CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Gayatri Su-Lin Pillai Puas Hati! 5 Hari Tayang, Talbis Iblis Kutip Lebih Rm1 Juta

25-10-2022 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1423| Komen: 5

Description: Selepas lima hari ditayangkan, filem seram Talbis Iblis merekodkan kutipan memberangsangkan apabila meraih lebih RM1 juta.
Selepas lima hari ditayangkan, filem seram Talbis Iblis merekodkan kutipan memberangsangkan apabila meraih lebih RM1 juta.

Perkembangan itu dikongsi penerbit, Gayatri Su-Lin Pillai ketika dihubungi Utusan Malaysia yang berpuas hati kerana sambutan diberikan memberi petanda baik untuk filem tersebut mencatat kutipan membanggakan.

“Selama 20 tahun berkecimpung dalam pembikinan filem, saya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran kutipan bagi setiap produksi yang diterbitkan.

“Keutamaan kami hanyalah pada penerimaan penonton agar mereka terhibur dengan setiap filem yang dihasilkan,” katanya.


Foto: Utusan Online


Talbis Iblis arahan pengarah tersohor, Kabir Bhatia mula ditayangkan 20 Oktober lalu dan menampilkan pelakon hebat seperti Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Sherry Merlis dan ramai lagi.

Gayatri turut memaklumkan, pihaknya berhasrat menayangkan filem tersebut di luar negara, termasuk sebuah festival antarabangsa yang bakal berlangsung di Perancis tidak lama lagi.

“Belum ada kata kata putus tentang festival berkenaan, namun apa yang saya boleh katakan, semuanya ada dalam perancangan.

“Tentang tayangan di negara lain, perkara itu masih dibincangkan buat masa ini. Rakan pengedar, Astro Shaw Sdn. Bhd. dan Jazzy Pictures (M) Sdn. Bhd. juga telah mengadakan perbincangan berkaitan perkara itu, namun saya belum dimaklumkan tentang negara yang terlibat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Gayatri memberitahu, mereka menghormati keputusan kerajaan Brunei yang mengharamkan filem tersebut daripada ditayangkan di negara itu.

Katanya, itu bukan perkara baru kerana pernah berdepan situasi sama terhadap filem terbitannya terdahulu.

“Kami tidak terkejut dengan keputusan pihak berkuasa Brunei, malah kami hormati pendirian mereka dan tidak akan mempersoalkan perkara itu,” jelasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Hoshhi 25-10-2022 05:45 PM
Macam best tapi tunggu raya tahun depan mesti asteruk bagi tengok free
Quote Perawankota 25-10-2022 07:11 PM
Slow jugak kutipan...
Quote makton 26-10-2022 08:14 AM
ada sesapa yg dah tgk? best ke movie ni? review sikit plss
Quote Sangkar_Emas7 26-10-2022 09:13 AM
Kali ni nmpk Zul sungguh2 promote ye. kat Eradio Era ade, GV ade....

kt radio Era, Zul cerita, dia yg calling request nk join filem ni, watak smpingan pon jd la. efect time covid takde job. smpai sgop botakkn kepala.

but, agak terkejut la...sbb gaya dia cerita mcm watak smpingan. tp dia yg sungguh2 promote. zul nmpk mcm humble bila ckp. I igt dia jenis sombog2 gitu. ckp sepatah2. but taktau la itu utk promote je ke apa
Quote Nokiaman 13-1-2023 04:37 AM
makton replied at 26-10-2022 08:14 AM
ada sesapa yg dah tgk? best ke movie ni? review sikit plss

Ni citer Hantu + Alien versi Melayu Melesis..Kononnya nak buat jump scare dengan bunyi bunyian...tapi memekak je....
Such a loser....waste time..
Sampah + Shit
Jalan citer nta pape..
Pelakon 4 setengah orang..
Mcm biasa ada sorang pekebun dgn muka bengis nak mampos kononnya brutal laa tu..
Kesimpulannya
JANGAN BUANG MASA ANDA

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.055384 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top