CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 1

Nasha Aziz Tak Terlalu Medalami Mantera, Anggap Macam Ayat Comel

  [Copy link]
Post time 14-10-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Tidak terlalu mendalami mantera yang diucapkannya dalam babak menyeru syaitan dalam filem Talbis Iblis, Nasha Aziz, 51, sebaliknya menganggap dialog berkenaan sebagai ayat-ayat comel sahaja tanpa maksud mendalam.


"Bila saya tengok, tak adalah keterlaluan sangat. Saya sendiri akan rasa pelik kalau keterlaluan sangat. Saya juga teliti setiap apa yang ingin saya sampaikan dalam tanggungjawab saya.




IG




"Saya harus ada penilaian apa sebenarnya tujuan Junaidah atau filem ini. Jika dia terlalu sangat untuk meraikan syaitan atau mengangkat syaitan, itu bukan tanggungjawab saya.


"Saya tak berminat nak buat kalau begitu. Tapi kerana saya tahu isi, jalan cerita Junaidah kenapa jadi begitu, apa sebab penyebab dan apa yang saya rasa menerusi dialog-dialognya, kita tak mengagung-agungkan dan memuja syaitan," katanya ditemui pada Malam Gala Talbis Iblis di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.




IG




Menerusi filem arahan Khabir Bhatia ini, Nasha turut mengalami kecederaan tanpa sengaja berpunca dari tindakan Zul Ariffin yang membawakan watak Nasir.




  



Filem terbitan bersama Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment ini akan menjengah pawagam di Malaysia bermula 20 Oktober ini.


Selain Nasha, turut membintangi filem ini Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis dan ramai lagi.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2022 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat nasha berlakon filem trauma dgn Amy mastura.. Menjadi betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.394521 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list