CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Diculik Di Kawasan Broga Ditemui Mati Dalam Gaung

30-9-2022 11:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7646| Komen: 64

Description: Seorang wanita yang diculik di kawasan Broga, Lenggeng ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada Selasa.
Seorang wanita yang diculik di kawasan Broga, Lenggeng ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada Selasa.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihak polis menerima laporan berhubung penculikan wanita berusia 27 tahun itu pada Isnin.


Gambar hiasan

"Sebelum insiden itu, pada hari Ahad jam 6.30 petang pengadu memaklumkan menerima mesej di aplikasi WhatsApp yang meminta sejumlah wang tebusan.

"Bertindak daripada laporan berkenaan, pihak polis menjalankan operasi khas bagi mengesan dan mencari mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Bagaimanapun Ahmad Dzaffir berkata, pada Selasa kira-kira jam 3.30 petang, Balai Polis Batu 14, Hulu Langat menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan menjumpai satu mayat di dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor.

"Pemeriksaan lanjut dijalankan dan mayat berkenaan disahkan merupakan mangsa di dalam kes yang sedang disiasat.

"Ia berdasarkan kepada kad pengenalan dan dokumen-dokumen yang ditemui bersama mangsa serta pengecaman oleh ahli keluarga," katanya.

Beliau berkata, dengan penemuan mayat itu pihak polis berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan tangkapan seorang suspek lelaki berumur 20-an di kawasan Ampang, Selangor.

"Hasil ujian air kencing terhadap suspek yang merupakan pekerja swasta itu adalah negatif.

"Suspek seterusnya direman selama 15 hari bermula 28 September hingga 12 Oktober depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kimsa-ra 30-9-2022 11:17 PM
Takutnya. Kanak2 dan wanita tidak lagi aman di Malaysia
Quote belilies 30-9-2022 11:21 PM
Cana sheols boleh mati? Kesian..
Quote Adrif 30-9-2022 11:25 PM
Ya Allah, risaunya sekarang ni
berhati-hati ya semua.
aku pun ramai adik-adik perempuan, moga dilindungi semuanya
Quote she 30-9-2022 11:28 PM
Makin menjadi kes culik sekarang
Quote Tinot7 1-10-2022 12:49 AM
Takziah kpd keluarga.. apa yg berlaku? Dia jogging kat broga pastu kena culik ka apa?
Quote apalancut 1-10-2022 01:16 AM
sejak PKP tade ni.. kes jenayah makin berleluasa..
Quote green~tea 1-10-2022 01:40 AM
Broga ni dekat semenyih tu kan, apsal lak tulis lenggeng negeri sembilan? Ke mmg sebelah2 je dua tempat ni.. jogging kat semenyih, selangor tp tergelincir masuk negeri sembilan?

Iols pernah dengar tempat broga ni femes dan ramai orang hiking sini.... berani pulak ye culik... apsal minta tebusan, kenal ke
Quote green~tea 1-10-2022 01:45 AM
apalancut replied at 1-10-2022 01:16 AM
sejak PKP tade ni.. kes jenayah makin berleluasa..

Sebenarny aku pun pikir gini.. tp masa adik aku borak2 dgn polis, heols ckp sama je byk kadar jenayah pkp atau tak.... kadar eksiden yes betul berkurang

Teringat pulak ada orang aku kenal ... masa PKP giat skandal sana sini siap pregnantkan bini orang, pastu bercerai bini sendiri pastu kawen dgn scandal lain pulak.. apo gilaaaaaa weii.. kita ni nak kuar beli groceries pun mcm seram takut covid... kau bebas keluar jumpa scandal apoooooooooo
Quote Goodluckdontcry 1-10-2022 01:46 AM
Den xtau nak tulis ape LG..nak srh berhati2 pun, dimana mmg kene sentiasa berhati2..tp dimasa Sama, walau Kita berhati2, org yg jahat sentiasa Ada idea utk buat jahat terhadap Kita..

Jadi, jln terakhir nasihat tulus ikhlas Dr den..dizaman ler ni.. bykkan la doa kpd Allah SWT utk yg beragama Islam..moga Kita semua dilindungi Dr segala bahaya..Dan sebaik2 yg melindungi, hanyalah Allah SWT..

