CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas YDP Majlis Daerah Tak Mengaku Terima Suapan RM100,000

30-9-2022 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1081| Komen: 4

Description: Bekas Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Langat, Azhar Mohamed Ali mengaku tidak bersalah menerima suapan berjumlah RM100,000.
Bekas Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Langat, Azhar Mohamed Ali mengaku tidak bersalah menerima suapan berjumlah RM100,000.

Tertuduh didakwa atas empat tuduhan membuat pengakuan itu di Mahkamah Sesyen hari ini.

Azhar, 48, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas tuduhan menerima suapan antara Julai 2017 dan April 2019 daripada Azizul Ab Majid ketika mereka mempunyai hubungan kerja rasmi.



Menurut laporan FMT, jika sabit kesalahan, Azhar berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Bagi tuduhan pertama, Azhar didakwa menerima RM60,000 daripada Azizul di pejabat Majlis Daerah Kuala Langat di Banting, Selangor, pada 14 Julai 2017.

Tuduhan kedua menyatakan dia menerima RM10,000 daripada Azizul di Taman Casa Mekar di Sungai Merab, Sepang, Selangor, pada 6 September 2017.

Bagi tuduhan ketiga, Azhar didakwa menerima RM20,000 daripada lelaki yang sama di Amverton Cove Golf & Island Resort di Jalan Pulau Carey, Kuala Langat pada 18 Disember 2017.

Menurut tuduhan keempat pula, dia dikatakan menerima RM10,000 lagi daripada Azizul di Taman Casa Mekar pada 30 April 2019.

Azhar mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Hakim Rozilah membenarkan Azhar diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 26 Oktober ini.

Azhar diwakili Peguam Ariff Azami Hussein manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Yusriza Zulkifli. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 30-9-2022 06:19 PM
Azizul tu kontraktor ke ape
Let's say jatuh salah
Azhar je ke atau 2, 2 sekali kena

Quote dua_chzy 30-9-2022 06:21 PM
Rasuah. Rasuah di mana2.
Quote insulin 30-9-2022 07:58 PM
Fuh. RM100K. Banyak tu.
Quote blue_blur 30-9-2022 08:48 PM

perspektif lain, nilai orang tua tu hanya rm100k....
Tak baloi.... kalah atau menang, memang sah berlaku cuma kurang bukti, buat malu ngan kariah area rumah dia je..
kalau tak pindah juga, sila lah pulau..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.190457 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top