CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

OneRepublic Bakal Gegar KL Mac Tahun Depan

23-9-2022 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1465| Komen: 6

Description: Kumpulan OneRepublic akan memulakan siri jelajah Asia mereka pada tahun 2023 dan Malaysia antara negara yang tersenaraiKumpulan pop rock Amerika ini dijadualkan bakal mengadakan konsert itu di Kuala L ...
Kumpulan OneRepublic akan memulakan siri jelajah Asia mereka pada tahun 2023 dan Malaysia antara negara yang tersenarai

Kumpulan pop rock Amerika ini dijadualkan bakal mengadakan konsert itu di Kuala Lumpur pada 1 Mac tahun depan.

Berita gembira ini dikongsi sendiri laman Twitter rasmi OneRepublic.


IG OneRepublic

"Asia! Kami sangat teruja untuk kembali pada musim bunga 2023. Tiket akan dijual dalam masa beberapa minggu akan datang.

"Anda boleh layari laman web http://onerepublic.com/tour untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jumpa di sana!" tulis mereka.




Konsert tersebut dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan tiket bakal dijual secara berperingkat.

Bermula 27 September ini untuk kelab peminat, 28 September untuk ahli Live Nation dan jualan umum pada 29 September depan.

Sebelum itu, penyanyi antarabangsa ini bakal memulakan siri jelajah mereka di Filipina pada 23 Februari dan seterusnya ke Jakarta, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Taiwan dan Jepun.


IG OneRepublic

Untuk info, One Republic dianggotai oleh Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis).


IG OneRepublic

Mereka popular dengan lagu Counting Stars, Secrets, Apologize dan kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada 25 April 2018.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 23-9-2022 01:31 PM
Siapa pernah pergi concert yg buat kat KL Convention Centre tu? Okay tak kat situ. Nak pergi sgt tengok 1R ni
Quote marchikobonzo 23-9-2022 02:51 PM
Kau pergi buat hari rabu? Mak kerja nok!! Ayooo..dah la mak lama tunggu band ni
Quote delia3003 23-9-2022 09:01 PM
Mesti best, banyak lagu diorang yang I suka jugak. Teringat mula2 naik dengan lagu Apologize dulu. Sekarang tengah top dengan I ain't Worried
Quote Beribear 27-9-2022 11:10 AM
Tiket rm388 free standing
Quote marchikobonzo 27-9-2022 03:17 PM

dah ada pre-sale

https://www.golive-asia.com/onerepublic-live-in-concert/
Quote tenggilingpink 23-10-2022 04:39 AM
tiket dia mahai x?
tp lagu dia mendayu2

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.280592 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top