CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Dihempuk Helmet, Cermin Kereta Dipecahkan Gara-gara Tak Sengaja Bunyi Hon

30-9-2022 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2815| Komen: 31

Description: Gara-gara tidak sengaja membunyikan hon, seorang lelaki ditumbuk, manakala cermin keretanya dipecahkan dengan dua batang besi di hadapan sebuah pasar raya di kawasan Taman Setia Indah, di sini, hari i ...
Gara-gara tidak sengaja membunyikan hon, seorang lelaki ditumbuk, manakala cermin keretanya dipecahkan dengan dua batang besi di hadapan sebuah pasar raya di kawasan Taman Setia Indah, di sini, hari ini.


Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah hari selepas lelaki berkenaan dipercayai berselisih faham dengan seorang lelaki tempatan kerana membunyikan hon tanpa sengaja.


Tangkap layar video tular memaparkan cermin kereta dipecah beberapa individu.

Katanya, mangsa mengaku tidak mengenali suspek yang menaiki motosikal Yamaha 135LC.


"Ketika kejadian, suspek menyemburkan serbuk pemedih mata ke arah mata pengadu, memukul kepala menggunakan topi keledar dan memecahkan cermin kereta di bahagian hadapan.

"Kemudian empat lelaki warga tempatan yang tidak dikenali, dipercayai kawan suspek, datang ke lokasi menaiki kenderaan pacuan empat roda.

"Mereka terus bertindak memecahkan cermin kereta lelaki berkenaan di bahagian belakang dan pintu kanan serta kiri.

"Suspek juga memukul bonet depan kereta pengadu menggunakan dua batang besi panjang," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Raub berkata, kejadian menyebabkan mangsa mengalami cedera bengkak di bibir, lebam di tangan dan sakit di belakang badan serta leher.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian pada 1.55 petang, di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Katanya, pihak polis sedang mengesan lima suspek yang terbabit dalam kes ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi talian hotline IPD JBS ditalian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali di talian 013-7290763," katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi enam saat memaparkan tindakan dua lelaki membuat kerosakan terhadap sebuah kereta berwarna putih.

Turut kelihatan kesan cermin pecah di tingkap pemandu kereta terbabit.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote casper2022 1-10-2022 02:08 AM
biasa berita macam ni kn dgr 2-2 pihak
Quote Goodluckdontcry 1-10-2022 02:22 AM
Edited by Goodluckdontcry at 1-10-2022 02:23 AM

Dah knp Lps PKP, perangai hazabedah msg2 keluar xsegan silu ni..msg2 nak tunjuk gedebe tak tentu Hala..xkene tempat..ko nak JD monyet ke..monyet kene belacan pun xteruk Sgt perangai haramjadah mcm manusia2 takde akal Sekarang ni...eeeeee den benci dgn masyarakat skrg ni... perangai buruk hodoh bodoh semua Ada.. berlumba2 pulak Tu nak tunjuk.... Cilaka cilaka cilaka..fuhh lega dpt maki dimlm Bute ni... kehkehkeh
Quote clarizsa 1-10-2022 02:29 AM
Dah x boleh hon ke kt msia ni
Gilalah cmni
Teruk betul
Ramai2 serang plak cm genster
Hish
Quote sukacactus 1-10-2022 06:14 AM
Hukum je pindah indon ke india sana
Ha xleh dengar bunyi hon sgt kan
Quote Dovahkiin 1-10-2022 07:23 AM
Org malaysia bab ni mmg bebal, hon = ajak gaduh.
Quote pooh~key 1-10-2022 07:45 AM
Dovahkiin replied at 1-10-2022 07:23 AM
Org malaysia bab ni mmg bebal, hon = ajak gaduh.

Tengok juga cara hon macam mana dek. Akak perati 95% yang hon tu emang tak sah kalau tak lebih dari 3 harkat honnya dekkk…. Memang stail hon ajak gaduh dan nak tunjuk pailanglah pendek cerita dekkk….akak senyum sinis jah dek.
Quote me12345 1-10-2022 08:31 AM
Samseng ke kongsi gelap ka...ganas eh bangsa johor..
Quote Belibis 1-10-2022 09:19 AM
sukacactus: Hukum je pindah indon ke india ...

Klau duk sana,mau gila terus..bunyi hon sepanjang jalan.
Quote Belibis 1-10-2022 09:20 AM
me12345 replied at 1-10-2022 08:31 AM
Samseng ke kongsi gelap ka...ganas eh bangsa johor..

