CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Dua Minggu Kahwin- Wanita OKU Mental Dah Dibelasah Suami, Ibu Pun Didera

29-9-2022 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1249| Komen: 2

Description: IPOH: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) mental, yang mendakwa sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga, memohon bantuan mana-mana pihak untuk menyediakan rumah atau bilik pada harga murah ke ...
IPOH: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) mental, yang mendakwa sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga, memohon bantuan mana-mana pihak untuk menyediakan rumah atau bilik pada harga murah kerana sudah tidak sanggup tinggal bersama suaminya.


Mangsa, 36, yang hanya ingin dikenali sebagai W, berkata dia berkenalan dengan suaminya, 40, melalui segmen kenalan di majalah dan berumah tangga pada 2014.


Gambar Hiasan

"Semuanya tidak seindah yang disangka apabila suami saya mula menunjukkan sisi gelapnya dua minggu selepas perkahwinan dengan perlakuan membuang dan mencampak barang di dalam rumah serta memukul saya.


"Kini, saya mendapat bantuan bayaran sewa rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450... saya ingin keluar dari rumah ini serta memulakan hidup baru dan memohon bantuan orang ramai yang sudi menawarkan rumah atau bilik pada harga yang rendah kepada kami," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Lebih memilukan, emak W yang berusia 62 tahun dan berkerusi roda selepas kakinya dipotong akibat penyakit kencing manis turut menjadi mangsa dera apabila lelaki itu ingin melepaskan kemarahan.

"Dia mencampakkan kerusi roda ke arah saya dan emak sehingga mendapat perhatian jiran... mereka kemudian menelefon ambulans dan membawa kami ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.

"Saya tidak pernah membuat laporan polis sehinggalah jururawat yang merawat saya dan emak melakukannya
kerana merasakan kami telah didera," katanya.

Wanita itu berkata, suaminya sudah tiga kali ditahan polis namun dibebaskan kerana tiada bukti kukuh dan lelaki itu kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan, berkata isu itu perlu diberi keutamaan oleh semua pihak serta perlu segera dilaporkan agar tidak berlanjutan. –CARI

Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 29-9-2022 02:53 PM
kesian dah lah oku, dapt suami setan. tabahlah ko dek
Quote intan244 29-9-2022 08:51 PM
oku pon boleh kawen. tp malang husband camtu. lama betul bertahan sampai 8taun.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.058734 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top