CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1358|Reply: 14

Tolak Banyak Show Di Luar Negara -Shiha Zikir Derita Anxiety, Takut Air Dan Naik Kapal Terbang

  [Copy link]
Post time 6-10-2022 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Shiha Zikir mahu berjumpa pakar psikologi bagi mendapatkan bantuan menangani masalah 'anxiety' atau kecelaruan keresahan dialaminya terhadap air dan takut menaiki kapal terbang.


Shiha, 35, berkata, dia mengalami masalah itu sejak berulang-alik ke Indonesia menyertai program Dangdut Academy Asia pada 2015.


Katanya, ketika itu dia sentiasa memaksa diri agar 'tenang' ketika menaiki kapal terbang.


Foto: IG




"Keadaan saya di dalam kapal terbang ketika itu hanya orang yang mengikut saya saja tahu situasi sebenar. Betapa teruknya 'anxiety' saya. Walaupun doktor dah berikan ubat tidur paling kuat, saya tetap tak boleh tidur hinggalah tiba di destinasi.


"Saya pun tak makan dalam kapal terbang dan hanya duduk diam saja, tunggu tak sampai-sampai. Jadi, benda itu sekarang (anxiety) lagi teruk selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dah lama tak naik dan ada pula banyak berita kapal terbang terhempas yang menyebabkan saya lagi fobia," katanya kepada Harian Metro.




  



Terdahulu, Shiha ditemui pada majlis sidang media Muzikal Jula Juli Bintang 7 yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini pada 29 dan 30 Oktober ini.


Dalam teater itu, Shiha melakonkan watak utama sebagai Puteri Bongsu.




  



Kata penyanyi lagu AEWO ini, dia juga sangat takutkan air umpamanya jika kapal terbang terhempas ke dalam air. Itu saja membuatkan dia sudah berasa sangat menggerunkan.


"Saya merancang nak jumpa pakar psikologi untuk dapatkan nasihat bagaimana nak kena menghadap masalah ini supaya karier tidak terganggu.


"Ikutkan undangan diterima, saya sepatutnya ke Korea Selatan dan Indonesia, tapi tak pergi. Termasuk, mendapat tawaran persembahan di Sarawak, Sabah dan Kelantan, semuanya ditolak dengan baik.




  



"Alhamdulillah, mereka (penganjur) sangat faham keadaan saya yang tak boleh dipaksa bagi orang mengalami masalah ini (anxiety). Ikutkan saya memang nak terima undangan berkenaan.


"Kadang-kadang, bila tengok orang naik kapal terbang, rasa macam sedih saja, seronoknya. Teringin juga nak ke sana. Banyak benda yang saya nak buat di luar itu, tapi kenapalah ada benda ini (anxiety)," katanya.


Bagaimanapun, pemenang anugerah Superstar Paling Gempak Musim Ini di Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS 3) itu berkata, dia juga terbuka menerima pandangan daripada sesiapa saja yang nak membantunya mengatasi masalah itu.




  



Ditanya juga sama ada pernah berjumpa doktor sebelum ini, Shiha mengakui ada berbuat demikian, namun bukan pakar psikologi, tapi doktor biasa.


Katanya, doktor memaklumkan antara punca dia terdedah mengalami 'anxiety' kerana suka berfikir yang bukan-bukan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 12:30 PM | Show all posts
Makin cantik sheols nih...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:23 PM | Show all posts
kesian juga orang gini, aku yang takde tu pun tak senang duduk bila nak sampai, penat duduk dalam flight. ini kan yang anxiety, mesti lagi berganda persoalan bila nak sampai dalam kepala
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:32 PM | Show all posts
Mr T @ BA baracus  the A team pn takut naik flight,

selalu kena game the murdoch, si pilot tu..

cara nya bagi ubat tidur...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:36 PM | Show all posts
sama la dgn aku
cuma aku takut naik flight je
sbb penah kena air pocket kapal terbang melambung
serik oii
klu dekat2 iols rela naik tren, naik kete
klu gi sabah sarawak langgar awan sikit je dh berderau darah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 02:38 PM | Show all posts
alternative lain ada kapal laut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2022 06:44 PM | Show all posts
siannn harap segera sembuh rugi la xpergi obersea
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 6-10-2022 02:38 PM
alternative lain ada kapal laut.

Dia pun takut air jugak

Ramai kawan takut naik flight.. kesian gak..
Slalu tak ikut family
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols yg biasa naik flight pun masih takut…pernah sekali rasa kena panic attack masa masuk flight tapi x fly lagi…nak patah balik kang stewardess ckp mengada…terpaksa iols duk diam2 je sampai la ke destinasi
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 10:16 PM | Show all posts
kalau panic attack dalam flight, first thing to do. lepak kt toilet sapu minyak angin satu badan

lepas keluar hilang panic attack
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 10:47 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 6-10-2022 10:16 PM
kalau panic attack dalam flight, first thing to do. lepak kt toilet sapu minyak angin satu badan :lo ...

..... habislah satu flight bau miyak cap kapak atau minyak mastika atau minyak kayu putih hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Anxiety punya pasal, 2tahun aku takut nak kuar sendiri naik public transport.. Pi mana2 memang berteman..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 04:23 AM | Show all posts
buat show kat siam je sis, naik tren tak pun sewa bas charter bawak satu kampung gi haadyai


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian jgk dgn sheol. Rupa ada, suara ada tp xboleh pegi jauh sbb mcm byk masalah mental. Anxiety la, aritu dia cerita dia panas baran kan? Tumbuk dinding. Klau tgk bila mengacara, dia ok jah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2022 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dok basement bawah tanah pon tetibe panic pikir tanah runtuh..pernah pergi satu office lawyer ni sejenjs tak de pintu...lif sesaje....tetibe aku terpikir jd kebakaran...terus cepat cepat aku blah pernah naik sped boat ke pulau pemanggil...tetibe terpikir tsunami...tuhan je tahu perasaan msa tu

Sekali masa pergi ke.muziuk tentera kat melaka tak silap
.masuk terowong bawah tanah tu nak tengok keaadaan bawah tu...tetiba teringat tanah runtuh...terus berlari keluar...kekadang bila pikir memang gila...tp bila dtg perasaan tu mmg gitu la jdinya...i feel dek shiha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.094817 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list