CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Kau Tak Reti Hormat Orang Baru Meninggal Ke, Minta Sijil Kematian Orang Lain Macam Ambil MC?'

21-9-2022 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4288| Komen: 49

Description: Tular sebuah ciapan seorang pengguna Twitter, Asyraff Mohd Fauzi yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang rakan yang seolah-olah tidak menghormati sensitiviti orang lain.
Tular sebuah ciapan seorang pengguna Twitter, Asyraff Mohd Fauzi yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang rakan yang seolah-olah tidak menghormati sensitiviti orang lain.


Asyraf yang baru kehilangan adiknya, Airul Ikmal Affizan Bin Mohd Fauzi masih belum mendapatkan sebarang maklumat tentang keputusan kematian dan masih menunggu panggilan dari pihak Hospital.


Twitter/Gambar hiasan

Dia turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama seorang rakan ahli keluarga menerusi WhatsApp.

Namun, apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah tindakan individu terbabit selamba meminta surat kematian daripada keluarga arwah untuk dijadikan alasan tidak pulang ke kolej kerana ada hal mustahak.





Dalam pada itu, Asyraff menegaskan tidak berniat memalukan atau menghina mana-mana pihak, sebaliknya perkongsian itu dibuat untuk kesedaran dan peringat orang ramai supaya tidak menormalisasikan perkara sensitif seperti ini.





Sumber: BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 21-9-2022 12:23 PM
Dah jadi jadi satu hal..yg ziarah jenazah mintak copy permit mengubur untuk support emergency leave datang ziarah..jenuh family simati nak copy pulak
Quote BeskotCekelat 21-9-2022 12:44 PM
glump replied at 21-9-2022 12:23 PM
Dah jadi jadi satu hal..yg ziarah jenazah mintak copy permit mengubur untuk support emergency leave  ...

Biasa macam ni la, ahli keluarga simati akan fotostat banyak2 report kematian @ document2 yang berkaitan, letak kat ruang tamu.
Jadi orang yang datang ziarah boleh terus amik je selai sorang tanpa pm tepi waris.
Tapi itu untuk bila semua prosedur dah selesai la, ini simati masih dalam hospital lagi dah nak mintak macam2 apekehei?
Quote itik_magic 21-9-2022 01:36 PM
mmg sesetengah pejabat minta permit untuk kebumi bukti ambil cuti kecemasan sebab ziarah. dan biasanya keluarga si mati akan fotostat bnyk2 utk bg sapa yg perlu. dari dulu lg ni. sbb bos aku masa kerja kilang mintak bila nk luluskn cuti walau cuti kecemasan tu potong cuti tahun. kalau tak bos kira ponteng n tolak gaji. mungkin keluarga tu x ada lagi permit kebumi masa dia dtg ziarah tu yg dia minta copy kemudian. kalau ikut aku ayat yg dia minta xde le kurang ajar mana. tp x tau le org lain. hanya pandangan aku lah.
Quote shernazz 21-9-2022 01:43 PM
Ayat tu agak.harsh juga.la.utk.waris.yang ngaj sedih..
Biasa surat.mati buat keesokan harinya...
Nak.mintak.oermit kubur pung boleh...
Cuma bgtau baik2.lah...ayat tersusun..
Quote mrsamz 21-9-2022 01:43 PM
Zaman skang semua nak share..semua nak viral
Quote Gomea 21-9-2022 01:47 PM
itik_magic replied at 21-9-2022 01:36 PM
mmg sesetengah pejabat minta permit untuk kebumi bukti ambil cuti kecemasan sebab ziarah. dan biasan ...

Aku pon rasa ayat tu ok je, tak kurang ajar pon. Sebab tu aku tak suke sangat mesej2 ni, takut org salah paham dengan ayat kite
Quote Kitty_catz 21-9-2022 01:51 PM
meols pun kut staff sendiri punya sijil mati idok le mintak on d spot,,, plg kuat seminggu bagi grace period, kalu takde tolak AL or unpaid je la sbb dah ko nipu kata ada kematian kan

ni lagi palat la. dah la ko nak guna sijil mati org lain utk alasan adik manjahhh ko tu tak balik poli

ini la punca grad2 yg dtg itw ada attitude problem.. sbb ada enabler mcm hakak/abang ko yg bodoh ni
Quote CiliPadiSedap 21-9-2022 02:06 PM
BeskotCekelat: Biasa macam ni la, ahli keluarga simati akan fotostat banyak2 report kematian  @  document2 yang berkaitan, letak kat ruang tamu.Jadi orang yang datan ...


memang trend sekarang cmtu ye? letak sijil kematian. cm biadab je kalau betul trend sekarang.

Quote BeskotCekelat 21-9-2022 02:15 PM
CiliPadiSedap replied at 21-9-2022 02:06 PM
memang trend sekarang cmtu ye? letak sijil kematian. cm biadab je kalau betul trend sekarang.

