CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Kantoi Kelentong Bini Harga Robot Optimus Prime 1.7 Juta Rupiah Cuma 300 Ribu

7-11-2022 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 813| Komen: 2

Description: Tular sebuah video menunjukkan satu kejadian di Indonesia memaparkan seorang lelaki kantoi berbohong kepada isterinya mengenai harga mainan yang dibeli, lapor portal berita Wolipop.Lelaki itu mengaku ...
Tular sebuah video menunjukkan satu kejadian di Indonesia memaparkan seorang lelaki kantoi berbohong kepada isterinya mengenai harga mainan yang dibeli, lapor portal berita Wolipop.


Lelaki itu mengaku bahawa mainan yang dibelinya iaitu sebuah robot Transformers adalah murah tetapi sebenarnya mahal. Dia memuat naik video tersebut dalam akaun Instagram @dudi_r. 

“Ini hanya 300 ribu rupiah (RM90) ma, murah ya,” demikian kapsyen pada video tersebut.


Tangkap layar memaparkan senario isteri lelaki tersebut menunjukkan harga asal mainan yang dibelinya. - Instagram

Wanita itu bagaimanapun tidak mempercayai suaminya dan segera menyemak harga mainan tersebut di internet. Dia kemudian menunjukkan harga asal mainan itu kepada suaminya yang kemudian panik.

Wolipop menghubungi lelaki tersebut, Dedi Rosidhy untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian yang berlaku.

Dedi yang tinggal di Tebet, Jakarta Selatan kemudian menjelaskan harga sebenar mainan itu.

“Mainan itu adalah kit model Yolo Park Optimus Prime, harganya 1.7 juta rupiah (RM513), saya mengaku kepada isteri hanya 300 ribu rupiah (RM90),” katanya.

Dedi menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku pada 14 September lalu di rumahnya selepas pulang dari menghadiri acara Battle of the Toys 2022.

Dia seterusnya menasihati para suami di luar sana untuk bersikap jujur kepada isteri tentang harga mainan yang dibeli. 


Sumber: Kosmo




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 7-11-2022 06:51 PM
berita caprut.jpg
Quote CiliPadiSedap 7-11-2022 06:59 PM
bakal jadi madu friska mbak transformer ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.227465 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top