CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sepupu Raja Charles Dakwa Meghan Markle Dibuli Keluarga Diraja Dengan Dahsyat

24-9-2022 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7356| Komen: 62

Description: Sepupu Raja Charles III baru-baru ini mendedahkan isteri Putera Harry, Meghan Markle menerima layanan sangat buruk daripada Keluarga Diraja British.
Sepupu Raja Charles III baru-baru ini mendedahkan isteri Putera Harry, Meghan Markle menerima layanan sangat buruk daripada Keluarga Diraja British. 

Menurut IntepSeleb, Putera Harry menolak jemputan Raja Charles III untuk makan malam ketika tiba di Scotland. Penolakan itu adalah kerana Harry marah kepada Charles yang melarang Meghan Markle untuk bersamanya.


Page Six

Diketahui, Putera Harry menuju ke Istana Balmoral di Scotland untuk mengiringi detik-detik terakhir Ratu Elizabeth II.

Bagaimanapun, Harry dilaporkan hanya diberitahu perkara ini 5 minit sebelum pengumuman kematian Ratu diumumkan. Apabila dia pergi ke Balmoral, Harry datang bersendirian tanpa Meghan Markle.


Dalam laporan lain, ‘sepupu’ Raja Charles III mendedahkan sikap ahli keluarga diraja Britain terhadap Meghan Markle yang didakwa agak teruk. Malah, dia menyatakan bahawa buli yang diterima Meghan adalah dahsyat.

Menurut IntepSeleb, apa yang dialami adalah sejenis buli yang mengerikan dan mengharapkan Meghan mampu untuk bertahan.

Tambahan pula, Christina Oxenberg berkata Meghan Markle menjadi sasaran keluarga diraja Britain bukan kerana bangsa atau warna kulitnya, tetapi dia dianggap sebagai warga asing.

Katanya, keluarga diraja sangat menjaga peraturan apabila melibatkan orang yang tidak dikenali. Ini bukan tentang warna kulitnya, tetapi ia dikira sebagai warga asing dalam keluarga tersebut.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-9-2022 06:24 PM
Mana satu lah nak kena percaya ni?
Quote sharlenetexas 24-9-2022 06:34 PM
Bertemu buku dgn ruas. Racist vs narcisssist.


Quote WeAiNe 24-9-2022 07:04 PM
lebih nak tahu siapakah sepupu itu
Quote sambaldurian 24-9-2022 07:17 PM
Perawankota: Mana satu lah nak kena percaya ...

Tu la kadang2 kesian gak tgk meghan ni, netizen selalu troll dia je. Ada sekali aku baca meghan bg motivational talk about women empower pun, netizen slammed 'angkat bakul sendiri' - because she talks about herself only. Aku x tgk apa meghan ckp, tp kita marhaen pun klu nk motivates org msti ada citer pasal kita gitu
Quote dani-rox 24-9-2022 07:19 PM
tingat minah Norway citer kat twitter, dia org tak heran psl kerabat2 nih termasuk BRF. entah macam mana berita minor royal mcm Megatron ni boleh terlepas keluar kat local paper bandar dia.
Quote scarflicious 24-9-2022 07:53 PM
Ni mesti reporter dari us????
Quote blakerainer 24-9-2022 08:04 PM
scarflicious: Ni mesti reporter dari us????

Baru ni Harkles kena sack dgn PR firm sendiri kan sbb tak mampu nk byr 2juta. Tpaksa guna page2 murahan to keep relevant [em:3:]
Quote noor2 24-9-2022 08:23 PM
Amboiii angkuh beno keturunan raja ni....last2 mati sama je masuk kubur
Quote sharlenetexas 24-9-2022 08:24 PM
Nak rasis apa bendanya meghan tu white kokesen.


Quote delia3003 24-9-2022 08:28 PM
Edited by delia3003 at 24-9-2022 08:34 PM

Dah start victimhood. Sampai ajm tak habis. Tak rasa kesian langsung kat mekgan, 2x5 je.

Kalau dengan family sendiri pun berantakan, sambung pulak dengan family mentua. Ada ler tu yang tak kena jugak dengan mekgan, bukan innocent pun. Perangai diva mekgan pun bersepah orang bergossip, buli staff etc.
Quote sharlenetexas 24-9-2022 08:31 PM
Ke terbalik kot? Mekgan pembulu? Eh pembuli?




Quote kechikchomel 24-9-2022 08:42 PM
Iolss speku Pak Charlie bolayan dorg nak gelaran Prince/Princess/HRH kat anak dorg. So, keluar la citer camni.
Done pitenah
Quote she 24-9-2022 08:50 PM
Kesian Meghan
Takpe macik support uols okies
Ekekekeke
Macik minat Harry dari Will tu
Quote cmf_premierleag 24-9-2022 09:00 PM
Harry semestinya bengang dgn abah charles
Dah la dulu ko penyebab kematian bini ko
Smpi harry sbg anak kecil ms tu dah hilang ibu dia
Skang ko nk serang lak wife dia
Semoga semua negara komanwel benci ko dan semoga BRF ko mereput.ko tau tak satu dunia benci monarki except penjilat kau  yg takde maruah harga diri je memuja2 monarki
Quote namieamuro 24-9-2022 09:03 PM
Edited by namieamuro at 24-9-2022 09:06 PM

sepupu tu mesti Eugenie kan sbb die je yg rapat dgn Harkles. yistana kn dh buat siasatan psl acik meghan punye claimed kene buli. sekali staff2 yg served dorang ni yg dibuli teruk.

bkn takat staff kt yistana je yg kene. mase tour kt Australia pun, staff2 sane teruk kene hamun dgn acik meghan.

soon, Valentine Low yg interbiu staff2 yistana yg keje under harry dulu, akan keluar kan buku psl ni.
Quote tikusmontok 24-9-2022 09:09 PM
cmf_premierleag replied at 24-9-2022 09:00 PM
Harry semestinya bengang dgn abah charles
Dah la dulu ko penyebab kematian bini ko
Smpi harry sbg an ...

Iols percaya jer megan kena buli teruk, alangkan bini sendiri lady d dulu pun tersiksa hidup ngan royal brit tu
Quote mojarean_X 24-9-2022 09:09 PM
Menipu sgt...kalo dia orang asing takkanlah BRF terima dia jd menantu siap King Charles ganti tempat bapa dia iring dia masa kahwin Screenshot_20220924-210559_YouTube.jpg
giphy.gif
Quote kechikchomel 24-9-2022 09:18 PM
namieamuro replied at 24-9-2022 09:03 PM
sepupu tu mesti Eugenie kan sbb die je yg rapat dgn Harkles. yistana kn dh buat siasatan psl acik me ...

Sepupu King Charles yg bocor rahsia. Bukan sepupu bini meg
Quote dauswq 24-9-2022 09:26 PM
Edited by dauswq at 24-9-2022 09:29 PM

kalau sepupu charles, maksudnya anak princess margaret tu lah kot. Ada 2 jek anak dia kalau tak silap.
Ataupun anak adik-beradik bapak charles.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.066452 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top