CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takiyuddin-Rina Perlu Jawab Spekulasi Kahwin, Bimbang Jejas Karier Politik

18-10-2022 11:59 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4558| Komen: 49|Original author: Tatod

Description: Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat bahawa Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan d ...

Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat bahawa Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan rakan kabinetnya, Datuk Seri Rina Harun harus tampil memberikan penjelasan mengenai gosip perkahwinan mereka yang kembali hangat diperkatakan baru-baru ini.

Menerusi laporan Getaran, Awang Azman berkata, kenyataan daripada kedua-dua pemimpin itu adalah jalan terbaik bagi meleraikan pelbagai spekulasi yang timbul pada ketika ini.

"Gosip perkahwinan itu lebih kurang kisah peribadi mereka tetapi disebabkan kedua-duanya menteri dalam kerajaan, jadi saya rasa eloklah diperjelaskan kepada umum.

"Sebagai orang politik, mereka adalah milik awam walaupun perkara itu sebenarnya terlalu peribadi tetapi dalam konteks Malaysia, isu peribadi itu juga dianggap sebahagian daripada politik semasa," katanya.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

Katanya lagi, andai Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS dan Rina (Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia) terus berteka-teki mengenai perkara itu, ia dikhuatiri akan menjejaskan imej politik mereka.

"Kalau betul, apa salahnya. Kalau salah, ini menjawab segala tohmahan, fitnah menggunakan political assasin yang boleh menjejaskan karier politik mereka dan juga parti masing-masing.

"Jadi, keduanya patut buka mulut. Kenapa perlu sembunyikan perkara baik. Perkahwinan adalah satu ikatan yang sah dan patut diuar-uarkan kepada umum," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, gosip liar itu tidak akan memberi impak besar kepada PAS khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani. SUMBER Wacana.my

Kata Azizuddin, khabar angin membabitkan Takiyuddin dan Rina hanyalah isu terpencil dan bersifat serangan peribadi.

"Saya rasa, rakyat tak tumpu sangat isu peribadi, mereka lebih fokus perkara dasar. Sebab sekarang bila saya tanya pengundi muda, amnya mereka hanya memberi tumpuan kepada isu dasar.

"Isu peribadi ini saya tak tahulah tapi kalau kahwin apa salahnya, beritahu sajalah dah kahwin. Bagi saya, isu ini sengaja dibangkitkan mungkin kerana jadi rahsia mereka," katanya.

Tambahnya lagi, isu berkenaan mungkin akan memberikan imej kurang baik kepada Takiyuddin sekiranya beliau masih ingin bertanding pada PRU-15.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu mempunyai hak sama ada mahu mengesahkan atau mengambil sikap berdiam diri mengenai isu terbabit.

Terdahulu, spekulasi Rina adalah isteri keempat kepada Takiyuddin pertama kali tersebar tahun lepas dan kembali hangat diperkatakan April lalu dan kekal menjadi tanya-tanya sehingga ke hari ini. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 18-10-2022 12:13 PM
spekulasi Rina adalah isteri keempat kepada Takiyuddin pertama kali tersebar tahun lepas dan kembali hangat diperkatakan April lalu dan kekal menjadi tanya-tanya sehingga ke hari ini


so maknanya dh ada 3???


Quote chandrahusin 18-10-2022 12:14 PM
Terdahulu, spekulasi Rina adalah isteri keempat kepada Takiyuddin pertama kali tersebar tahun lepas dan kembali hangat diperkatakan April lalu dan kekal menjadi tanya-tanya sehingga ke hari ini.
Kalau betul dh penuh quota Abg Taki ye
Quote sepiITUindah 18-10-2022 12:27 PM
vahhh...vahhhh geng lobai
Quote ToungeSoup 18-10-2022 01:33 PM

hehe..taki taki...taki rumbaaaaaaaaaa..
Quote sharlenetexas 18-10-2022 01:34 PM
Selama ni taki jadi doraemon?

Quote 3chanceno 18-10-2022 01:37 PM
Edited by 3chanceno at 18-10-2022 01:40 PM

Nikah harus diwarwarkan, tak kiralah jadi yg bongsu pun
kalau benar bagai dikata, takde konflik of interest ke, ahli politaik dari 2 part
tuperware yg berbeza,  bersama2 via nikah?#tanyajer

Patutlah muntri sibuk kuruskan badan instead jengah mana yg patut untuk rakyat
Quote margo20 18-10-2022 01:44 PM
Tgn si rina tetap chubby
Quote green~tea 18-10-2022 01:44 PM
Iols baru tanya soklan ni smlm kat kawan iols keje jpn.. sheols jawab.. ucap je lah tahniah kepada couple ni
Quote green~tea 18-10-2022 01:45 PM
Gigih ko rina renovate usus, muka sana sini hujung2 jadi bini no 4 lobai jahhhhhh..

U can do more.. kamon acik rinahhhhh
Quote kaishi 18-10-2022 01:49 PM
Kalau pape bantuan dari rina ni, payah sesangat aku nak pcaya.... Hahhaa, sbb rs mcm dia bg kronik2 dia atau bantuan tu jd bantuan usus dia laaaaa.....

Jd mohon yer, klu lps PRU ni dia masih menteri, aku x tau la kabinet jenis ape plak pasni, posing sakan sana sini, mekup sekati, aihhh malas ckp....

Aku ade gmbr close up dia, nampak beno capuk sana sini nye tu ????
Quote putera_daruna 18-10-2022 02:21 PM
wow.... penyatuan 2 parti
Quote nikaido 18-10-2022 02:49 PM
ingat no2, nombor 4 rupanya. lebai2
Quote .HannahMontana. 18-10-2022 03:06 PM
ada selera nak french kiss , beromen dengan jantan  mcm taki tu ?? yucksssssssssssssss
Quote takayama 18-10-2022 03:07 PM
yealah tahniah atas pernikahan kalian berdua
semoga berbahagia hingga akhir hayat
Quote kaseh80 18-10-2022 03:09 PM
Wah bertukar jadi model pung jadi yg ke 4 je
Quote Artemesiaa 18-10-2022 03:10 PM
Sebab tu dinasihatkan bila benar dah nikah elok diumum untuk elak fitnah
Quote ayukpingu 18-10-2022 03:17 PM
ku fikirkan cuma 2..rupanya 4
Quote rifaa 18-10-2022 03:29 PM
bini no1 garang tau
tapi penoh gak kouta, kalo betol la rina ni no4
Quote Highflyer19 18-10-2022 03:30 PM
Mmng patut diwar2kan kalau benar...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.223435 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top