CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nasha Aziz Tak Terlalu Medalami Mantera, Anggap Macam Ayat Comel

14-10-2022 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1308| Komen: 1

Description: Tidak terlalu mendalami mantera yang diucapkannya dalam babak menyeru syaitan dalam filem Talbis Iblis, Nasha Aziz, 51, sebaliknya menganggap dialog berkenaan sebagai ayat-ayat comel sahaja tanpa maks ...
Tidak terlalu mendalami mantera yang diucapkannya dalam babak menyeru syaitan dalam filem Talbis Iblis, Nasha Aziz, 51, sebaliknya menganggap dialog berkenaan sebagai ayat-ayat comel sahaja tanpa maksud mendalam.


"Bila saya tengok, tak adalah keterlaluan sangat. Saya sendiri akan rasa pelik kalau keterlaluan sangat. Saya juga teliti setiap apa yang ingin saya sampaikan dalam tanggungjawab saya.


IG

"Saya harus ada penilaian apa sebenarnya tujuan Junaidah atau filem ini. Jika dia terlalu sangat untuk meraikan syaitan atau mengangkat syaitan, itu bukan tanggungjawab saya.


"Saya tak berminat nak buat kalau begitu. Tapi kerana saya tahu isi, jalan cerita Junaidah kenapa jadi begitu, apa sebab penyebab dan apa yang saya rasa menerusi dialog-dialognya, kita tak mengagung-agungkan dan memuja syaitan," katanya ditemui pada Malam Gala Talbis Iblis di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.


IG

Menerusi filem arahan Khabir Bhatia ini, Nasha turut mengalami kecederaan tanpa sengaja berpunca dari tindakan Zul Ariffin yang membawakan watak Nasir.



Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment ini akan menjengah pawagam di Malaysia bermula 20 Oktober ini.

Selain Nasha, turut membintangi filem ini Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan ramai lagi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 15-10-2022 04:29 AM
Teringat nasha berlakon filem trauma dgn Amy mastura.. Menjadi betul

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.229054 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top