...

Betul memang style macam ni, dah lama dah. Sebab certain company memang mintak bukti kalau nak apply emergency leave.
Bukan sijil kematian (lambat siap), biasa permit kebumi dari polis, atau apa2 report yang berkenaan.
Kadang2 terus share softcopy je kat group wassap taman & kampung.
Quote CiliPadiSedap 21-9-2022 02:20 PM
BeskotCekelat replied at 21-9-2022 02:15 PM
Betul memang style macam ni, dah lama dah. Sebab certain company memang mintak bukti kalau nak appl ...

selama ni kaka pg majlis kematian nampak keranda, sijil kematian xde. mungkin hijab kaka tertutup. baru tau. bawah 60 tahun xde sakit mati mengejut automatic post mortem memang undang2 malaysia. masa covid hari tu lagi ketat undang2. memang rigid tp untuk kebaikan semua.
Quote cikdot 21-9-2022 02:25 PM
zaman whatsapp ni selalunya orang share terus dalam group je. diorang pun paham..takyah la buat kancheong sangat tak dan2 nak mintak copy..
Quote BeskotCekelat 21-9-2022 02:25 PM
CiliPadiSedap replied at 21-9-2022 02:20 PM
selama ni kaka pg majlis kematian nampak keranda, sijil kematian xde. mungkin hijab kaka tertutup ...

Kaka kena mandi bunga bawah jembatan dulu baru hijab terbukak.

Betul tu kaka, kalau atas 60 mati mengejut, ambulan datang, paramedic declare dah meninggal je, tak payah bawak spital post mortem.
Quote prettyuglybabe 21-9-2022 02:25 PM
dia minta personally..
cara memang kurang beradab la..
dah memang bbnu zaman ni stail gitu kan..
tak nak bagi, tak payah bagi..
yang sorang pi sebar nak ramai-ramai kecam..
padahal msg tu bukan ke dia pun..
so sama je bodoh dua-dua..
Quote jejaka_hensem 21-9-2022 02:26 PM
Kalau time covid dulu,nak reg kematian kena buat apmt dulu,dalam seminggu camtu baru boleh reg.

Tp ok je ayat kawan dia tu mintak surat mati,xde kurang ajar pun?
Quote Itzy 21-9-2022 02:48 PM
Kalau x silap aku baca kat mstar yg kawan adik dia yang meninggal tu sebenarnya minta surat kematian arwah adik dia ni sebab nak pergi ziarah arwah adik dia yang meninggal. Celah mana biadabnya?? Tahu la budak tu minta cara x beradab tapi tujuan budak tu nak melawat arwah adik konyg meninggal tu juga, mungkin tempat adik ko dikebumikan tu jauh sebab tu x sempat pulang. Perlu ke nak viralkan? Kalau x nak bagi jangan bagi.
Quote asfaz 21-9-2022 02:50 PM
CiliPadiSedap replied at 21-9-2022 02:06 PM
memang trend sekarang cmtu ye? letak sijil kematian. cm biadab je kalau betul trend sekarang.

...

Macam dah lama aje yg letak surat kematian tu tp idokler org baru meninggal terus mintak. Selalunya jenazah dah dikebumikan baru nampak ada surat kematian  waris letak or ada yg pegangkan.

Macam kes ni boleh aje yg mintak ni pergi ziarah dlu. Lepastu mintak la elok2 f2f. Buat cmni pastu bagitau pulak adik tak jadi balik Poli nampak la macam ambik kesempatan. Sebab tu kot waris arwah marah.

Boleh aje call dlu pihak Poli pastu bila balik Poli,bawak la bukti surat...
Quote Itzy 21-9-2022 02:51 PM
Ni sejenis abang yg batak viral dan like la ni. Nak sebar message perempuan x pernah salah le tu. Tak abis2 dengan budaya barat nak salahkan gender lain. x cukup gaduh agama dan kaum, gaduh gender lak.
Quote AshkieLa 21-9-2022 03:02 PM
Edited by AshkieLa at 21-9-2022 03:25 PM
sebab adik aku tak jadi balik poli pd. Nak emergency....

ntahla.. ape yg aku baca mcm
yg minta surat tu pun dah ade unsur2 nak take advantage je.
sebab dia kata nak guna surat tu utk adik dia tak nak balik semula ke poli dia. nak amik emergency sbb mungkin pihak poli just bagi time-off.
kira mcm alang2 dah dpt keluar tu sambil menyelam minum air esok jela balik.. instead of suppose lepas ziarah terus kena balik semula. Tu pasal mcm tak menyempat ahli keluarga arwah masih belum selesai urusan kat hospital dah tanya surat. Ke salah pemahaman aku?
Quote azimodin 21-9-2022 03:27 PM
Seeloknya jangan tanya direct pada waris terdekat.. tanya kat orang sekeliling. Kalau dah xde sangat baru la tanya direct.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.063730 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top