persoalan netizen berkenaan pembaharuan yang akan dilakukannya jika dirinya terpilih menjadi Perdana Menteri.

Persoalan tersebut diajukan kepada Alif memandangkan Malaysia baru sahaja melepasi fasa Pilihan Raya Umum ke-15 dan masih belum menentukan Perdana Menteri yang baharu.

Hantaran video di TikTok milik Alif itu memaparkan dia memberitahu segala manifesto yang akan dilakukan jika diberi peluang menyandang jawatan tersebut.

Foto: IG

” Yang pertama sekali, kalau saya jadi Perdana Menteri saya akan buang semua cukai-cukai yang terlalu banyak. Cukuplah hanya satu cukai sahaja.


“Nombor dua, saya akan pastikan semua usahawan dibela dan menyokong penuh dunia hiburan yang penting tidak menghisap dadah, tak minum arak dan menyekat tempat maksiat dan perjudian seperti Casino.

“Saya juga akan membela nasib ibu tunggal, terutamanya pada mereka yang tiada pekerjaan.



“Saya juga ingin menjadikan industri pelancongan bertaraf internasional supaya menarik lebih lagi pelancong luar untuk datang.

“Saya juga akan membantu usahawan tempatan untuk lebih maju, memberikan pendidikan percuma kepada mereka yang tidak mempunyai pelajaran tetapi meninginkan kemahiran sebab zaman sekarang ni pelajaran nombor dua yang penting ada skill.

“Seterusnya, yang paling utama saya juga akan megelakkan rasuah untuk memajukan sebuah negara, itu pun kalau saya jadi Perdana Menteri mana tahu next PRU saya bertanding, ada yang nak sokong tak?” jelasnya.




Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terhibur dengan angan-angan Alif untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan ada juga yang memberi sokongan penuh jika impiannya itu tercapai.

“Sejujurnya janji Datuk ni lagi boleh dipercayai dari janji ahli politik.” tulis warganet. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 22-11-2022 11:33 AM
selisih..... yihhh mintak dijauhkan la
Quote mamajawie 22-11-2022 11:38 AM
laki bini bengap..done talk
Quote lightheaded67 22-11-2022 11:53 AM
ater mana dtg juta2 duit nk buat manifesto dh kalo cukai lain kasi delete, jual ponggong?
Quote kucingitam 22-11-2022 12:22 PM
lightheaded67 replied at 22-11-2022 11:53 AM
ater mana dtg juta2 duit nk buat manifesto dh kalo cukai lain kasi delete, jual ponggong?

hahaha guna duiit dia la..dia kan jutawan..terkaya, terpaling katanya
Quote dibs 22-11-2022 12:26 PM
lightheaded67 replied at 22-11-2022 11:53 AM
ater mana dtg juta2 duit nk buat manifesto dh kalo cukai lain kasi delete, jual ponggong?

Masalahnye ada ke org nk beli
Quote tikusmontok 22-11-2022 12:27 PM
Bercakap pun tak betul tak payahlah berangan
Quote matseh 22-11-2022 12:44 PM
Semua orang bila nak masuk ke politik. Niat dan cita2 begitu suci murni mcm budak baru lahir.
Bila dah jadi ahli politik, jadi kotor mcm seluruh badan pegi duduk dlm kolam kumbahan. Busuk dan penuh dgn penyakit.
Quote lightheaded67 22-11-2022 06:29 PM
kucingitam replied at 22-11-2022 12:22 PM
hahaha guna duiit dia la..dia kan jutawan..terkaya, terpaling katanya

dia tak de jawatan dlm gomen pun dh buat perangai pelik2, ade jawatan lagi lah haru
Quote lightheaded67 22-11-2022 06:29 PM
dibs replied at 22-11-2022 12:26 PM
Masalahnye ada ke org nk beli

tak lalu nk mbayang kan nyah kaka
Quote rosedemon 23-11-2022 09:43 AM
berangan lah nyah
Quote bankerpencen 23-11-2022 06:19 PM
Cukai cukup satu je ya. Berapa peratus tu? Cukai pendapatan - apa yang dikira sebagai pendapatan? Review2 product masuk account sendiri kau bayar zakat dan/atau cukai tak?

Sembang… orang takde ilmu tak payah dilayan
Quote Kitty_catz 23-11-2022 07:40 PM
kalau dah bodohhhhh
Quote samshik 23-11-2022 08:17 PM
Ko igt ko tarap Donald Trump ke yg lyk nk jd PM mesia??? Dah tgk cermin?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057680 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top