CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lady Gaga Menangis Terpaksa Henti Konsert Kerana Ribut Petir

20-9-2022 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1204| Komen: 5

Description: Penyanyi dan pelakon Lady Gaga terpaksa menghentikan persembahan terakhir siri jelajah Chromatica Ball di Florida selepas lokasi berkenaan dilanda ribut kencang.Menurut laporan Celebrity, ketika kejad ...
Penyanyi dan pelakon Lady Gaga terpaksa menghentikan persembahan terakhir siri jelajah Chromatica Ball di Florida selepas lokasi berkenaan dilanda ribut kencang.


Menurut laporan Celebrity, ketika kejadian itu Gaga hampir membuat persembahan akhir dan kilat menyambar lokasi di Stadium Hard Rock Miami.


IG Lady Gaga

Penyanyi itu terpaksa menghentikan persembahan di hadapan 65,000 penonton dan menasihati mereka untuk bergerak ke kawasan yang lebih selamat.

Meskipun pasukannya berharap cuaca buruk itu cepat reda, namun atas nasihat konsert tersebut terpaksa ditamatkan


Persembahan terakhir siri jelajah Chromatica Ball di Florida selepas dilanda ribut kencang.

Sementara itu, Gaga membuat permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan akibat daripada cuaca buruk.



"Saya minta maaf tidak dapat menghabiskan persembahan kerana ia terlalu bahaya.

"Kilat sabung menyabung dan nampaknya seperti tidak reda.

"Walaupun selama ini ada yang memanggil saya 'Mother Monster', tetapi jauh di sudut hati, saya ingin pastikan anda semua selamat," tulisnya di Instagram.

Gaga turut menangis menerusi video yang dimuat naik di instagramnya.




Selebriti ini dilihat turut menangis kerana kesal dengan apa yang berlaku.

"Ketika hujan berhenti, ada petir yang menyambar ke tanah dan begitu dekat dengan kami," jelasnya.

Difahamkan, Gaga mempunyai kira-kira enam buah lagu lagi untuk dipersembahkan sebelum mengambil keputusan menamatkan konsert tersebut.




Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-9-2022 02:52 PM
Bertabahlah lady gaga.. tapi dpt refund tak?
Quote Omai 20-9-2022 03:57 PM
vuruksnyeee beliau dari dekat
Quote gideoncross 20-9-2022 07:01 PM
Omai replied at 20-9-2022 03:57 PM
vuruksnyeee beliau dari dekat

Aiol ingt muka iol je yg bnyk pores, rupa2 nya muka sheol pun sma.
Quote whimsicalmusic 20-9-2022 09:03 PM
Mekap die kemain tebal..dgn lipstick lebih dr bibil kekeke
Quote alesandra 20-9-2022 09:42 PM
okeyla tu..tgh perform pun.bukan saja2 nak cancel mcm adele

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.058454 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top