CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fuad Rahman Terus Duduk KL Lepas Tersingkir GV9, Senang Nak Fokus Menyanyi

22-11-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2264| Komen: 12

Description: Selepas gagal melayakkan diri ke final Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), penyanyi Fuad Rahman memberitahu akan terus menetap di Kuala Lumpur.
Selepas gagal melayakkan diri ke final Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), penyanyi Fuad Rahman memberitahu akan terus menetap di Kuala Lumpur.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, agak sukar sekiranya dia perlu berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan persembahan dan projek lain selepas ini.


Foto: mStar

"Insya Allah kalau ada rezeki banyak tawaran menyanyi di sini, saya perlu memberi fokus untuk terus berada di Kuala Lumpur.

"Saya pun sudah mempunyai tempat tinggal di Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan di sini," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Fuad turut tidak menolak untuk membawa isteri dan anak-anaknya menetap bersamanya di Kuala Lumpur.




Bagaimanapun buat masa sekarang dia akan bersendirian dan akan membawa keluarga tinggal bersamanya apabila keadaan sudah stabil.

"Insya Allah isteri saya akan datang ke sini tapi buat sementara waktu ini biarlah saya seorang sahaja yang berpindah ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, bercakap soal penyingkirannya, Fuad mengakui dia mengalami masalah kesihatan sejak tiga minggu lalu sehingga membuatkan persembahan terganggu.

Menurut Fuad, dia ada berjumpa doktor dan turut diberikan suntikan untuk melegakan tekak.




"Sudah tiga minggu saya mengalami gejala batuk yang agak teruk sehingga perlu mendapatkan suntikan di klinik.

"Saya tidak kecewa kerana sakit itu datangnya daripada Allah SWT. Mungkin dia nak hapuskan dosa-dosa saya, jadi bersyukur dan reda dengan ketentuan ini," ujarnya.

Minggu akhir GV9 bakal menyaksikan enam peserta berentap merebut gelaran juara iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Hairul Nizam dan kumpulan V.E. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 22-11-2022 11:45 AM
ketatnya seluar hitam acik puad kelindan. terjojol bebird hahaha. puad ni dari jauh dh nampak bibir hitam surya. mohon gi rejuvenate bibir ya bagi pink2 sikit. tapi acik2 malaysia suka wajah kelindan heols
Quote prince_marhaen 22-11-2022 12:03 PM
Bagaimanapun buat masa sekarang dia akan bersendirian dan akan membawa keluarga tinggal bersamanya apabila keadaan sudah stabil.


bang puad jangan nak sunyi-sunyihhh sangat ye....acik-acik kat malaysia ni suka nau ngan wajah dan badan kelindan bang puad...hati-hati...bukan acik je, adik-adik pun ramai suka bad boy bau gudang garam cam kuli bangunan ni..  dan jangan sambung mendadih kat sini tau... kerja elok-elok...

btw senak meols tengok seluar bang puad...ehehehehe ;p
Quote minahmanja 22-11-2022 12:54 PM
berani betul dia buat keputusan..mcm awal sgt pulak aku rasa... ke mmg dh dpt mcm2 offer..? hady yg suara sedap tu pun mcm tk leh survive kat msia ...
Quote codenamedream 22-11-2022 01:04 PM
minahmanja replied at 22-11-2022 12:54 PM
berani betul dia buat keputusan..mcm awal sgt pulak aku rasa... ke mmg dh dpt mcm2 offer..? hady yg  ...

Hady picky sesangat.
Heols lagi suka Jual kerepek
Quote minahmanja 22-11-2022 01:14 PM
codenamedream replied at 22-11-2022 01:04 PM
Hady picky sesangat.
Heols lagi suka Jual kerepek

ye ke beb dia picky.. aku suke betul suara dia since gv tu.. rupa ade, suara ada.. tp tak boleh go.. ade comp manage pun mcm still sendu...maybe nk kena dpt lagu power skit kot, sbb lagu baru dia biasa2 jek..
Quote redz85 22-11-2022 01:40 PM
lagu gemuruh fuad & naqiu still the best..
Quote supernaturalee 22-11-2022 02:12 PM
hujung2 duk keluar lagu style leman late 80s, early 90s


Quote stingergrumpy 22-11-2022 03:53 PM
@enchante78

Timbul ler dikau.....

Quote doubleharmonic 22-11-2022 06:48 PM
nyanyi kat jamban je lah ko kan noreeennn. asal bukak mulot jer nak suara teran2 cam sembelit berak yihhhh
Quote timah03 22-11-2022 07:13 PM
Boleh ke...
Dia ni orang pandang dia sejak klpp usik dia je... Lepas abis gv ni, orang tak pandang dah...
Quote Rapz 22-11-2022 07:36 PM
codenamedream replied at 22-11-2022 01:04 PM
Hady picky sesangat.
Heols lagi suka Jual kerepek

Masih lagi under mak besar ye hady tu?
Quote rosedemon 23-11-2022 09:43 AM
sukati ko la fuaf=d

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.063231 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top