CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tak Larat Nak Panaskan Ayam Tengah Malam, Pekerja Shakira Dipecat

20-9-2022 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2207| Komen: 9

Description: Nama penyanyi Shakira saat ini hangat kerana kes penipuan cukai berjumlah sekitar RM65 juta.
Nama penyanyi Shakira saat ini hangat kerana kes penipuan cukai berjumlah sekitar RM65 juta.

Selain kes tersebut menjadi fokus, banyak sisi buruk lain penyanyi yang dijangka akan naik mahkamah untuk menyelesaikan isu cerai dan hak penjagaan dua anaknya bersama Gerard Pique boleh tersebar kepada umum.



IG Shakira

Salah satunya adalah kisah bintang berusia 45 tahun itu memecat pekerjanya kerana enggan memanaskan ayam seperti yang diminta.

Menerusi laporan Marca, hal itu terbongkar menerusi sebuah dokumentari yang ditayangkan saluran La Sexta dengan judul Equipo de Investigacion.


Dokumentari tersebut telah menampilkan mantan pekerja Shakira yang mendedahkan dipecat penyanyi itu kerana tidak mengikut arahan yang diberikan.

Mereka yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Divier dan Maritza adalah tukang masak di rumah penyanyi itu.

“Satu hari Divier menggantikan isterinya, Maritza yang sudah memasak sepanjang minggu untuk 17 orang yang tinggal di dalam kediaman Shakira.


IG Shakira

“Pada tengah malam, Shakira meminta Divier untuk memanaskan ayam buatnya. Namun, lelaki itu mengaku terlalu keletihan kerana telah memasak seluruh hari untuk 17 orang dan dia tidak larat untuk bangun serta memanaskan ayam yang diminta.

“Jadi Shakira kata jika tidak memanaskannya, (ayam) dia dipecat. Dan dipecat hanya kerana menolak memanaskan ayam pada tengah malam,” lapor portal tersebut menerusi temubual yang dilakukan oleh wartawan dari Miami, Javier Ceriani.


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 20-9-2022 01:41 PM
Dah ko keje ngn die
Panas kn je la ayam tu pkl bape pn
Quote KamikuP 20-9-2022 02:46 PM
Tak pasal2 kene pecat
Quote kisahkeaku 20-9-2022 03:09 PM
i ada baca kat twitter page apa pulak lupa skrg dorg yg dr spain byk yg nak jatuhhkan shakira sejak dia break dgn pique ni.main sentimen kenegaraan ke dorg ni
Quote ainonymous 20-9-2022 03:13 PM
aje laaa malam2 pun nak mencekik ayam.
Quote dekmieDandy 21-9-2022 11:08 AM
dah tu memang keje engko, sapa suruh malas buat
Quote greantea 21-9-2022 03:27 PM
dah dibayar utk bt keja tu kan, buat je la.
Quote liyamariska 21-9-2022 06:06 PM
Ramai yg kecam lelaki ni sbb taknak sediakan makanan utk shakira padahal takde sesusah mana pn... nampak cm lebih memburukkan sebagai shakira sebagai majikan kejam...
Quote borrow 21-9-2022 08:07 PM
Edited by borrow at 21-9-2022 08:08 PM

risiko dok serumah dgn majikan , tenaga dikerah habisan. Ekceli heols sorang ja ka melayan 17 org kaki melantak ni? Tetiba tringat acik Gaby spanic , diracun pelan2 oleh pembantu. Tataulah pasal apa tp nasib baik dpt tau awal.
Quote aemon 25-9-2022 02:03 AM
borrow replied at 21-9-2022 08:07 PM
risiko dok serumah dgn majikan , tenaga dikerah habisan. Ekceli heols sorang ja ka melayan 17 org ka ...

Dalam la usupadora dia yg buat taik..ini pembantu rumah yg buat taik

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055331 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top