CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Avaa Vanja Kini Berhijab, Ambil Diploma Bidang Agama Kerana Ingin Lanjutkan Pengajian Di Al-Azhar

6-10-2022 10:40 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3515| Komen: 29|Original author: Tatod

Description: Pada penghujung September lalu, pelakon, Avaa Vanja membuat keputusan untuk berhijab dan terus mendalami ilmu agama dengan lebih serius.Memetik laporan Getaran, kata Avaa, dia sebenarnya suda ...
Sumber IG


Pada penghujung September lalu, pelakon, Avaa Vanja membuat keputusan untuk berhijab dan terus mendalami ilmu agama dengan lebih serius.

Memetik laporan Getaran, kata Avaa, dia sebenarnya sudah lama menerima 'panggilan' untuk berhijrah.

"Tetapi ketika itu saya masih tidak bersedia. Selepas saya diserang anxiety yang teruk, saya cuba memikirkan erti dan tujuan hidup.


"Saya cuba berjihad dan Allah SWT akhirnya memberikan tanda isyarat bahawa saya perlu kembali ke jalanNya semula," katanya.

Tambah wanita itu lagi, dia turut mengikuti beberapa ceramah dan kelas agama serta menyatakan menggemari pendekatan dakwah yang digunakan oleh Yasmin Mogahed.


"Ia membuka prespektif saya tentang agama Allah yang indah ini serta menambahkan lagi minat saya untuk terus mendalami ilmu agama," katanya.

Serius dengan penghijrahan itu, Avaa turut mendaftar dan mengambil diploma dalam pengajian agama secara atas talian dengan sebuah pusat pengajian di United Kingdom.


"Saya mengambil diploma ini kerana saya mahu melanjutkan pengajian di Al-Azhar. Saya benar-benar tertarik untuk terus mendalami Islam selepas melakukan banyak kajian.

"Lebih banyak saya melakukannya, ia lebih mendekatkan saya dengan agama ini dan juga Allah SWT," ujar Avaa. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acikgomen 6-10-2022 10:48 AM
Masa kurus dulu, kemahen digilai oleh leman
Skang ni dah gundu mcm makcik juai nasik lemak pulak
Quote kucingitam 6-10-2022 10:53 AM
alhamdulillah..semoga istiqamah.

selalu tertuka dia dgn mona allen..
Quote MatDeghem 6-10-2022 11:01 AM
Acikgomen replied at 6-10-2022 10:48 AM
Masa kurus dulu, kemahen digilai oleh leman
Skang ni dah gundu mcm makcik juai nasik lemak pulak

Bila dah gundu ... baru cari agama


Quote KamikuP 6-10-2022 11:03 AM
Alhamdulillah masih belum terlambat.. dia ni ke yg jadi hantu masa ending Hantu Kak Limah?
Quote miemiecha 6-10-2022 11:12 AM
tahinah, selamat berjaya dan kekal istiqomah
Quote TomyamPuteh 6-10-2022 11:13 AM
Tunggu TV Alhijrah panggil lps ni.
Quote AkokKocik 6-10-2022 12:15 PM
TomyamPuteh: Tunggu TV Alhijrah panggil lps ...

Lambat la tunggu TV alhijrah....jahloofah jemput dulu jd tetamu n2n.
Quote fadz84 6-10-2022 02:10 PM
KamikuP replied at 6-10-2022 11:03 AM
Alhamdulillah masih belum terlambat.. dia ni ke yg jadi hantu masa ending Hantu Kak Limah?

Iye.. dialah tu..
Quote jijilaaa 6-10-2022 02:13 PM
dulu hot kan dia ni...ada satu cite mamat khalid yang black n white tu..that time body dia masih letopss
Quote lucky_peace 6-10-2022 02:28 PM
Alhamdulillah, moga istikamah..
Quote dudaberhias 6-10-2022 02:44 PM
semoga istiqomah... dan paling penting semua orang sekeliling di buka hati untuk bagi sokongan...
Quote syamzana 6-10-2022 02:56 PM
lain plak rupa zaman menyeksi dulu dgn skrg.
btw, semoga istiqamah. byk sgguh pitih retis ye rasa nak smbg bljr, zass terus buat. jeles iols
Quote anilanil 6-10-2022 03:24 PM
Avaa & mona bole berlakon jadi adik-beradik. Free hair & berhijab tetap nampak seiras.
Quote imanjannah 6-10-2022 03:41 PM
alhamdulillah.. moga istiqomah..
Quote Sazreena 6-10-2022 03:52 PM
Alhamdulillah..semoga dipermudah dan istiqomah.
Quote Incanto 6-10-2022 03:57 PM
Alhamdulillah.

nampak manis bertudung
Quote Piramida 6-10-2022 04:01 PM
Edited by Piramida at 6-10-2022 04:02 PM

Bagus. Dah daftar, dah join program baru lah gebang.

Pasangan Jah bungkus dan ucetaz patut contohi. Elak kan gebang pung pang sana sini, habuk pun tarakkk.
Quote missbigrockstar 6-10-2022 04:01 PM
anilanil replied at 6-10-2022 03:24 PM
Avaa & mona bole berlakon jadi adik-beradik. Free hair & berhijab tetap nampak seiras.

Avaa mmg kakak mona pun kan? Tapi kenapa aku nampak lain muka diorang. Tapi dua2 cantik lah.
Quote cap_ayam 6-10-2022 04:46 PM
Alhamdulillah semoga impian menjadi kenyataan inshaAllah.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.056051 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top