CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Waris Mangsa MH370 'Sound' PrinceMeed, Teori Kehilangan Pesawat Buat Ibu Termenung Lagi

21-9-2022 10:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4017| Komen: 41|Original author: Tatod

Description: Seorang waris mangsa MH370 tampil menyelar kenyataan YouTuber terkenal, PrinceMeed serta menyifatkannya 'semberono' dalam mencari kebenaran di sebalik insiden menimpa pesawat tersebut pada Mac 2014.
Sumber Oh My Media


Seorang waris mangsa MH370 tampil menyelar kenyataan YouTuber terkenal, PrinceMeed serta menyifatkannya 'semberono' dalam mencari kebenaran di sebalik insiden menimpa pesawat tersebut pada Mac 2014.

Menerusi video dimuat naik Tok Siru di TikTok, lelaki berkenaan memaklumkan ibunya yang sebelum ini sudah boleh menerima hakikat berhubung kejadian tersebut tiba-tiba kembali sedih sebaik mengetahui teori yang dikongsikan oleh PrinceMeed.

"Aku dah tak boleh fokus kerja. Sampai mak aku yang dah boleh ceria sikit tapi sekarang termenung balik. Kau nampak tak kesan dia? Ingat senang ke nak pujuk mak aku, nak bagi dia tenang balik?" katanya.


Baru-baru ini, PrinceMeed mendakwa pesawat MH370 kononnya berada di sebuah pulau kecil di Diego Garcia yang terletak di tengah Lautan Hindi.

Selepas video tersebut tular, muncul pula beberapa keping foto didakwa menyerupai mangsa-mangsa pesawat yang hilang sehingga muncul pelbagai teori konspirasi di media sosial.

Waris mangsa kemudian turut mempertikaikan tindakan PrinceMeed dalam mencari maklumat disebalik kejadian tersebut.


"Kau setakat Google, ambil dan petik konten pastu claim kau dah jumpa jawapan. Kalau macam tu, aku pun boleh buat. Kau setakat duduk dalam bilik, tak bercampur dengan dunia luar. Tak kaji sejarah pastu nak cakap pasal Diego Garcia. Kau memang tak tahu malu.

"Mereka orang Filipina, dipanggil Overseas Phillipine Workers (OPW) yang bekerja di bawah satu syarikat servis sokongan. Mereka memang dah lama diambil kerja di situ. Sebab bayaran mereka murah. Sebab apa muka macam Melayu? Sebab orang Filipina memang banyak muka macam Melayu.

"Kenalan aku yang duduk Filipina pun dah sahkan benda ni. Memang orang Filipina. Kalau nak cari bukti kena ada sumber sahih. Setakat sembang nak pakai Google, tu bodoh namanya.

"Nak cari kebenaran tu tak salah, tapi bukan senang. Kalau tak ambil kira soal iman dan kewarasan, semua benda kau langgar dan percaya," katanya.


Lelaki tersebut turut meluahkan rasa kesalnya apabila berhadapan dengan tuduhan orang ramai sehingga mengguris hati serta tidak menghormati perasaan ahli keluarganya.

"Kalau dah bukan ahli keluarga aku, memang bukanlah. Buat apa aku nak mengaku. Ada yang cakap tak nak mengaku sebab dan kenyang makan insurans, pampasan.

"Dari 2014 sampai sekarang, tu je modal orang nak kutuk keluarga aku. Duit duit duit. Hidup kami sama je, tak mewah pun. Mak aku sakit.

"Penat nak teruskan hidup macam ni, sebab mulut macam korang ni. Yang takde perasaan, cakap sedap ikut mulut. Tak hormat musibah orang. Benda tak jadi kat kau, memang senang cakap," katanya lagi.

