CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Siti Mariah Dan 183 Yang Lain Keluar PAS Untuk Sertai GHB

22-8-2015 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21359| Komen: 282

Description: Anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan sebagai Naib Yang Dipertua PAS kawasan itu berkuat kuasa serta-merta bagi menyertai...

Oleh : Dean BZ

Sumber foto : propartiislammalaysia.blogspot.com


Anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan sebagai Naib Yang Dipertua PAS kawasan itu berkuat kuasa serta-merta bagi menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baharu (GHB) hujung bulan ini. Turut sama meletak jawatan ialah 183 pemegang jawatan dari pelbagai peringkat.

"Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira pendekatan politik berbeza PAS pada masa ini yang tidak menunjukkan sebarang langkah perdamaian dengan rakan DAP," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya pada Rabu.

Menurut laporan astroawani, Dr Siti Mariah berkata keputusan itu dibuat bagi menyahut seruan pemimpin tertinggi parti supaya anggota yang ingin menyertai wadah baharu iaitu GHB melepaskan jawatan mereka.


Lapor portal itu lagi, Dr Siti Mariah berkata PAS tidak menguruskan isu hudud dengan betul sehingga menyebabkan parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Dalam sidang akhbar yang sama, AJK kawasan PAS Klang, Abdul Rashid Osman berkata seramai tiga AJK termasuk beliau meletak jawatan bagi menyertai GHB. - CARI Infonet.


14

Bagus
23

Marah
22

Terkejut
17

Sedih
28

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote atira 20-8-2015 12:44 PM
actually tak kuor pas pon lagi kan..
tapi letak jawatan dulu
Quote melia_star 20-8-2015 12:45 PM
way u go DR. Mariah...I salute U!!
Quote atira 20-8-2015 12:53 PM
melia_star replied at 20-8-2015 12:45 PM
way u go DR. Mariah...I salute U!!

lain peel dia dgn lobai2 yg hadap jawatan mcm geng2 syumul hadi
Quote lvsg8 20-8-2015 12:58 PM
dia ni ke yg kena rejek masa pemilihan pas baru2 ini...biasa la loser..
Quote kecimpret 20-8-2015 12:59 PM
jap lg kuar laa maki hamun caci hina GHB dr fanatik pas
Quote atira 20-8-2015 01:01 PM
lvsg8 replied at 20-8-2015 12:58 PM
dia ni ke yg kena rejek masa pemilihan pas baru2 ini...biasa la loser..

atleast dia sedar diri dan letak jawatan tak mcmset2 lobai syumul..
kerjasama tak nak... tpi jawatan nak



Quote dino 20-8-2015 01:02 PM
atira replied at 20-8-2015 12:44 PM
actually tak kuor pas pon lagi kan..
tapi letak jawatan dulu

dah ade bunyi kuar PAS seolah2 kluar dr pejuangan islam...
Quote scorpionkiki 20-8-2015 01:03 PM
Masuk PAS tak boleh kaya.... lain la set umno...esp macai Najib
Quote dino 20-8-2015 01:05 PM
kecimpret replied at 20-8-2015 12:59 PM
jap lg kuar laa maki hamun caci hina GHB dr fanatik pas

baca nih.....

