CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Apa Yang Berlaku Kepada Mak Kejam' - Anak Datin Mati Dibunuh

24-9-2022 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4870| Komen: 25

Description: "Semua orang akan mati, tapi bagi saya apa yang berlaku kepada mak saya itu kejam".
"Semua orang akan mati, tapi bagi saya apa yang berlaku kepada mak saya itu kejam".

Demikian luah Asri Datuk Mazlan, 49, iaitu anak kepada Datin Noraida Nordin, 75, yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini pada Jumaat.


Asri mengetahui kejadian itu selepas bapa menghubunginya kira-kira jam 6 petang memberitahu tidak mengetahui keadaan emak.


Kelihatan ahli keluarga mangsa di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafa, Seremban.

"Ayah saya tak nampak kerana dia ada penyakit glaukoma. Jadi dia minta tolong jiran untuk hubungi saya.


"Saya terus bergegas ke rumah ayah dan sebaik sampai didapati mak dalam keadaan tidak sedarkan diri terbaring di atas sofa sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang datang membuat pemeriksaan," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar di sini pada Sabtu.

Asri berkata, bapanya berusia 82 tahun memaklumkan, sebelum kejadian itu dia mendakwa ada seorang sepupu lelakinya datang ke rumah untuk meminjam wang.

Tambahnya, ia merupakan kali ketiga lelaki terbabit datang atas tujuan sama.

"Kali pertama ayah ada bagi duit dan kami anak-anak pun dah menasihatkan ayah supaya jangan lagi beri pinjam wang.

"Saya ada cuba hubungi sepupu saya itu untuk tanya hal yang berlaku, tapi dia tak jawab," ujar Asri.

Jelas Asri, dia menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang memburukkan lagi keadaan.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat berhubung kematian wanita berusia lingkungan 70-an itu pada jam 8.25 malam.

Menurutnya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan masyarakat diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, Nanda berkata, polis meminta individu bernama Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, dengan alamat terakhir di Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil bagi membantu siasatan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 24-9-2022 05:38 PM
Mesti mat dadah.. sampai membunuh utk pinjam duit..
Quote acik79 24-9-2022 05:58 PM
Anak buah sendiri yang bunuh ke?
Quote imanjannah 24-9-2022 06:06 PM
ok.
yg ini lebih jelas
Quote LoveSungmin 24-9-2022 06:07 PM
i see.. baru tau apa kaitan lelaki tu dengan mangsa..
Quote aechae 24-9-2022 06:10 PM
Klu ye suspek motif gitu, dasar x malu mintak duit dr org tua yg buka sape (read makcik pakcik bkn parent sndri)
Quote Perawankota 24-9-2022 06:25 PM
Tajuk tu mengundang betul.. Aku ingat anak datin yg kena bunuh.
Quote sukacactus 24-9-2022 06:32 PM
Tadi kat thread lg satu sampai boleh terspeku sang suami pya angkara
Bagus la ada info yg lebih jelas kat thread ni
Quote pu3_rania 24-9-2022 08:21 PM
Perawankota replied at 24-9-2022 06:25 PM
Tajuk tu mengundang betul.. Aku ingat anak datin yg kena bunuh.

Itu lar pasal
Tajuk misleading dan mengelirukan so kena baca article baru faham cerita yg sebenarnya
Quote Mamijarum06 24-9-2022 09:35 PM
Tajuk tu adoiiii. Dah serupa Mstar pulak. Seram la these days byk org desperate, byk org mentally ill. Crime rate mencanak naik.
Quote me12345 24-9-2022 09:58 PM
Confirm hisap ganja dadah ...menipu mencuri membunuh...
Quote missyL 25-9-2022 01:14 AM
Ni lah kesan dadah.
Tertnye2 sapa la raja dadah msia nie
Nape la i rase somebody yg ada2 jgk

Ssh sgt nk banteras dadah
Quote mawarika 25-9-2022 01:38 AM
Hadoi la.. dlm group wassap kata kena rompak. Buat seram je.. dah la rumah tak pasang grill. Ingatkan warga asing/geng kicap punya kerja.
Quote dudaberhias 25-9-2022 03:11 AM
taik dadah ke saudara tu?
orang tu dah bagi duit pun nak lagi... kalini dengan nyawa2 pun kau ambik... gila betul...

semoga di sumbat dalam jel lepastu rakan cell dia tu adalah si bainon... biar dia siram kau hari2 dengan air coway panas sampai melecur... tak guna punya manusia... kalau betul taik dadah elok lah tembak je terus takyah penat2 nak bubuh dalam penjara... lagi bermanfaat... organ2 tu jual...
Quote hayrin86 25-9-2022 09:00 AM
missyL replied at 25-9-2022 01:14 AM
Ni lah kesan dadah.
Tertnye2 sapa la raja dadah msia nie
Nape la i rase somebody yg ada2 jgk

Kan.. Kalau tiada dadah di bumi Malaysia tercinta ini takkan berlakunya kes jenayah curi, ragut, bunuh ini di samping takkan berlakunya tragedi jalan raya berpunca daripada dadah..

Quote Supersirap 25-9-2022 09:24 AM
Semoga sipelaku mendapat hukuman yang setimpal
Quote Thunderclouds 25-9-2022 10:56 AM
aechae replied at 24-9-2022 06:10 PM
Klu ye suspek motif gitu, dasar x malu mintak duit dr org tua yg buka sape (read makcik pakcik bkn p ...

Wujud ja yg mcm tuhhh..kazen iols nk umrah pon meminjam ngn pak i kami adik bradik p haji/umrah pon xgamak nk tadah tgn ngn depa. Yg tadak kena mngena wat muka xmalu
Quote aechae 25-9-2022 10:58 AM
Thunderclouds replied at 25-9-2022 10:56 AM
Wujud ja yg mcm tuhhh..kazen iols nk umrah pon meminjam ngn pak i kami adik bradik p haji/umrah  ...

Dh xda duit nk g umrah buat apa???? Klu nk smbung blaja tu bleh lh nk bg sumbang ihsan 2-3ratuss
Quote Thunderclouds 25-9-2022 10:58 AM
Perawankota replied at 24-9-2022 06:25 PM
Tajuk tu mengundang betul.. Aku ingat anak datin yg kena bunuh.

Carik-mal ngn tajuk misleading berpisah teda
Quote Thunderclouds 25-9-2022 11:00 AM
aechae replied at 25-9-2022 10:58 AM
Dh xda duit nk g umrah buat apa???? Klu nk smbung blaja tu bleh lh nk bg sumbang ihsan 2-3ratuss

nk pegi trip ramai2 ngn geng bisnes dia. Nnt byr blk pas dpt duit kutu, I kid u not

Lihat semua komen(25)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2022 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.089750 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top