Sumber IG
Pada penghujung September lalu, pelakon, Avaa Vanja membuat keputusan untuk berhijab dan terus mendalami ilmu agama dengan lebih serius.
Memetik laporan Getaran, kata Avaa, dia sebenarnya sudah lama menerima 'panggilan' untuk berhijrah.
"Tetapi ketika itu saya masih tidak bersedia. Selepas saya diserang anxiety yang teruk, saya cuba memikirkan erti dan tujuan hidup.
"Saya cuba berjihad dan Allah SWT akhirnya memberikan tanda isyarat bahawa saya perlu kembali ke jalanNya semula," katanya.
Tambah wanita itu lagi, dia turut mengikuti beberapa ceramah dan kelas agama serta menyatakan menggemari pendekatan dakwah yang digunakan oleh Yasmin Mogahed.
"Ia membuka prespektif saya tentang agama Allah yang indah ini serta menambahkan lagi minat saya untuk terus mendalami ilmu agama," katanya.
Serius dengan penghijrahan itu, Avaa turut mendaftar dan mengambil diploma dalam pengajian agama secara atas talian dengan sebuah pusat pengajian di United Kingdom.
"Saya mengambil diploma ini kerana saya mahu melanjutkan pengajian di Al-Azhar. Saya benar-benar tertarik untuk terus mendalami Islam selepas melakukan banyak kajian.
"Lebih banyak saya melakukannya, ia lebih mendekatkan saya dengan agama ini dan juga Allah SWT," ujar Avaa. -CARI
|