Aszfia Haris El Haraki added 5 new photos.
2 hrs · Edited ·





Kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
KEGUGURAN AHLI DARI PERJUANGAN ISLAM SUDAH ADA SUNNAHNYA
Dewan Ulamak PAS Pusat meneliti dengan serius percubaan untuk memecah-belahkan perpaduan PAS oleh pihak tertentu menerusi hasutan kepada ahli untuk keluar daripada gerakan Islam PAS secara beramai-ramai.
Sesungguhnya usaha sebegini bukannya baru. Sepanjang zaman, musuh-musuh kepada perjuangan politik Islam mencuba pelbagai cara sama ada dari dalam atau dari luar untuk melemahkan kekuatan PAS. Tentunya usaha dari dalam dengan menabur racun yang halus lebih berjaya berbanding usaha dari luar kerana menjadi seumpama api dalam sekam yang membakar tanpa sedar.
Namun, sejarah membuktikan PAS terus gagah sejak ditubuhkan 1951 meskipun mengharungi pelbagai kocakan dalaman termasuk gugurnya beberapa belas pimpinan tertinggi PAS pada 1982. Hal ini kerana kekuatan PAS adalah pada dasar Islam yang dipegang serta rujukan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas yang memandu hala tuju dan gerak kerja PAS.
Pemimpin dan ahli boleh datang dan pergi, namun, parti berasaskan Islam yang membawa cahaya kebenaran Islam akan terus berjalan dan berlangsung.
Allah berfirman;
يُرِيدُونَ أَن يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
"
"Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka sedang Allah enggan melainkan menyempurnakan cahaya-Nya walaupun dibenci oleh orang yang kufur."
(Surah Taubah ayat 32)
Keguguran Tentera Talut
Keguguran sebilangan pimpinan dan ahli dari perjuangan PAS memperingatkan kita dengan tapisan yang dilakukan oleh Allah terhadap tentera Talut, seorang raja yang dipilih oleh Allah bagi memimpin Banu Israel memerangi si zalim Jalut.
Dalam perjalanan perang, tentera Talut diuji dengan sebatang sungai. Mereka tidak dibenarkan minum airnya melainkan sekadar secebok tangan. Majoriti tentera gagal dalam ujian lalu digugurkan dari barisan tentera sehinggakan tinggal sekumpulan kecil sahaja kalangan mereka.
Menurut satu riwayat daripada al-Sudi bilangan mereka ialah 80,000. Yang terpaksa digugurkan kerana gagal tapisan pertama ialah 76,000 manakala yang berjaya hanya 4,000 sahaja.
Lantas sebahagian besar daripada kumpulan kecil yang berjaya tapisan pertama ini pula teruji perasaan mereka dengan kebimbangan setelah mereka menyeberangi sungai. Lalu mereka mengeluh; "tiada upaya kita dengan bilangan kecil ini untuk menghadapi Jalut dan tenteranya yang ramai!!"
Namun, segelintir yang lain pula menegaskan keimanan mereka bahawa mereka mampu menang dengan bantuan Allah. Kata mereka "Betapa banyak kumpulan yang sedikit mengalahkan kumpulan yang banyak DENGAN IZIN ALLAH sedang Allah bersama orang-orang yang sabar"
( rujuk Surah al-Baqarah ayat 249)
Menurut al-Sudi, golongan yang lemah iman itu berjumlah 3680 orang lebih. Manakala golongan yang kuat imannya hanyalah 310 orang lebih sebagaimana bilangan tentera Badar. Namun, kesabaran menjadi sebab untuk mereka menang akhirnya mengalahkan Jalut.
Perang Uhud
Ketika berlaku perang Uhud di saat tentera Quraisy telah tiba ke sempadan Madinah, Rasulullah saw keluar dengan jumlah tentera Islam seramai seribu orang. Namun, dipertengahan jalan 1/3 tentera telah mengundurkan diri secara tiba-tiba dengan pelbagai alasan dengan diketuai oleh kepala Munafikin yang bermuka-muka dengan Nabi saw iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul.
Tujuannya untuk melemahkan semangat baki tentera Islam. Namun, baginda meneruskan juga perjuangan dan hasilnya kemenangan pada pusingan pertama perang telah memihak kepada baginda saw.
Rom Menaja Masjid Dirar
Kerajaan Rom selaku musuh Islam mendalangi dan menaja penubuhan sebuah masjid di Madinah menerusi golongan Munafik bagi memecah-belahkan kesatuan umat Islam. Ia menjadi pengajaran bagi mereka yang bersedia untuk bersekongkol dengan pihak luar bagi melemahkan Islam dan memecah-belahkan kesatuan Islam. Tidak mungkin musuh Islam sudi membantu jika tiada muslihat dan kepentingan.
Seruan
Saya menyeru seluruh ahli PAS untuk Istiqamah meneruskan perjuangan politik Islam menerusi wadah PAS. Kita bersama PAS memperjuangkan kuasa politik Islam hanyalah kerana Allah demi memperjuangkan agama-Nya. Selagi PAS terus menjadikan Islam sebagai dasarnya dengan empat rujukannya iaitu al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas maka kita akan terus istiqamah. Sesungguhnya kemenangan Islam itu semakin hampir. Hanya orang yang sabar bakal menikmatinya.
Sekian.
Istiqamah Hingga Kemenangan
Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Khamis 5 Zulkaedah 1436 H bersamaan 20hb Ogos 2015





