CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

IU Rai Ulang Tahun Ke-15 Dalam Industri Seni Dengan Beri Sumbangan RM653,000

20-9-2022 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2117| Komen: 3

Description: Sempena meraikan ulang tahun ke-15 berkecimpung dalam industri seni, penyanyi IU membuat sumbangan berjumlah kira-kira RM653,000.
Sempena meraikan ulang tahun ke-15 berkecimpung dalam industri seni, penyanyi IU membuat sumbangan berjumlah kira-kira RM653,000.

Jumlah tersebut diberikan kepada dua badan kebajikan iaitu Asan Foundation dan Seoul Metropolitan Child Welfare Association.


IG IU

IU menyampaikan sumbangan berkenaan di bawah nama UAENA, gabungan bersama kelab peminat.

Sumbangan itu bakal digunakan untuk tujuan membantu kos perubatan wanita dan kanak-kanak penghidap kanser yang berdepan dengan masalah kewangan.

Menerusi satu kenyataan, IU mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang telah banyak menyokong kerjaya seni selain berharap sumbangan yang diberikan itu dapat memberi manfaat kepada golongan memerlukan.


IG IU

"Kita telah sama-sama mencipta keajaiban sepanjang 15 tahun ini. Saya ingin berkongsi sesuatu dengan penuh rasa syukur.

"Saya harap kita akan terus bersama untuk membawa keajaiban kepada orang lain. Terima kasih dan saya sayang anda semua," ujarnya seperti yang dipetik dari Soompi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 20-9-2022 11:39 AM
cantikkkk
cuma lagu dia lemau² la hihi
Quote missyL 20-9-2022 12:47 PM
Makin tua makin lawa iu nie

Tgok hyori bed b breakfast tu iu ni mmg baik btol
Soft btol
Pastu sgt komited.

Ptt la bole berjaya
Quote Perawankota 21-9-2022 03:17 AM
Suka tgk fashion2 dia dalam series hotel Del Luna..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.282904 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top