CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 688|Reply: 1

11 Pertuduhan Gangguan Seksual, Perbicaraan Ebit Lew Masuk Hari Ketiga

[Copy link]
Post time 29-9-2022 10:32 AM | Show all posts |Read mode
TENOM: Perbicaraan hari ketiga kes gangguan seksual membabitkan pendakwah, Ebit Lew di Mahkamah Tenom pagi ini diteruskan dengan keterangan saksi pertama pendakwaan yang juga pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu.


Semalam, perbicaraan mendengar keterangan Mohd Fairuz sebelum perbincaraan ditangguhkan jam 4.30 petang.




Foto: Berita Harian




Mengenakan baju warna biru muda dan berkopiah putih, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam.


Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia.


Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.


Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2022 02:53 PM | Show all posts
aku nak tahu hukuman dia je. mslhnya si ebit ni msih tersengih2 kerang dia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042354 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list