CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Irfan Harris Teringin Lagu Meletup Macam Casablanca

17-8-2022 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1268| Komen: 3

Description: Teringin lagunya menjadi tular seperti lagu rakan seangkatannya, penyanyi Irfan Harris walau bagaimanapun mengakui perkara itu bukan sesuatu yang mudah.Namun, Irfan, 21, bersyukur apabila single terba ...
Teringin lagunya menjadi tular seperti lagu rakan seangkatannya, penyanyi Irfan Harris walau bagaimanapun mengakui perkara itu bukan sesuatu yang mudah.


Namun, Irfan, 21, bersyukur apabila single terbaharunya, Bisik berjaya memasuki Carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selepas beberapa tahun cuba menghasilkan lagu hit.


IG Irfan

“Alhamdulillah, ini adalah pencapaian yang memberangsangkan buat Bisik.

“Apabila syarikat pengurusan ucapkan tahniah, saya tidak sangka dan terkejut. Kali terakhir lagu saya bolos Carta RIM adalah pada 2017 menerusi single Pesan.


“Kalau boleh saya nak lagu meletup macam lagu Casablanca tapi saya akui benda itu susah sedikit.

“Tapi lagu Bisik ini bagi saya sudah satu permulaan yang baik malah ia turut mencatatkan jumlah tontonan tinggi di aplikasi TikTok,” katanya kepada MH.



Irfan ditemui pada majlis pelancaran lagu Bisik di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Single hasil ciptaan sendiri bersama abang, Haiqal Iskandar dan sepupunya, Ubaidillah memasuki carta Top 10 Lagu Strim Paling Tinggi untuk minggu ke-29, iaitu sepanjang 15 Julai hingga 21 Julai lalu.

Bercerita lanjut mengenai single Bisik, Irfan berkata ia dihasilkan empat tahun lalu berdasarkan pengalamannya sendiri.



“Ketika itu, saya rindukan seseorang yang amat dekat di hati saya. Tetapi bukanlah teman wanita, sebaliknya, teman sekolah.

“Jadi, cara saya luahkan perasaan adalah melalui penciptaan melodi spontan. Saya ambil gitar dan terus petik sehingga tercetusnya idea lagu ini,” katanya.




Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 17-8-2022 01:09 PM
Sedap gak suara dia rupa pun ok
Quote AcikBuncit 17-8-2022 03:09 PM
Kuatnye gen mamak mukanya.. Tp suara dia ni mmg sedap je dr dlu lg acik perasan. Cume xda rzeki dia nk dpt lagu hit lg gamaknye
Quote Perawankota 17-8-2022 09:13 PM
Sedap, lagu n suara

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.040739 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top