CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Hong Kong Tentang Tayangan The Dark Knight

25-10-2022 07:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1769| Komen: 8

Description: Rancangan untuk menayangkan filem The Dark Knight di Hong Kong tidak mendapat kelulusan kerajaan tempatan.Tayangan filem yang dibintangi Christian Bale yang sepatutnya berlangsung pada 27 Oktober ini ...
Rancangan untuk menayangkan filem The Dark Knight di Hong Kong tidak mendapat kelulusan kerajaan tempatan.

Tayangan filem yang dibintangi Christian Bale yang sepatutnya berlangsung pada 27 Oktober ini terpaksa dibatalkan selepas mendapat tentangan daripada kerajaan Hong Kong.




Difahamkan, pihak penganjur segera memulangkan wang kepada pembeli tiket filem itu.

Kerajaan Hong Kong menganggap filem The Dark Knight telah menggambarkan kerosakan kepada sistem kerajaan dan pihak berkuasa.

Selain itu, berdasarkan laporan SCMP, terdapat beberapa spekulasi bahawa beberapa tema yang terkandung dalam filem yang dikeluarkan pada 2008 itu melanggar undang-undang penapisan filem yang berkuat kuasa sejak 2021.


Malah, The Dark Knight sempat menjalani penggambaran di Hong Kong ketika Bruce Wayne (Christian Bale) berada di sana untuk menangkap seorang ahli perniagaan rasuah bernama Lau (Chin Han).

Sebilangan media akhirnya merasakan kerajaan China lebih berhati-hati dengan idea luar, terutama yang mengarah kepada Hong Kong kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masyarakat telah mula mengembangkan konsep tanah besar atau konsep memilih untuk berpisah daripada China.

Jadi kerajaan lebih meneliti dalam memilih filem yang akan ditayangkan di wilayahnya. Sebelum ini, China turut mengharamkan Thor: Love and Thunder, Eternals, dan Lightyear kerana didakwa mempunyai unsur sentimen anti-Cina dan memaparkan LGBTQ melalui watak filem itu.


Sumber: Murai

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-10-2022 07:15 PM
Habis tu nak semuanya indah pasal cina ke...
Quote Highflyer19 25-10-2022 07:26 PM
China turut mengharamkan Thor: Love and Thunder, Eternals, dan Lightyear kerana didakwa mempunyai unsur sentimen anti-Cina dan memaparkan LGBTQ melalui watak filem itu.…so cina2 dap yg dok bising sbb filem2 ni diharamkan di negara ini pun tk dpt tengok di china seandainya mrk mnjadi rakyat negara sana…
Quote Skuau 25-10-2022 07:29 PM
Kurex replied at 25-10-2022 07:15 PM
Habis tu nak semuanya indah pasal cina ke...

kurex...senaraikan 10 perkara terindah pasal cina...
Quote matbad 26-10-2022 01:32 AM
Highflyer19: China turut mengharamkan Thor: ...

Hahahaha paduuuu
Quote Kurex 26-10-2022 01:42 AM
Skuau replied at 25-10-2022 07:29 PM
kurex...senaraikan 10 perkara terindah pasal cina...

Jgn kata 10, 1 pun takde
Quote Tinot7 26-10-2022 07:33 AM
Eternals ada ubsur lgbt? Iols tak prasan..
Quote KamikuP 26-10-2022 10:11 AM
Tinot7: Eternals ada ubsur lgbt? Iols tak prasan..


Ada, mamat kulit hitam tu aada suami ngan asian tak silap bela anak angkjat

Quote ainonymous 26-10-2022 02:02 PM
Highflyer19 replied at 25-10-2022 07:26 PM
China turut mengharamkan Thor: Love and Thunder, Eternals, dan Lightyear kerana didakwa mempunyai un ...

hahahahahhahahahaa setujuuu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045775 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top