CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rizky Billar Dimarahi Jiran Sebab Memandu Laju?

28-10-2022 07:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2010| Komen: 3

Description: Bukan hanya di Indonesia, malah di Malaysia sendiri Nama dan reputasi artis dari seberang, Rizky Billar semakin merudum bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Malaysia susulan kontroversi kekerasan ...
Bukan hanya di Indonesia, malah di Malaysia sendiri Nama dan reputasi artis dari seberang, Rizky Billar semakin merudum bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Malaysia susulan kontroversi kekerasan rumah tangga dilakukannya terhadap Lesti Kejora.


Berikutan itu, Rizky diberhentikan daripada menjadi hos di rancangan ‘Dangdut Academy 2022’ serta berkemungkinan digam oleh semua stesen TV.


IG Lesti

Sejak kejadian kira-kira dua minggu lalu itu, hanya Lesti dilihat sudah mula tampil di khalayak ramai serta bekerja seperti biasa sebagai penghibur bermula dengan salah satu konsert bersama Betrand Peto Putra Onsu. 


Sementara itu, Rizky kembali menjadi sebutan dek ulahnya yang sempat dirakam dan tular sejak semalam.

Dalam video yang dimuat naik tersebut, Rizky dilihat dimarahi seorang lelaki dan juga wanita yang dipercayai jirannya. 

Ia susulan tindakan artis berkenaan membawa kereta dalam keadaan laju meskipun berada dalam kawasan perumahan. 



Sementara itu, dia dilihat cuba untuk menerangkan dengan baik untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Rizky. Malah, ramai beranggapan jiran-jirannya yang sengaja memperbesarkan isu untuk mencari publisiti dengan buat kecoh.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 28-10-2022 10:06 PM
Padan muka terus terusan dibenci.


Lepas ni, dia makan biskut, serdak berterabur merata pun akan dicerca penduduk
Quote marchikobonzo 1-11-2022 03:22 PM
Ni tahap dia nampak bayang kau pun dia menyampah..tu la, pukul bini lagi
Quote iolss 3-11-2022 05:19 PM
parah btl.. mcm knetz dah bila kn cancel

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054616 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top