CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Hanya Jamie Foxx Boleh Buat Cameron Diaz Kembali Berlakon

23-9-2022 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1200| Komen: 4

Description: Peminat Cameron Diaz pasti tersenyum gembira sebaik mendapat tahu bahawa aktres berusia 50 tahun ini membuat pusingan U untuk kembali semula ke layar perak, selepas lapan tahun menyepi susulan pengumu ...
Peminat Cameron Diaz pasti tersenyum gembira sebaik mendapat tahu bahawa aktres berusia 50 tahun ini membuat pusingan U untuk kembali semula ke layar perak, selepas lapan tahun menyepi susulan pengumumannya mengundurkan diri daripada industri filem, kira-kira empat tahun lalu. 


Namun, bintang Charlie’s Angels ini memberitahu, bekerja dalam industri filem sudah tidak sama seperti dahulu. 


Harper's Bazaar

Diaz bakal muncul dalam sebuah filem Netflx, Back in Action bersama Jamie Foxx dan mengakui bahawa dia berasa cukup gementar untuk kembali ke lokasi penggambaran.


Dalam wawancara bersama Jimmy Fallon dalam program bual bicara The Tonight Show, Diaz berkata:

“Saya dah melakukan perkara (berlakon) ini terlalu lama, dan kemudian kembali melakukannya semula. Ia memerlukan otot memori saya untuk bergerak semula. Namun, ia tak sama seperti dulu.

Pada masa sama, Diaz turut memberitahu tentang perasaannya apabila dapat bekerja dengan Jamie sekali lagi, selepas mereka digandingkan dalam Any Given Sunday (1999) serta remake Annie (2004). 

“Filem terakhir yang saya lakonkan bersama Jamie adalah Annie dan saya kembali berlakon semula, juga bersama Jamie. 

“Dia seorang yang hebat, sangat profesional, berbakat dan mudah bekerjasama. Dia cukup menyeronokkan. Hanya Jamie Foxx sahaja yang boleh membuatkan saya kembali berlakon semula,” katanya. 

Jamie akan menjadi pasangan pelakon Diaz di dalam Back in Action dan pada masa yang sama, dia juga turut bertindak sebagai eksekutif produser. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 23-9-2022 07:23 PM
Teringat dulu2 dorg kata dia asalnya pornstar
Quote ilahaz 23-9-2022 08:59 PM
teringat juga.. masa dlm movie there's something about mary
Quote eranalina24 23-9-2022 09:26 PM
Useful information
Quote Page88 23-9-2022 11:07 PM
Jamid Foxx & Cameron Diaz used to be studying in the  same school. Not surprised they are still friends.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056636 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top