CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Mana Maruah Saya Sebagai Seorang Lelaki,"-Marina Lebih Stabil, Hasnol Bercerai Sebab Tak Ada Duit

6-10-2022 01:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7423| Komen: 52

Description: Hasnol mendedahkan punca sebenar perceraiannya dengan bekas isteri, Marina Mohin adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya sejak sekian lama.
Hasnol mendedahkan punca sebenar perceraiannya dengan bekas isteri, Marina Mohin adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya sejak sekian lama.

Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 52, berkata, disebabkan perkara itu juga perkahwinan mereka mula goyah sehingga tiada lagi persefahaman di antara mereka dan membawa kepada perceraian.

Foto: mStar

"Saya mengakui sudah lama tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Tidak dinafikan keadaannya (Marina) lebih stabil berbanding diri saya... mana maruah saya sebagai lelaki kalau saya tidak dapat menanggung segala-galanya?

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengundur diri," katanya kepada mStar.

Foto: mStar

Terdahulu, Hasnol melafazkan cerai talak satu terhadap Marina, 52, di hadapan Hakim Syarie, Mohd Syafiq Ibrahim pada pukul 12.18 tengah hari, Khamis.

Lafaz itu dibuat penyanyi Laguku Untukmu itu di Mahkamah Syariah Daerah Hulu Langat, Bangi.

Sementara itu, Hasnol berkata, dia turut memberikan hak penjagaan anak perempuan mereka kepada Marina dan berharap mampu mencari pendapatan tetap selepas ini.

"Bekas isteri lebih layak dalam hak penjagaan anak kami kerana dia mempunyai kerja tetap.

"Insya Allah, jika dibuka pintu rezeki semula, saya akan bertanggungjawab bukan hanya anak saya bersama Marina tetapi anak-anak yang lain dengan bekas isteri pertama," katanya yang akur dengan perceraian tersebut.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama perkahwinan pasangan ini bergolak sejak berkahwin pada 2010 malah pada 2015 rumah tangga mereka pernah berantakan namun masalah itu diselesaikan secara baik.

Menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, Hasnol turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.

Manakala Marina turut mempunyai tiga cahaya mata iaitu Zafirah, 28, Ilya Zulaikha, 27 dan Muhammad Aliff Imran, 22, hasil perkahwinan dengan bekas suami pertama. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 6-10-2022 02:26 PM
sampai 2 thread biawak tua yang tah sapa2 ni
Quote sukacactus 6-10-2022 02:43 PM
Dia ni dl bukan ada kes tipu cv masa keje dl kan
Kalau xsalah la
Quote roti_banjir 6-10-2022 02:43 PM
akhirnya mengaku gak..... memula beria kata ex wife nak glamour..... dasar sgt jantan nih kan....
Quote Dzahin_poch 6-10-2022 03:26 PM
Udoh gitew pulokss
Quote bynroslan 6-10-2022 03:36 PM
kot ye jaga maruah dah kenapa canang kata wife gila glemer apa semua tu? maruah sendiri je jaga pfftttt
Quote Mary_jane 6-10-2022 03:36 PM
Bukan lah sebab mengejar populariti bagai dicanang? Macam2.
Quote hareeeesah 6-10-2022 04:06 PM
Ramai btul anak-anaknya..
Quote unguaurora 6-10-2022 04:09 PM
Ini la kesan bila laki2 malas belajar. Maka lahirlah generasi biawak hidup.
Quote lasagna 6-10-2022 04:10 PM
sukacactus replied at 6-10-2022 02:43 PM
Dia ni dl bukan ada kes tipu cv masa keje dl kan
Kalau xsalah la

uikss ye ke? kes camne tu, dlu bdk opis lama kata dia ni ex-designer kat company iols, tp iols tak sempat brkerja dgn dia, kira senior iols lah dlu ni.
Quote gorjeous 6-10-2022 04:12 PM
takziah....
Quote msdummy.2018 6-10-2022 04:12 PM
Tok sah nk salahkan bini sgtlah weh....dh mmg tngjwb lelaki bg nafkah..bukan pompuan yg ng nafkah. ..ko lelaki kalo bini sakit bukan jaga punnn..ko cr bini br lagi adaaaa..pas tuh sikit2 salahkan pompuan
Quote TabletSusu 6-10-2022 04:23 PM
"Bekas isteri lebih layak dalam hak penjagaan anak kami kerana dia mempunyai kerja tetap"

hangin je aku baca ayat dia ni.. esok2 mmg lepas tangan lah
Quote sukacactus 6-10-2022 04:50 PM
lasagna replied at 6-10-2022 04:10 PM
uikss ye ke? kes camne tu, dlu bdk opis lama kata dia ni ex-designer kat company iols, tp iols tak ...

Ada masuk news dl, rasanya sampai masuk court tipu ank co petronas ada degree ke master, gitu la
Quote rosannazmia 6-10-2022 04:55 PM
Susah lah kalau tua2 gitu nak bercerai.. tp elok lah bercerai dari menangong biawak hidup.. semuga rezeki ada tuk acik hasnol lps cerai
Quote Carcosa 6-10-2022 06:02 PM
Ujung2, kau jugak yg molia.
Yelah, acah2 menarik diri sbb sedar takde income.
Habis dah takde income, ko lari gitu je? Kerje lah bangkai! Tulah, batak nak jadi retis. Masuk GV bagai.
Retis ni tak kemana lah, bangkai! TokTi je yg kaya.
Yg lain semua kayap kurap!
Quote Mini.Me 6-10-2022 06:09 PM
Haritu kemain kata bini gila glamor...rupanya kau yg tak mampu...mulut macam apa je pakcik ni tak padan ngan tua
Quote awanearisu 6-10-2022 06:18 PM
Edited by awanearisu at 6-10-2022 06:20 PM

Seandainya tiada pendapatan tetap, jangan sangka nafkah itu boleh dilepaskan semudah itu sahaja.

Sepatutnya beliau anggaplah sebagai 'berhutang nafkah' dan ganti semula semua nafkah yang didahulukan oleh pendapatan bekas isteri, sebaik sahaja beliau berjaya mendapat pekerjaan.
Quote rosedemon 6-10-2022 06:45 PM
g la buat grab ke apa bang oi
Quote cheezel 6-10-2022 07:02 PM
Semoga dimurahkan rezeki. Kesian plk dah tua masih xde pendapatan tetap

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-11-2022 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.186193 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top