CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kereta Rempuh Kedai Minuman Shuib, "Mungkin Pemandu Ingat 'Outlet' Ni Pandu Lalu"

14-10-2022 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1655| Komen: 8

Description: "Mungkin pemandu ingat 'outlet' ni pandu lalu. Tapi, Alhamdulillah semuanya okay, tiada kemalangan.
"Mungkin pemandu ingat 'outlet' ni pandu lalu. Tapi, Alhamdulillah semuanya okay, tiada kemalangan.

Itu hantaran dimuat naik pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib yang memaparkan cawangan outlet kedai minuman di Meru, Ipoh, Perak, rosak teruk akibat dilanggar seorang pemandu sebuah SUV, semalam.


Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, dia bersyukur kerana tidak ada membabitkan kemalangan jiwa.

Foto: IG

"Alhamdulillah, tidak ada apa yang membimbangkan dan tak ada kemalangan jiwa. Pihak pengurusan juga sudah berbincang baik dengan individu yang melanggar itu. Katanya, dia tertekan minyak, tapi tak ada masalahlah sebab semuanya berjalan lancar.


"Benda boleh buat tuntutan insurans, jadi ia  tak memeningkan kepala. Tak perlu nak bergaduh dan menyalahkan sesiapa. Kita anggap ia sebagai kemalangan. Kita pun tak nak, tapi ia dah berlaku.

"Apa yang penting tidak ada kemalangan jiwa. Nasib baik tidak ada kanak-kanak di depan tu. Kalau ada pening juga nak menjawab," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Shuib, susulan kejadian pihak pengurusan 'outlet' sudah membuat laporan polis.

"Laporan polis pun sudah dibuat semalam. Cuma, masih belum memastikan anggaran kerosakan. Alhamdulillah pihak yang melanggar itu pun memberikan kerjasama yang baik. Jadi, tidak ada apa-apa. Semua okay," katanya.




Sementara itu, seorang pengikut Instagram Shuib yang menggunakan akaun @aminyahayabberkongsi kejadian itu disebabkan pemandu tersilap tekan pedal minyak.

"Kereta tu kereta sekolah saya. Orang yang memandu tu guru saya. Kemungkinan tersilap tekan minyak. Mohon maaf daripada pihak kami. Pihak sekolah sedang selesaikan bersama pihak (kedai)," tulisnya di ruangan komen. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 14-10-2022 02:06 PM
Mungkin driver tu pun faham perasaan kami, Acik2 Porom
Dah berantem ni, haaa kan dia tak cerita dah, pasal nak berbini
Quote rosedemon 14-10-2022 02:42 PM
soeb kesah apa, claim jela insorfan. marketing free ja kalau acik ni langgar outlet dia
Quote CiliPadiSedap 14-10-2022 03:13 PM
harap boleh claim insurans kalau x rabak wei nak bayar kedai tu
Quote Kentot_Wangi 14-10-2022 04:05 PM
Ko ncem sgt ib, tu dy rempuh tu. Kejut. Haha
Quote inspektoremos21 14-10-2022 04:07 PM
Carcosa replied at 14-10-2022 02:06 PM
Mungkin driver tu pun faham perasaan kami, Acik2 Porom
Dah berantem ni, haaa kan dia tak cerit ...

Driver pun lama dah nyampah dgn shoeb..alang2 rempuh je la. Puas hati katanya
Quote afie_m 14-10-2022 04:15 PM
semoga dipermudahkan bagi kedua2 pihak.
Quote Perawankota 15-10-2022 04:31 AM
Aku lebih tertarik dgn banner kat kedai dia tu.. Apa hype, apa viral? Dia buat konsert ke?
Quote redz85 15-10-2022 08:26 AM
kesian nya.. penat nya nak bersih kan kedai... kecuaian orang lain yang menyusah kan kita yang tak bersalah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.600788 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top