Utk yg non Muslim pun, doalah ikut kemampuan msg2.. berhati2 Dan berjaga2 selalu..Dan kdg Perlu buruk sangka..cuma jgnla pulak, org Tu tgk lek lek isap rokok dunhill..KO g report polis..Naya kat org.. kehkehkeh..pe2 sentiasalah berwaspada..peace
Quote casper2022 1-10-2022 01:58 AM
mcm mn la nasib si Azi tu... semoga slmt la..
Quote Abahmung 1-10-2022 02:52 AM
Malaysia dah tak selamat..
Quote jari10 1-10-2022 03:51 AM
casper2022 replied at 1-10-2022 01:58 AM
mcm mn la nasib si Azi tu... semoga slmt la..

Dah selamat ditemui lah
Quote Nokiaman 1-10-2022 05:02 AM
green~tea replied at 1-10-2022 01:45 AM
Sebenarny aku pun pikir gini.. tp masa adik aku borak2 dgn polis, heols ckp sama je byk kadar jena ...

Stended la baii..pompan melayu nie..kalo tak kena rodok...tak puas....
Senang senang je memantat dgn jantan lain walau da bersuami..
ujun hujung cakap bertaubat...
mmg sundal binti Sial
Quote Suchi 1-10-2022 06:05 AM
Edited by Suchi at 1-10-2022 06:26 AM
green~tea replied at 1-10-2022 01:40 AM
Broga ni dekat semenyih tu kan, apsal lak tulis lenggeng negeri sembilan? Ke mmg sebelah2 je dua tem ...


Sempadan ngn lenggeng tu, Broga skrg nk hiking tak silap kena amik permit sbb dh diwartakan hutan simpan ke apatah.

Iols tak penah manjat situ tp dulu belajar memandu kat sekolah memandu depan Broga tu, mencabar skit kalau hari Ahad bila berlatih bawak kat jalan depan tu sbb ramai org kat kaki bukit tu, keta2 pun byk la bawah tu.
Tp kalau hari biasa sunyi je tak byk kenderaan lelagi kalau lepas zohor tu.
Masa test JPJ dapat laluan situ syoklaa sbb takde keta langsung hahaha,jalan lurus je sampai depan universiti notthigham tu pastu uturn balik ke sekolah mandu tu. laluan satu lagi ke pekan semenyih susah skit dan nasib jpj tak pilih laluan tu huhu.

Iols penah g kenduri kawen org kat lenggeng tu mmg dkt je, bebetul sempadan semenyih tu sebelah je gitu. Iols dr kajang pun dekat je bila g situ sama la ngn mantin tu pun dekat juga. Musim durian dulu2 penah la pi beli kat situ.
Quote Suchi 1-10-2022 06:07 AM
Tinot7 replied at 1-10-2022 12:49 AM
Takziah kpd keluarga.. apa yg berlaku? Dia jogging kat broga pastu kena culik ka apa?

Iols baca berita mcm ada kaitan ngn pakwe dia dan penculikan ni pun tak silap bermotifkan hutang.
Tak pastu la kalau salah sbb byk sgt kan berita culik skrg ni.
Quote green~tea 1-10-2022 07:11 AM
Suchi replied at 1-10-2022 06:05 AM
Sempadan ngn lenggeng tu, Broga skrg nk hiking tak silap kena amik permit sbb dh diwartakan hutan  ...

Ooooòoooo... yang route hiking sempadan lenggeng kena amek permit baru ku tahu.. mesti takde orang.. scary nye... tak takut ke jumpa ular ke, binatang buas ke masa hiking route jarang orang lalu
Quote green~tea 1-10-2022 07:14 AM
Nokiaman replied at 1-10-2022 05:02 AM
Stended la baii..pompan melayu nie..kalo tak kena rodok...tak puas....
Senang senang je memantat d ...

Sundal satu hal... masa PKP kot.. semua org duk rumah.. roadblock di mana2

Gigih gilaaa nak buat maksiat
Quote green~tea 1-10-2022 07:16 AM
Suchi replied at 1-10-2022 06:07 AM
Iols baca berita mcm ada kaitan ngn pakwe dia dan penculikan ni pun tak silap bermotifkan hutang.
...

Hemmmm... mcm targeted dah pun, bukan random
Quote pu3_rania 1-10-2022 08:08 AM
Suchi replied at 1-10-2022 06:07 AM
Iols baca berita mcm ada kaitan ngn pakwe dia dan penculikan ni pun tak silap bermotifkan hutang.
...

Perempuan Melayu ke?

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.065251 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top