CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ustazah Label Suami Dayus Sebab Biarkan Doktor Lelaki Tengok "Bawah Tempat Rahsia" Isteri Ketika Bersalin

7-11-2022 07:44 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 13893| Komen: 223

Description: Bersalin dengan doktor lelaki atau wanita sering menimbulkan perdebatan dikalangan netizen.



Bersalin dengan doktor lelaki atau wanita sering menimbulkan perdebatan dikalangan netizen.

Namun bagi yang beragama Islam sudah tentu akan memilih doktor wanita berbanding doktor lelaki kerana atas faktor menjaga aurat. Tapi untuk memilih doktor hanya boleh dilakukan di hospital swasta sahaja dan sudah pasti memerlukan kos yang mahal berbanding hospital kerajaan.

Bagi yang tidak berkemampuan terpaksalah terima mana-mana doktor yang ada tanpa mengira jantina ketika hendak bersalin.

Tapi persolannya boleh ke guna terima doktor lelaki untuk sambut bayi atas alasan darurat?
 
Melalui satu perkongsian video di TikTok, seorang penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin berpendapat suami sebagai seorang yang dayus jika membiarkan lelaki lain melihat aurat isterinya.



"Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah! Kadangkala yang tak masuk akal, doktor lelaki.

Kalau kamu takut dosa dengan Allah esok, Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana". katanya.

Siti Afifah berpendapat zaman sekarang ada ramai doktor wanita yang dapat menguruskan wanita bersalin, jadi tak masuk akal sekiranya membiarkan doktor lelaki juga.

"Suami tak rasa cemburu ke biarkan lelaki lain tengok bawah isteri?

"Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain lihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu.

"Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main. Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya.

“Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya.” tegasnya lagi.


Bukan hanya mengkritik, Siti Afifah turut mencadangkan para suami untuk mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung untuk membayar kos bersalin di hospital swasta yang diangggarkan menelan kos sebanyak RM4,000.

Berikut adalah komen rata-rata netizen mengenai isu bersalin dengan doktor lelaki.

lionmom@ : maaflah ustazah apa kata ustazah bina hospital khas utk IBU2 bersalin...harga marhaen....terima kasih atas ingatan

Hafeez : minta kawal emosi ye

spread.the.truth09 : amboiii..sedap ya ustazah cakap.kalau gaji CEO blh la..ustazah Bina hosp bsalin dgn doc wanita.harga rakyat. boleh??

zarifakml : ustaz azhar idrus bgtau tkpe klau darurat and tkde doktor prmpuan and time tu ad doktor lelaki sahaja,itu la yg pnh sy dgr drpd pnjelasan ustaz azhar

derhaka : Kami cmburu kak tp kami x dpt pilih2 sbb kami bukan sultan

@maszura21 : kami org susah...mana mampu nk pergi hospital mahal...Allah yang tahu kami ibu2 bersalin..janji kami semua Selamat bersalin

indahbudi908 : pihak hspital tentukan..xkn kami nl bia bini sndri jdi taruhan..org berharta sdp la berckp

Jadi, semasa bersalin adakah anda lebih gemar memilih doktor wanita untuk menyambut kelahiran cahaya mata anda atau tidak kisah jika doktor lelaki pun kerana sudah tiada pilihan lain? - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 7-11-2022 04:40 AM
urang ugamawan ni asikla pikir poen hatta di ambang kematian. ai risau dgn mental health puak2 ni kalo dah 24jam hal emergency pun libat poen.  
Quote cmf_ctrl 7-11-2022 04:47 AM
Lihat tak bernafsu pun sebab bila nak bersalin rupa poen tengok pun seram... Kira darurat lah tu libat nyawa kalau tak disegerakan..doktor wanita ramai?ramai tu berapa dalam satu wad? yg bersalin hari2 berapa ramai pulak.doktor tak payah cuti ke.adeh
Quote faraway1 7-11-2022 05:07 AM
Ustazah ni kang nazak entah entah doctor lelaki juga check.

Nampa orang ustazah ustaz selalu cakap ikut suka cam takda akal
Quote makita 7-11-2022 05:16 AM
cmf_ctrl replied at 7-11-2022 04:47 AM
Lihat tak bernafsu pun sebab bila nak bersalin rupa poen tengok pun seram... Kira darurat lah tu lib ...

Bak kata kwn meols, poen tu kalau di mekap2 kan pon x lawa....
Quote kakikuDibibirmu 7-11-2022 05:21 AM
Betul tu,  bibir kemaluan besar labia majora itu walaupun diletak lipstick bibir, tehtaplah buruk na'uzubillah dan ngeri yahamat kejadiannya sister
Quote wanawina 7-11-2022 06:11 AM
Never ending argument.

Selalunya puak2 ni nak naikkan view sbb isu bersalin dr laki ni dah lama yach. Meols selalu tanyakan balik jah. Cuols mak bapak cuols yang dekat wad tu staff nurse laki ke pompuan yang lapkan dan tuko pampers? Ke cuols yang stay buat sendiri bukan nurses? Kalau cuols yang tukokan sendiri, alhamdulillah.