Quote kecimpret 20-8-2015 01:07 PM
atira replied at 20-8-2015 01:01 PM
atleast dia sedar diri dan letak jawatan tak mcmset2 lobai syumul..
kerjasama tak nak... tpi ja ...
Keputusan Putus Hubungan Dengan DAP Lepas Aidilfitri
Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 7:04 PM

Dr Mahfodz Mohamed
   (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau berkata ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap.

"Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar Tahunan PAS 2015 baru-baru ini.

"Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya, katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (Mara) di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status usul Dewan Ulama PAS Pusat yang disokong tanpa dibahaskan semasa muktamar lepas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP.

Mahfodz, yang juga anggota Majlis Syura sesi 2011-2015, berkata Dewan Ulama  akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu nanti.

"Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak memutuskan itu Majlis Syura," katanya.

Terdahulu, Mahfodz bersama anggota Dewan Ulama yang lain menyerahkan memorandum kepada pengurusan Mara supaya siasatan penuh dan telus dapat dilakukan berhubung kes pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh Mara Inc.


lobai acah2 je kottt..dah abis raya tak umum putus pun
Quote kecimpret 20-8-2015 01:11 PM
dino replied at 20-8-2015 01:05 PM
baca nih.....

Aszfia Haris El Haraki added 5 new photos.
Namun, kesabaran menjadi sebab untuk mereka menang akhirnya mengalahkan Jalut.


jauh beza tul dgn pimpinan PAS skg
Quote alesandra 20-8-2015 01:39 PM
atira replied at 20-8-2015 12:53 PM
lain peel dia dgn lobai2 yg hadap jawatan mcm geng2 syumul hadi

ekceli kann ...penah diwarwarkan.. lobai2 suh set2 GHB neh letak jawatan dlm parti,keluar parti dan lepaskan jawatan MP dan ADUN masing2.matilah.. byk PRK pasni.najib pun nanti pening...kena taburkan lagi saki baki duit 2.6 billion ittew
Quote #h$=== 20-8-2015 01:45 PM
Lantak lah.
Quote atira 20-8-2015 01:48 PM
kecimpret replied at 20-8-2015 01:07 PM
lobai acah2 je kottt..dah abis raya tak umum putus pun

tu lobai2 dah terbelit....
Quote atira 20-8-2015 01:50 PM
alesandra replied at 20-8-2015 01:39 PM
ekceli kann ...penah diwarwarkan.. lobai2 suh set2 GHB neh letak jawatan dlm parti,keluar parti da ...

itu pon kalau ada baki sis
Quote dodolgemok 20-8-2015 01:56 PM
Lobai2 perasan shumul cakap ni adalah tapisan tuhan. Anggap parti sendiri tu dah betul smpai tuhan tolong kasi tapis buang parasit segala bagai. Nahh terserlah keshumulan lobai2 tersebut umpama PA tuhan pulak
Quote melia_star 20-8-2015 02:05 PM
dino replied at 20-8-2015 01:02 PM
dah ade bunyi kuar PAS seolah2 kluar dr pejuangan islam...

kalu muslimat Pas bleh x jatuh talak 3 kt somi nyer? bwahahahaha....
Quote kecimpret 20-8-2015 02:24 PM
atira replied at 20-8-2015 01:48 PM
tu lobai2 dah terbelit....

ada sorang lobai pas ISIS kat kedah lg besttt...siap kuarkan ayat2 quran utk halalkan darah mereka yg join GHB kat FB
Quote PongKang 20-8-2015 02:26 PM
Ramainya catwalk kuar pas.. Haha

Lihat semua komen(282)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.061499 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top