CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Azam Adele Sambung Belajar, Nak Jadi Guru Jika Tinggalkan Dunia Nyanyian

29-10-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1182| Komen: 4

Description: Adele berazam merialisasikan impian menggenggam segulung ijazah meskipun terpaksa melupakan karier nyanyian buat seketika.
Adele berazam merialisasikan impian menggenggam segulung ijazah meskipun terpaksa melupakan karier nyanyian buat seketika.

Penyanyi itu berkata, sejak kecil dia cukup meminati kesusasteraan Inggeris dan bercadang menyambung pengajian dalam bidang berkenaan.


IG Adele

Kata penyanyi lagu Someone Like You ini, dia sudah lama mengimpikan dapat masuk ke universiti seperti orang lain dan mahu merasai pengalaman bergelar pelajar.

"Saya boleh gunakan ilmu sastera Inggeris ini dalam apa juga bidang apabila tamat kelak.


"Jika saya tidak lagi menyanyi, saya boleh menjadi seorang guru dan memang berharap dapat melangkahkan kaki ke universiti," katanya seperti dilaporkan The Sun.


IG Adele

Kata Adele, dia merancang menyambung pengajian selepas tamat kontrak persembahan residen di Las Vegas pada 2025.

Dalam perkembangan lain, Adele baharu sahaja melancarkan muzik video lagu I Drink Wine yang merupakan single terbaharu daripada album 30.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 29-10-2022 10:50 AM
dia kurus gitu dah rupa Meryl Streep pula
Quote alesandra 29-10-2022 04:59 PM
Adrif replied at 29-10-2022 10:50 AM
dia kurus gitu dah rupa Meryl Streep pula

Aku pulak kdg2 nampak dia cam rupa sarah paulson..
Quote Adrif 29-10-2022 06:46 PM
alesandra replied at 29-10-2022 04:59 PM
Aku pulak kdg2 nampak dia cam rupa sarah paulson..

a'ah la. tang mata diorang ni sepesen je eh  
Quote Perawankota 30-10-2022 05:27 AM
Dia, Fat Amy aka Rebel Wilson bila kurus terus nmpk tua n tak menarik mcm dulu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.044190 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top