CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Sudah Temui Penyumbang Derma RM2.6 Bilion Kepada Najib

22-8-2015 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12566| Komen: 77

Description: Isu sejumlah wang sebanyak RM2.6 bilion melibatkan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak masih lagi menjadi bualan dan tanda tanya buat rakyat Malaysia.

Oleh : Dean BZ

Sumber foto : Malaysiakini


Isu sejumlah wang sebanyak RM2.6 bilion melibatkan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak masih lagi menjadi bualan dan tanda tanya buat rakyat Malaysia. Walaubagaimana pun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah mengesahkan wang sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib Razak, adalah duit derma dan tiada kaitan dengan wang dana 1Malaysia Development Berhad.


Memetik laporan Malaysiakini, Timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab. Apabila ditanya mengapa wang bernilai AS$700 juta itu diberikan kepada Malaysia, individu terbabit menjawab, negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan.


Katanya lagi, individu tersebut mengakui ada banyak sahabat dari kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu.


"Mereka mahu Umno dan BN tetap memerintah negara," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Sri Gading hari ini.


Naib Presiden Umno itu berkata, beliau juga melihat dokumen asal pemindahan dana berkenaan.Tanpa mendedahkan identiti penderma Arab itu Ahmad Zahid berkata, ia membuktikan tiada wang daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) masuk ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.


Lapor portal itu lagi, Ahmad Zahid juga menjelaskan bagaimana wang berkenaan masuk ke akaun Najib.


"(Wang) AS$100 juta pertaa diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat kerana pihak penderma tidak mahu melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib," katanya. - CARI Infonet.

12

Bagus
17

Marah
20

Terkejut
19

Sedih
9

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote highcastle 22-8-2015 01:22 PM
Ni serupalah macam kes video Anwar yg telah jumpa org yg mirip dengannya di Thailand............
Quote primemova 22-8-2015 01:53 PM
Kenapa nk tunggu beberapa bulan baru boleh beri jawapan ... Peliknya...
Quote all4rez 22-8-2015 01:58 PM
Baiklah, hamba percaya....
Quote amiraira 22-8-2015 01:59 PM
next



Quote yellowfin 22-8-2015 02:05 PM
Kahkahkah.. jaid...jaid... jangan la buat komidi sangat...

Kalo bijan campak sikit duit drpd hasil 2.6b tu, ramai je pak2 arab miskin sanggup berlakon jadi penderma..

Mekapkan lawa2.. pakai kan sarban... sewakan bot mewah sehari... panggil jaid datang jumpa.. kautim..!

Akal bijan semua orang dah bole baca la..

Itu pun kalo betul si jaid ni dah jumpa la.. bukan boleh percaya sangat cakap geng2 si kitul ni...
Quote bungarose 22-8-2015 02:12 PM
allahuakhbar...dahsyatnya malaysia skrg
Quote adikacu 22-8-2015 02:29 PM
kaya raya pak arab tu..
Quote munchkin 22-8-2015 02:31 PM
Perghhhhh.  Makin ko bercakap makin aku pircayaaaaas. Aku pircayaaaaaaa.
Quote agusta 22-8-2015 02:31 PM
Waaaa kuat kipasss ni..patut la dipilih jd tpm
Quote roy3 22-8-2015 02:34 PM
Mgkin umno tiada akaun dan xdak sp leh tau duit derma tersebut ke akaun pm..akan diberitahu lepas pecah tembelang.ni bru 1 kes.ade lg x rs2 kes derma lain yg x diberitahu?
Quote bluemenx 22-8-2015 02:34 PM
taktik sama...

'puting saiful kena gigit'... acai2 pecaya  kikikikiki
Quote kambeng_masam 22-8-2015 02:34 PM
kahkahkah.....zahid adalah pencacai paling setia...dari pembantu hingga dah jadi menteri tolong wipe jubur najis.
Quote BigPanther 22-8-2015 02:49 PM
ada hujan emas betul ka kat negara arab tu?
ka pasir jadi kuning sebab ada emas?
Quote tungkai 22-8-2015 02:56 PM
Dr awal issue 1MDB sampai la sekarang, segala persoalan dijawab oleh pelbagai supporter dia. Korang plak yg over. Jibby aman2 aje tweet psl bola la, pasal panda la..Langsung takde kaitan..hahah
Quote samperit 22-8-2015 02:58 PM
ckp lah ape pun zahid..org x percaya
Quote mattzzx 22-8-2015 03:01 PM
boleh caya???
Quote ctaz 22-8-2015 03:01 PM
UNTOOOOONNNNNGGGGGGLAAAAAAAAA NAJIB....
dapat penjilat yg terbaekkkk......
Quote kerikangkung 22-8-2015 03:43 PM


macai mcm org tua kat hulu langat nuuuu mesti melompat girang sbb wak komedi dah bagi alasan yg paling munasabah utk diceritakan pada org2 kampung felda pprt
Quote MissNigga 22-8-2015 03:51 PM
sooooo ... dah jumpa erk??????
apa penderma tu cakap???? cer habag ....

p/s kalo dah nak menipu tu ... mmg nak menipu jer kije ... dasar penjilat .. pengipas ... hak tuihhhhhhhhhhhhh

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-2-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.304094 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top