CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10543|Reply: 5

[Tempatan] Trio Musafir Ke Mekah kini di Thailand

[Copy link]
Post time 29-1-2025 01:55 PM | Show all posts |Read mode
PADANG BESAR – Perjalanan tiga sahabat yang berkayuh basikal ke Mekah kini memasuki negara jiran, Thailand, selepas merentas jarak kira-kira 675 kilometer (km).

Trio kayuhan yang diketuai Che Saad Nordin, 75, serta Ramli Osman, 72, dan adiknya, Azmi, 56, memulakan kayuhan dari Merlimau, Melaka, pada pertengahan Januari lalu.

Menurut Che Saad, misi kayuhan Musafir Ke Mekah itu dianggarkan mengambil masa lima bulan, dan dia berharap mampu sampai ke Tanah Suci 20 hari sebelum hari wukuf.



“Saya pernah menunaikan haji sebanyak tiga kali dan umrah lima kali. Namun, perasaan rindu dalam hati ini untuk pergi sekali lagi ke Tanah Suci Mekah begitu membuak-buak.

“Jadi, setelah bertemu dua lagi sahabat, kami membuat perancangan selama empat bulan, termasuk pemeriksaan kesihatan, dan Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke Perlis hari ini,” katanya ketika ditemui di perbatasan sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam.

Pelepasan kumpulan itu turut diiringi Exco Hubungan Sempadan Perlis, Izizam Ibrahim, dan disambut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, selain pasukan keselamatan Thailand.

Sebagai rekod, Che Saad pernah melakukan percubaan kayuhan ke Mekah pada tahun 2023, namun terpaksa berpatah balik akibat cuaca sejuk melampau di Pakistan ketika itu.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok pada umoq tu mcm xberapa yakin jaa boleh sampai tp sapa tau kuasa Allah kan..moga dipermudahkan urusan sepanjang kayuhan ke Mekah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 04:45 PM | Show all posts
Kalau masuk dengan basikal ni ada quota lain ka?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada juga news mcm ni..tak tahu dpt buat Haji ke tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 07:44 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-1-2025 04:45 PM
Kalau masuk dengan basikal ni ada quota lain ka?

mana ada
last year ada suami isteri + seorang rakan naik basikal lah jugak
gamble la nak dapatkan visa
mahal namati pun ia jugak ... rasanya dlm rm40-50k 1 visa haji
itu pun tak dapat visa haji .. susah gila nak dapat
hanya sorang  je dapat ... rezeki budak yg follow dia (si isa tu yg bayarkan visa dia rasanya)
yg isa dan isterinya ustazah basikal tak dapat visa
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 07:49 PM | Show all posts
perghhh sanggup ya
jauh lagi perjananan
memang naik basikal semata2
or ada tumpang or train juga ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.046629 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list