CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Pengundi 18 Tahun Keliru Ikut Kata Hati Atau Buat Pilihan Dipengaruhi Ibu Bapa

30-9-2022 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1041| Komen: 10

Description: Kebanyakan pengundi berusia 18 tahun dilihat masih kurang bijak dalam membuat keputusan memilih wakil rakyat dalam pilihan raya kerana dipengaruhi kedua-dua orang tua mereka.Malah, mereka turut keliru ...
Kebanyakan pengundi berusia 18 tahun dilihat masih kurang bijak dalam membuat keputusan memilih wakil rakyat dalam pilihan raya kerana dipengaruhi kedua-dua orang tua mereka.


Malah, mereka turut keliru sama ada mahu mengikut kehendak hati sendiri atau apa yang dinasihatkan ibu bapa kerana bimbang mereka akan membuat keputusan yang silap, kata ahli Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Madya Dr Chin Yee Mun.


Gambar hiasan/SPR

Beliau berkata, perkara seperti itu berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akhirnya menyaksikan jumlah keluar mengundi pada usia tersebut kurang kerana didorong oleh perkara seperti itu .


“Mereka sepatutnya tak boleh begitu (perlu buat keputusan sendiri) kerana membuat pilihan adalah hak atas diri masing-masing.

“Ini penting kerana ia merupakan penentu kepada masa depan mereka sendiri dan bukannya orang lain,” katanya kepada media selepas Perogram Bicara Pemikir Negara yang bertajuk Bangsa Malaysia Dari Perspektif Generasi Baharu, anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di Kajang hari ini.

Bagi Pensyarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr Mansor Mohd Noor berpendapat, institusi pendidikan di negara ini sendiri telah gagal untuk mendidik golongan berkenaan daripada memahami fungsi politik yang sebenar.

Katanya, banyak perkara tidak diajar di institusi pendidikan dan disebabkan itu bagaimana golongan pengundi usia tersebut hendak faham dalam soal membuat keputusan.

“Kita kena lihat sistem pendidikan negara kerana kebanyakan yang diajar adalah menerusi cara didikan British,” katanya.


Prof Dr. Mansor Mohd Noor

Tambah beliau, komuniti juga perlu menyampaikan mesej yang jelas mengenai perkara berkenaan dan ia bukan tugas yang perlu dipikul oleh pemikir.

Katanya, perbahasan mengenai perkara itu perlu dibuat bagi memberi kesedaran kepada pengundi pada usia itu betapa pentingnya mereka harus membuat keputusan yang berlandaskan atas prinsip diri sendiri. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-9-2022 06:05 PM
Eh takyah keluar mengundi la kalau nak undi parti mana pun dengar cakap mak pak.
Quote krustykrab 30-9-2022 06:06 PM
dua_chzy replied at 30-9-2022 06:05 PM
Eh takyah keluar mengundi la kalau nak undi parti mana pun dengar cakap mak pak.

Umo 18 tu sibuk main game lg, mana nya nk peduli parti mana ok parti mana tak
Quote dua_chzy 30-9-2022 06:07 PM
krustykrab replied at 30-9-2022 10:06 AM
Umo 18 tu sibuk main game lg, mana nya nk peduli parti mana ok parti mana tak

Kan? Umo 18 tahun sekarang tu ibarat weols umo 13, 14 tahun dulu2.
Quote jazaa100 30-9-2022 06:31 PM
Kau klu tak pangkah bulan, Umie potong duit elaun kau dik.....kau mintak lah dgn ayah kau parti dacing tu......


Quote CikYaYaYa 30-9-2022 08:41 PM
Budakk umur 18 tau apaa.. bukan nya diorang kisahhh pon parti apaa memimpin. yang umur 24 keatas pon belom tentu amik kesahh sal sume tu. aq xpaham kenapa budakk2 umur 18 dah kene mengundii.
Quote Skuau 30-9-2022 08:42 PM
nampak tak taktikal & strategi ahli politik nk manipulasi bebudak ni tuk kepentingan mereka...bior jer la 21 ke atas boleh ngundi..ni Msia..bkn 'bebudak negara omputeh'....18 taun kt Msia ni..msh mak,bapak belikan spender tuk drng..tu pon ahli politik suh ngundi...apa daaa
Quote CiliPadiSedap 30-9-2022 09:46 PM
dua_chzy: Eh takyah keluar mengundi la kalau nak undi parti mana pun dengar cakap mak pak.


dulu masa first time mengundi. dengar cerita kalau pg khemah parti tertentu dapat duit poket rm 200, rm400. babi tunjuk muka satu habuk xdapat. pundek.

junior kaka dapat rm 400. rezeki dia. masa PRU ni memang ada bajet cash untuk orang balik mengundi or duit jajan.

Quote CiliPadiSedap 30-9-2022 09:47 PM
Skuau replied at 30-9-2022 08:42 PM
nampak tak taktikal & strategi ahli politik nk manipulasi bebudak ni tuk kepentingan mereka...bior j ...

ni test water je. teori kaka rempit undi bn. budak masuk u ada hutang ptptn undi PH. simple je
Quote CiliPadiSedap 30-9-2022 09:52 PM
jazaa100 replied at 30-9-2022 06:31 PM
Kau klu tak pangkah bulan, Umie potong duit elaun kau dik.....kau mintak lah dgn ayah kau parti daci ...

[youtube]dNFBR04p6kU[/youtube]

bagi kat umie
Quote Suchi 30-9-2022 09:58 PM
Budak2 masih dipengaruhi mak pak tu iols paham la tp ramai je hat dah dewasa ni masih sokong parti yg mana mak pak dorang sokong.
Kawan2 iols ramai je gitu..
Iols depan famili dengar je depa duk pung pang, kat wassep kalau depa mesej jgn lupa pangkah sekian2 pun kita ya kan je

Tapi bila hari mengundi lain laa jadinya hahahah tu pasal tak mengundi kat kg, kami ngundi kat mana kami tinggal jaaa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.076278 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top