Selamat...takde komen acik porum..gedebecawatkotemandilanje.
Quote Zazama 1-10-2022 10:10 AM
Aiyooo! Takut pulak kaka sbb laki kaka selalu sangatlah tertekan hon secara tak sengaja!
Quote Itzy 1-10-2022 10:57 AM
casper2022 replied at 1-10-2022 02:08 AM
biasa berita macam ni kn dgr 2-2 pihak

Aku selalu baca komen macam kau ni kat youtube yg sejenis menyokong keganasan. Selalu org2 melayu yg suka komen macam ni. Pelik la aku, asal org tu mulut celupar ke, atau silap sikit maka boleh naik tangan pukul orang tu. Asal kena hina sikit je, maka halal untuk bunuh org tu. Nabi Muhammad saw dan para sahabat dulu kena caci maki dengan kafir takde pula dia bunuh orang2 kafir tu. Mazhab mana orang melayu belajar pelik sungguh. Dah macam kat indon dah sejenis sokong keganasan.
Quote mojarean_X 1-10-2022 11:13 AM
Bole dihitung brp kali iols hon kereta seumur hidup. Orang yg suka hon ni biasanya kurang mahir bawa kete. Giteww iols carutkan
Quote gideoncross 1-10-2022 11:19 AM
mojarean_X replied at 1-10-2022 11:13 AM
Bole dihitung brp kali iols hon kereta seumur hidup. Orang yg suka hon ni biasanya kurang mahir bawa ...

Aiol plak prnh tkan hon sbb ada Yindon drive lori x kasi signal msa nak mmotong lane, tiba2 je msuk, kus smangat. Lgi stu psl Mulayu yg nak brpusing laju2 kat roundabout tnpa bgi signal, sadis.
Quote gideoncross 1-10-2022 11:20 AM
Itzy replied at 1-10-2022 10:57 AM
Aku selalu baca komen macam kau ni kat youtube yg sejenis menyokong keganasan. Selalu org2 melayu  ...

Netz ummah Mulayu Meleis mmg cmtu kbanyakannya, slain mncarut x ingt dunia tnpa sbb, dorg pun mysogynists, bnci sngt kat prmpuan, sllu kutuk kaum prmpuan tpi bila nfsu naik, pndai plak cri prmpuan, xnak cri sejenis, geli ktanya lol.
Quote gideoncross 1-10-2022 11:23 AM
Dovahkiin replied at 1-10-2022 07:23 AM
Org malaysia bab ni mmg bebal, hon = ajak gaduh.

Pstu klau kita hon kat pngguna jln rya yg sukati2 potong lane or msuk simpang tnpa bgi signal, dorg plak yg jegil2 kan mta kat kita, xpun jeling2, gila.
Quote mojarean_X 1-10-2022 11:24 AM
gideoncross replied at 1-10-2022 11:19 AM
Aiol plak prnh tkan hon sbb ada Yindon drive lori x kasi signal msa nak mmotong lane, tiba2 je msuk ...

Iols pula hampir kena himpit trailer yg tiba2 tukar lorong. Nasib baik lorong kanan iols x de motor dan kete, terus iols pecut ke kanan. Iols rasa kenderaan2 berat ni blindspot mereka teruk sgt. So, iols pantang ngan trailer, lori dan pembunuh utama kt highway hilux dan seangkatan dgnnya
Quote naina 1-10-2022 11:28 AM
gideoncross replied at 1-10-2022 11:23 AM
Pstu klau kita hon kat pngguna jln rya yg sukati2 potong lane or msuk simpang tnpa bgi signal, dor ...

Adehh
Habis takleh hon ke apa kat kenderaan yang tiber2 keluar. Kadang kita pun terkejut. Eh bodo la orang cmni. Pasal hon pun trigger. Kadang duduk tggu Asben g kedai anak main hon plak.
Quote Thunderclouds 1-10-2022 01:04 PM
mojarean_X replied at 1-10-2022 11:13 AM
Bole dihitung brp kali iols hon kereta seumur hidup. Orang yg suka hon ni biasanya kurang mahir bawa ...

Samaaaaa..aku ni chauffeur ank2 pg sampei ptg,mon to sun yachhh..takuttt sgt jd mangsa road rage. Tetekan hon pon leh jadik punca kna pukul
Quote chandrahusin 1-10-2022 01:09 PM
Aku pnh nmpak 1 kereta ni hon
Yg kena hon terus ajak yg hon gaduh
Pdhal depan kwsn sekolah tu
Cepat trigger org skrg

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.113285 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top