Shiha Zikir mahu berjumpa pakar psikologi bagi mendapatkan bantuan menangani masalah 'anxiety' atau kecelaruan keresahan dialaminya terhadap air dan takut menaiki kapal terbang.
Shiha, 35, berkata, dia mengalami masalah itu sejak berulang-alik ke Indonesia menyertai program Dangdut Academy Asia pada 2015. Katanya, ketika itu dia sentiasa memaksa diri agar 'tenang' ketika menaiki kapal terbang. "Keadaan saya di dalam kapal terbang ketika itu hanya orang yang mengikut saya saja tahu situasi sebenar. Betapa teruknya 'anxiety' saya. Walaupun doktor dah berikan ubat tidur paling kuat, saya tetap tak boleh tidur hinggalah tiba di destinasi.
"Saya pun tak makan dalam kapal terbang dan hanya duduk diam saja, tunggu tak sampai-sampai. Jadi, benda itu sekarang (anxiety) lagi teruk selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dah lama tak naik dan ada pula banyak berita kapal terbang terhempas yang menyebabkan saya lagi fobia," katanya kepada Harian Metro.
|
bulalof replied at 6-10-2022 02:38 PM
alternative lain ada kapal laut.
CiliPadiSedap replied at 6-10-2022 10:16 PM
kalau panic attack dalam flight, first thing to do. lepak kt toilet sapu minyak angin satu badan :lo ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.234960 second(s), 42 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.