Bagaimanapun, identiti sebenarnya lelaki dalam video tersebut tidak dapat dipastikan kerana rakaman tular itu hanya dimuat naik oleh pihak lain. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gomea 21-9-2022 11:41 AM
Saman je si princeweed ni. Sebab aku dah lame cemuih dgn dia
Quote kemaruk 21-9-2022 11:43 AM
"aku nak najib tumbang bukan apa, aku nak tahu kat mana najib sembunyi MH370.. tu je"

-kata2 (bekas) penyokong PH sebelum PRU14 dahulu
Quote eragon 21-9-2022 12:14 PM
Ramai org malaysia dan netizen ni mentaliti mudah percaya. lepas tu sanggup tuduh macam2 kat keluarga mangsa. What a shame u all malaysian. malu org luar tengok mentaliti macam ni.
Quote shalalat 21-9-2022 12:34 PM
Pricemeed ni sape? Kerabat mana ber prince2 bagai ni?
Quote Nuyak 21-9-2022 12:35 PM
sedap betul dia sound...padan la muka siapa suruh memandai2..
Quote Highflyer19 21-9-2022 12:40 PM
kemaruk replied at 21-9-2022 11:43 AM
"aku nak najib tumbang bukan apa, aku nak tahu kat mana najib sembunyi MH370.. tu je"

-kata2 (bekas ...

Speechless...
Quote Highflyer19 21-9-2022 12:56 PM
Patutnya hormati waris2 mangsa
Quote azimodin 21-9-2022 01:27 PM
Princemess ni ape kepandaian/certification yg dia ada? Setakat nak spekulasi tanpa bukti yg kukuh lagi nyata, anak aku yg terkedek2 hafal sifir pon boleh buat. Aku memang menyampah betul dengan content creator yg menangguk di air keroh dalam hal2 yg melibatkan hidup & mati ahli keluarga orang lain.
Quote saviour_09 21-9-2022 03:25 PM
budak muka pucat tak kena matahari gini pun ramai percaya
Quote copy_paste 21-9-2022 03:31 PM
azimodin replied at 21-9-2022 01:27 PM
Princemess ni ape kepandaian/certification yg dia ada? Setakat nak spekulasi tanpa bukti yg kukuh la ...

dia ade PHD dalam kajian ilmu didunia fantasi penyek,
puak2 3 serangkai mmg mcm tu, yg penting yakin.....
Quote ayukpingu 21-9-2022 03:35 PM
ada banyak lagi kejadian yang princemeed ni reveal. suka aje layan channel dia sebab content berdasarkan bukti, sendiri turun padang. salah satu nya kewujudan free mason kat malaysia
Quote namieamuro 21-9-2022 03:42 PM
kesiannye mak die. tak psl2 terkesan dgn benda ni. mesti mak die termenaruh harapan agar dpt jumpe kembali mangsa mh370. dari org tua tu dh elok move on. korg buat konspirasi bodoh begini.

misteri mh370 ni bkn takat keluarge waris je nak tau. kite yg bukan sape2 ni pn nk gak tau. tapi tayah la over sgt buat teori tahpape.

moge makcik dpt kembali ceria spt sblm ni.
Quote awanearisu 21-9-2022 03:57 PM
Tengok tajuk, "Aku Tahu..."
Cukuplah. Maaf anda hanya memandai-mandai tahu. Kalau anda betul-betul tahu, dah lama anda lenyap.
Quote Mooverine 21-9-2022 04:05 PM
PW nothing new pun info-info yang dia share tu. cuma sebab dia buat versi bahasa Melayu sebab tu kot ramai yang dapat faham... pastu terus rasa si PW ni orang paling tau banyak di dunia hahaha
cringe habis bila teringat kes dybbuk box dulu.
Quote supernaturalee 21-9-2022 04:41 PM
dh lm video ni
awal bln ke hujung bln lps lg dah

br smpi ke pengetahuan family members ni kot


Quote dani-rox 21-9-2022 04:48 PM
saman jah mamat prince tuh (prince lah sangat). gila konfiden claim dgn tunjuk gambar fake. salah satu cara nak tahu org tu sama atau tidak, tengok bentuk telinga dia.
Quote Artemesiaa 21-9-2022 05:56 PM
Bukan dia je ramai je yang lain dah buat pendedahan yang sama rajin serch atau tidak je.  Lagi pun benda dah lama jadi tak harus ada rasa sentap lagi.  Nak marah pun tak ada makna tak ada siapa nak peduli pun.
Quote epullipan 21-9-2022 06:14 PM
princemeed ni buat tuk content je..nampak fakta dia tak berasas..sapa sapa kawan dia tolong sampaikan pesanan aku kat dia ni..cakap "bodoh la ko ni hanat"
Quote makadek 21-9-2022 06:22 PM
Pentaksub budak weed ni ramai
Smpai mamat ni lebam kena kecam

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.056693 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top