CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Biadab! Pelajar Sekolah Tendang Nenek Di Tepi Jalan Sampai Jatuh, Kawan Lain Tengok Sambil Ketawa Ramai-Ramai

21-11-2022 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2016| Komen: 22

Description: Biadab! Begitulah gambaran yang boleh diberikan terhadap sekumpulan pelajar yang menjadikan seorang nenek sebagai mangsa buli mereka.
Biadab! Begitulah gambaran yang boleh diberikan terhadap sekumpulan pelajar yang menjadikan seorang nenek sebagai mangsa buli mereka.

Menerusi video yang tular di media sosial, seorang warga emas yang sedang berjalan di tepi jalan didekati oleh sekurang-kurangnya enam pemuda yang menaiki motosikal.

Kebanyakan mereka masih memakai pakaian seragam sekolah ketika kejadian.



Salah seorang daripada pelajar yang membonceng motosikal menadah tangan di hadapan wanita itu seperti meminta sesuatu.

Warga emas itu membawa beberapa bungkusan plastik, dipercayai mengandungi makanan.


Bagaimanapun, salah seorang daripada pelajar secara tiba-tiba meluru ke arah wanita itu dan menendangnya sehingga dia terjatuh di tepi jalan.

Lebih menyedihkan apabila tindakan itu hanya dibiarkan oleh rakan-rakan lain yang mentertawakan nenek berkenaan.



Wanita itu kemudian bangun dan berjalan kaki meninggalkan lokasi kejadian, manakala kumpulan tersebut tanpa rasa bersalah meneruskan perjalanan beramai-ramai.

"Tiba-tiba kau datang tendang makcik tu dah kenapa? Apa salah dia," demikian ciapan di laman Twitter Malayiavirall.

Video berdurasi 13 saat itu mengundang kemarahan ramai yang menyifatkan tindakan kumpulan pelajar tersebut sebagai tidak mempunyai adab.

"Jahatnya!

"Kasihan eh tak ada otak. Baju macam baju sekolah dah tapi tak ada otak. Oh ponteng sekolah ye.

"Dia tak boleh bayangkan ke kalau tu mak dia?

"Anak-anak sekarang sangat memerlukan pendidikan moral," demikian antara komen netizen.

Dilaporkan, kejadian itu sebenarnya berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.

Menurut laporan Detik.com, Ketua Polis Tapanuli Selatan, AKPB Imam Zamroni berkata, pihaknya menahan enam pelajar yang terlibat dalam kejadian itu susulan video yang tular pada Sabtu.

Menurut Imam, terdapat dua insiden membabitkan wanita yang sama apabila empat individu memukulnya, manakala seorang lagi menendang mangsa.

"Enam orang (ditahan), dalam video menendang ada lima kelihatan dalam video... pukul dengan kayu terdapat empat pelaku dalam video tetapi jika digabungkan hanya enam pelaku daripada dua kejadian itu," Imam dipetik sebagai berkata menerusi laporan detikSumut.

"Pelakunya masih pelajar, mereka berusia antara 15 hingga 16 tahun, dan pelaku masih menjalankan pendidikan vokasional," kata Imam. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 21-11-2022 12:28 PM
Indon caprot.


Quote plywood 21-11-2022 12:31 PM
Quote sufi^_^ 21-11-2022 12:33 PM
Kalau ada plot twist, nenek tu sebenarnya hantu, lagi best citer ni
Quote kakikuDibibirmu 21-11-2022 12:37 PM
tenor.gif
Quote ChildrenOfBodom 21-11-2022 12:37 PM
korban perundungan tu maksudnya apa?
Quote sufi^_^ 21-11-2022 12:42 PM
ChildrenOfBodom replied at 21-11-2022 04:37 AM
korban perundungan tu maksudnya apa?

mangsa buli
Quote tikusmontok 21-11-2022 12:43 PM
Hanya di ndon friska babu dan bodo berpisah tiada
Quote Omai 21-11-2022 12:48 PM
sungguh babi anak-anak ini ya. lebih babi dari babi itu sendiri
Quote namieamuro 21-11-2022 12:55 PM
biadap btl sedara2 piska
Quote matchstick 21-11-2022 01:52 PM
kesian..apa la salah org tua tu. dh tua nanti harap ko plak ditendang masuk parit.


tp nenek tu nmpk steady je jalan lps kena tendang. kuat betul badan dia. nmpk mcm baya nenek aku dh.
Quote bakingsoda 21-11-2022 01:54 PM
eh babi caprut
Quote Nham22 21-11-2022 01:54 PM
Mak bapak die kasi makan apa... Anak biadap mcm ni... Uhhhhh makan b*b* ka..? Jahanam
Quote krustykrab 21-11-2022 01:58 PM
Anak² friskies yg ditinggalkn kat indon ni demi mengejar secebis kote msia
Quote BreakingBad 21-11-2022 01:58 PM
Jangan buli orang yang kurang bernasib baik. Ada pembalasan nanti !
Quote kepompong 21-11-2022 02:02 PM
memang macam ni kan perilaku peragut2 & penyamun2 ? lagi dasat ada yg bersenjata.. cuma tkde video je… statistik penyamun peragut perompak hari2 ada
Quote ctaz 21-11-2022 02:26 PM
sekadar utk content...
sanggup buat benda bodo....


indon...indon
Quote Supersirap 21-11-2022 02:33 PM
x pasal-pasal kena tangkap, brengsek betul perangai masing-masing
Quote venom1 21-11-2022 03:10 PM
nenek tu sebenarnya tak wujud..lepas kena tendang tu dia terbang melayang sambil mengilai (cerita adalah fantasi semata-mata hehe)
Quote BoLapciOus 21-11-2022 03:21 PM
bagusla da kne tangkap..semoga tindakan tegas dikenakan..kcik2 xnk mam..da beso nyusahkan org..xde sivik pnye bdk!

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.081351 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top