CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 Pertuduhan Gangguan Seksual, Perbicaraan Ebit Lew Masuk Hari Ketiga

29-9-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 992| Komen: 1

Description: TENOM: Perbicaraan hari ketiga kes gangguan seksual membabitkan pendakwah, Ebit Lew di Mahkamah Tenom pagi ini diteruskan dengan keterangan saksi pertama pendakwaan yang juga pakar motivasi, Mohd Fair ...
TENOM: Perbicaraan hari ketiga kes gangguan seksual membabitkan pendakwah, Ebit Lew di Mahkamah Tenom pagi ini diteruskan dengan keterangan saksi pertama pendakwaan yang juga pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu.


Semalam, perbicaraan mendengar keterangan Mohd Fairuz sebelum perbincaraan ditangguhkan jam 4.30 petang.


Foto: Berita Harian

Mengenakan baju warna biru muda dan berkopiah putih, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 29-9-2022 02:53 PM
aku nak tahu hukuman dia je. mslhnya si ebit ni msih tersengih2 kerang dia ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.041030 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top