CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rambut Cantik Tanpa Perlu Ke Salun

17-8-2015 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 4565| Komen: 7

Description: Ramai wanita lebih suka memilih ke pusat rawatan rambut atau salun kerana ia lebih cepat dan menjimatkan masa. Malahan segala yang ...
Oleh Izzah Abbasy

Ramai wanita lebih suka memilih ke pusat rawatan rambut atau salun kerana ia lebih cepat dan menjimatkan masa. Malahan segala yang diinginkan pasti menjadi kenyataan. Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi, ia tidak menjadi suatu masalah. Kerana bagi sesetengah wanita, mereka menganggap rambut sebagai mahkota yang perlu dijaga rapi dan perlu kelihatan cantik.

Sungguhpun begitu, bagi wanita yang rajin dan ingin memiliki rambut yang cantik, lembut dan sihat tanpa perlu menggunakan bahan yang dicampur dengan bahan kimia, masker buatan sendiri adalah suatu yang sangat bermanfaat. Walaupun kesannya agak lambat, tetapi ia sangat sihat bagi rawatan yang berpanjangan dan menjadikan rambut kekal cantik tanpa pelbagai masalah.

Jom, cuba buat sendiri di rumah.

1. SMOOTHIE BANANA
Ia kalau dapat dijadikan minuman memang lazat. Tetapi masker ini ternyata mempunyai lebih banyak kebaikan untuk merawat rambut. Antaranya masalah rambut bercabang dan kering di bahagian hujung. Bahan yang digunakan untuk membuat masker ini adalah pisang,sebiji telur,2 sudu madu,3 sudu susu tepung,dan 5 sudu minyak zaitun. Sebatikan kesemua bahan kemudian lumurkan kepada bahagian kepala. Biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas.

2. SANTAN
Gunakan 50ml santan pekat dan lumurkan ke seluruh rambut anda. Balut rambut dengan tuala suam. Biarkan selam satu jam. Bilas dengan air suam dan cuci dengan air syampu.Selepas itu, bilas dengan air sejuk.

3. MASKER AVOKADO
Hancurkan sebiji avodado dan campurkan dengan 1 sudu madu dan 2 sudu minyak zaitun. Urut dengan lembut di kepala anda dan biarkan selama 20 minit. Syampu seperti biasa dan bilas hingga bersih.

4. MASKER MADU DAN SUSU
Campurkan 100 gram susu tepung dengan 1 sudu madu. Lumurkan ke seluruh rambut sambil mengenakan urutan lembut. Biar selama 15 minit. Cuci dengan syampu kemudian bilas hingga bersih.

5. YOGURT
Pukul putih telur sehingga berbuih. Campurkan dengan 6 sudu yogurt. Lumurkan ke serata bahagian rambut dan biarkan selama 15-30 minit. Cuci dengan syampu dan bilas hingga bersih ya!

6. MADU DAN MINYAK ZAITUN

Banyak kegunaan minyak zaitun dalam masker rambut rupanya. Boleh juga digunakan bersama madu.Campurkan 3 sudu minyak zaitun bersama 2 sudu madu. Biarkan selama 15 minit dan bungkus dengan shower cap. Cuci dengan syampu dan seperti biasa, bilas hingga bersih.

7. MINYAK ZAITUN
Pukul 2 biji telur dan campurkan dengan 5 sudu minyak zaitun. Lumurkan ke serata rambut dan tutup kepala dengan shower cap. Biar selama 30 minit dan rasakan bagaimana panas tubuh membuat ramuan itu meresap ke dalam setiap rambut. Seperti biasa,cuci rambut dengan syampu dan bilas hingga bersih.

8. TELUR
Pukul 2 biji telur dan campur dengan air panas. Urut ke seluruh kepala. Gunakan hujung jari dan bukan dengan kuku. Biarkan selama 10-15 minit. Basuh dan bilas dengan air sejuk.

9. PISANG DAN MINYAK BADAM
Hancurkan pisang dan titiskan beberapa titis minyak badam. Lumur ke seluruh bahagian rambut dan biar selama 15-30 minit. Akhir sekali cuci dengan syampu dan bilas hingga bersih.


Amalkan masker ini dua minggu sekali. Jika anda rajin, lakukan 2 kali seminggu bagi mendapatkan hasil yang cepat. Selain menjimatkan wang anda, rawatan ini lebih selamat dan berkesan.

19

Bagus
23

Marah
14

Terkejut
26

Sedih
35

Lawak
32

Bosan

Friends Rank (149 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intriQue 22-9-2014 03:50 PM
tolong kopipes kan....