Sama la mcm patient lain lelaki ke perempuan di wad2 yang lain. Bukan aurat meh?

Yg kemaluan perempuan jugak yang kome nampak.
Quote Nham22 7-11-2022 06:17 AM
Biarlah depa nk branak kot dgn sapa2x... Bukan perkara penting pon nk pertikai doc mane yg sambut baby...
Sibokkkk
Quote asmurai 7-11-2022 07:03 AM
Ni macam cerita pompuan yang nak lemas kat sungai aritu yg marahkan lelaki2 yg selamatkan dia sebab aurat
Quote Samerosie 7-11-2022 07:04 AM
Dah 2022 tak payah la jual rethoric sebegini.  Ingat doctor lelaki pun suka ke.  Bukan setakat sambut saja if anything happens to the baby dia yg responsible.  Agaknya kalau boleh dia pun x nak tapi terpaksa.  

Sekrang ramai sungguh penceramah bebas ni kadang2 tak tau apa qualification or background derang tiba2 je muncul mcm cendawan lepas hujan.
Quote kitmal 7-11-2022 07:10 AM
Cakap ikut sedap mulut..........................walaupun ilmu ada tapi  tak pernah cari resolusi atau sebab kenapa.,.,mulut senang nak hentam.
Cuba buat kajian..jumlah pakar doktor O&G perempuan vs lelaki di malaysia
Kajian dah di buat...dr perempuan tidak cenderung jadi pakar O& G
Keperihatinan dr lelaki (O&G) lebih berbanding dari dr perempuan ( Komunikasi dan pemberian ubat tahan sakit) Harap ustazah ni buat kajian ....kalau nak pilihan kena book dulu ( biasanya swasta ler)

Kalau lelaki dayus sebab ni...bagaimana pula golongan ugamawan ( termasuk ustazah ni) diam bab ahli politik rasuah,,pemimpin sakau duit rakyat..scam  dan sebagainya,,,,,,,,,,,,,
Quote Suchi 7-11-2022 07:13 AM
Kat fb ada sorang minah tu kata bg dia bersalin tu bkn darurat.
Sbb boleh homebirth kira si suami tu kira dayus la kalau berkemampuan utk homebirth tapi tak buat.
Amboi kauu so kalau gitu semua lelaki kena belajor o&g la sblm kawen. Sbb nnt leh bidankan bini memasing.

Semua bersalin tu darurat ya kadang tu semuanya smooth je sejak awal ngandung sampai la dah sakit2 kontraksi tup2 baru tersedar baby dh terbelit tali pusat la, kedudukan baby senget la, tiba2 bp ibu tinggi melampau takkan masa dh kritikal gitu baru nak terhegeh2 cari pakar.
Pastu time tu gak nak demand doktor pompuan la kan..
Quote mizzmimi 7-11-2022 07:16 AM
Darurat takpe kan. Haram dosa kulu kilir menghukum tak kaji maslahah.
Quote Suchi 7-11-2022 07:19 AM
Edited by Suchi at 7-11-2022 07:21 AM
Samerosie replied at 7-11-2022 07:04 AM
Dah 2022 tak payah la jual rethoric sebegini.  Ingat doctor lelaki pun suka ke.  Bukan setakat sambu ...


Ye ye je setazah ntah sapa2 tah tu

Makcik bawang : lelaki dayus kalau benarkan doktor lelaki bantu bini beranak. Semua perempuan kena jadi doktor O&G.

also makcik bawang : perempuan harom bekerja kat luar rumah patut duk umah jaga anak n jd hamba suami.Masuk melaka la mereka yg bg susu perahan kat anak2.

Prfhhhhhhhhhh…
Quote ultra78 7-11-2022 07:23 AM
Solusi dia adalah tak payah beranak.
Quote eragon 7-11-2022 07:50 AM
Kalau c-section ceasor camana ustazah ?
Quote green~tea 7-11-2022 07:53 AM
Edited by green~tea at 7-11-2022 07:55 AM

Kalo jantan2 sakit tenat bed ridden segala tu semua nurse jantan ke tukar pampers???


Asik sebok highlight pasal pompuan beranak je??
Tu jantan2 bersepah tu..  nurse pun tak hengen laaa hoiii kelebek pampers jantan berpenyakit????
Quote Firenzza 7-11-2022 07:55 AM
Jahlop beranak Dr laki ka pompuan yg jahit poen dia?
Quote MelahJanda 7-11-2022 07:56 AM
Ustazah ni tak pikir ke kalo semua doktor pompan wajib jadi dr o&g, esok dia kena kanser payudara..dr lelaki la kena pegang tetek dia kan. Padan muka
Quote Nenasketum 7-11-2022 07:57 AM
Gynae pompuan tersangatlah malas dan kasar, direntap2nya kita. Semua kena jadi sexual issue ke untuk depa ni.

Lihat semua komen(223)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.156442 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top