9 Masker UntukRambut Cantik

Tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak jika anda ingin memiliki rambut yang cantik,lembut dan sihat. Manfaatkan sahaja beberapa bahan yang ada di rumah sendiri.Cubalah 9 masker buatan sendiri ini. Selain mudah dan murah, ia juga berkesan merawat rambut rosak. Mungkin kesannya sedikit perlahan tetapi caranya tidak susah. Cubalah!

1. SMOOTHIE BANANA
Ia kalau dapat dijadikan minuman memang lazat. Tetapi masker ini ternyata mempunyai lebih banyak kebaikan untuk merawat rambut. Antaranya masalah rambut bercabang dan kering di bahagian hujung. Bahan yang digunakan untuk membuat masker ini adalah pisang,sebiji telur,2 sudu madu,3 sudu susu tepung,dan 5 sudu minyak zaitun. Sebatikan kesemua bahan kemudian lumurkan kepada bahagian kepala. Biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas.

2. SANTAN
Gunakan 50ml santan pekat dan lumurkan ke seluruh rambut anda. Balut rambut dengan tuala suam. Biarkan selam satu jam. Bilas dengan air suam dan cuci dengan air syampu.Selepas itu, bilas dengan air sejuk.

3. MASKER AVOKADO
Hancurkan sebiji avodado dan campurkan dengan 1 sudu madu dan 2 sudu minyak zaitun. Urut dengan lembut di kepala anda dan biarkan selama 20 minit. Syampu seperti biasa dan bilas hingga bersih.

4. MASKER MADU DAN SUSU
Campurkan 100 gram susu tepung dengan 1 sudu madu. Lumurkan ke seluruh rambut sambil mengenakan urutan lembut. Biar selama 15 minit. Cuci dengan syampu kemudian bilas hingga bersih.

5. YOGURT
Pukul putih telur sehingga berbuih. Campurkan dengan 6 sudu yogurt. Lumurkan ke serata bahagian rambut dan biarkan selama 15-30 minit. Cuci dengan syampu dan bilas hingga bersih ya!

6. MADU DAN MINYAK ZAITUN
Banyak kegunaan minyak zaitun dalam masker rambut rupanya. Boleh juga digunakan bersama madu.Campurkan 3 sudu minyak zaitun bersama 2 sudu madu. Biarkan selama 15 minit dan bungkus dengan shower cap. Cuci dengan syampu dan seperti biasa, bilas hingga bersih.

7. MINYAK ZAITUN
Pukul 2 biji telur dan campurkan dengan 5 sudu minyak zaitun. Lumurkan ke serata rambut dan tutup kepala dengan shower cap. Biar selama 30 minit dan rasakan bagaimana panas tubuh membuat ramuan itu meresap ke dalam setiap rambut. Seperti biasa,cuci rambut dengan syampu dan bilas hingga bersih.

8. TELUR
Pukul 2 biji telur dan campur dengan air panas. Urut ke seluruh kepala. Gunakan hujung jari dan bukan dengan kuku. Biarkan selama 10-15 minit. Basuh dan bilas dengan air sejuk.

9 PISANG DAN MINYAK BADAM
Hancurkan pisang dan titiskan beberapa titis minyak badam. Lumur ke seluruh bahagian rambut dan biar selama 15-30 minit. Akhir sekali cuci dengan syampu dan bilas hingga bersih.

Cuba masker ini dua minggu sekali untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Mungkin selepas ini anda akan lebih menghabiskan wang untuk menyediakan bahan-bahan ini dan bukannya menghabiskan wang dan masa anda di Salun. Selamat mencuba ya!
Quote Dia_Yuni 22-9-2014 04:18 PM
pernah sekali dua guna santan, rambut jd licin.

Quote clarizsa 22-9-2014 04:44 PM
great info...
Quote retnoel 22-9-2014 08:45 PM
Pnh pakai plain..yogurt tp x konsistan..sbb slalu tlupe..tp mmg lmbut la.
Quote Dark_Vampire 24-9-2014 12:07 PM
mane nak cari minyak badam?
Quote hanie_z 25-9-2014 02:28 PM
wahh.. mungkin boleh amalkan.
tapi, ikut kerajinan.heheheee
Quote aechae 26-9-2014 10:01 PM
kecik2 dlu slalu kna lumur dgn minyak kelapa or myk zaitun je..... maid aku pnah buh santan kt kpala dia....

berat kpala lah sbb berminyak2..... smpi nangis2 aku klu kna ltk myk ni...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.049372 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top