CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Buat Rawatan IVF, Hadiah Untuk Hari Jadi Achey Yang Ke-36

17-8-2022 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2198| Komen: 10

Description: Isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya berkongsi perjalanan menjalani rawatan kaedah persenyawaan invitro (IVF) bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-36 suaminya.
Isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya berkongsi perjalanan menjalani rawatan kaedah persenyawaan invitro (IVF) bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-36 suaminya.


Nor Hasanah dalam satu hantaran di Instagram memberitahu rawatan itu dilakukan pada 6 Ogos lalu dengan merujuk kepada pakar IVF iaitu Dr Thokha Muhammad di sebuah hospital di Johor.

Rawatan itu juga katanya adalah sebagai hadiah terindah daripadanya buat Achey atau Mohd Nasir Hamzah.

Foto: IG

"Happy birthday sayang... Tahun ini hadiah terindah saya bagi dekat awak.

"Semoga Allah permudahkan urusan kita dunia dan akhirat.

"Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah serta sihat tubuh badan, amin.



Dalam hantaran sama, Nor Hasanah turut melahirkan rasa syukur kerana sepanjang perkahwinan mereka Achey telah menjaganya dengan baik.

Nor Hasanah juga berharap penantian 11 tahun mereka untuk menimang cahaya mata akan membuahkan hasil.

"11 tahun penantian kita, Insya Allah kita usaha, Allah yang tentukan," katanya.



Menerusi hantaran itu juga, Nor Hasanah turut berkongsi video perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk bertemu dengan Dr Thokha.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, pengikut media sosialnya turut mendoakan agar semua urusan dan usaha untuk mendapatkan cahaya mata pasangan itu dipermudahkan.



"Doktor ini sangat terkenal untuk IVF dan semoga berjaya. Semoga Allah mempermudahkan buat Achey dan Anne... Selamat hari jadi Achey!

"Happy birthday Achey, semoga dipermudahkan, Allah akan bantu hambaNya yang berusaha. Insya Allah berita gembira akan menyusul," tulis pengikutnya.


Untuk rekod, pasangan itu mengambil seorang anak angkat pada 2018 yang beri nama Nur Tiara Zinnirah Nasir, 4 tahun.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 17-8-2022 01:18 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga lekat..Aaamiin
Quote Zazama 17-8-2022 11:00 PM
Mudah2an Allah makbul doa utk dapat zuriat. Amin..
Quote TerataiMelur02 17-8-2022 11:03 PM
Comel la bini achey ni.
Semoga berjaya
Quote Gulugulu 27-8-2022 11:59 PM
Mudah mudahan ade rezeki.
Quote pocongkiutss 28-8-2022 12:41 AM
Pendapat iols..better announce bila dh berjaya lekat, lepas 1st trimester..kalau announce awal2..stress oo..pressure
Quote lee_sakura 28-8-2022 07:38 AM
semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Nenasketum 28-8-2022 08:58 AM
Lapar perhatian, tu jer nak cakap
Quote she 28-8-2022 09:05 AM
Macik tak suka lah berita2 macam ni
Benda2 hal laki bini pun nak cerita habis
Simpan lah dulu
Dah betul peknen esok
Haaa baru lah share
Pastu nanti gagal IVF
Keluar lah berita sedih lah depress lah
Acah terpaling sayu belaka

Penting ke berita ni untuk kita?
Quote pocongkiutss 28-8-2022 09:26 AM
she replied at 28-8-2022 09:05 AM
Macik tak suka lah berita2 macam ni
Benda2 hal laki bini pun nak cerita habis
Simpan lah dulu

Pendapat iols..share bila dh berjaya lekat..mcm Leeyanarahman dulu..dia ada buat private ig utk simpan journey ivf dia..tp dia tak reveal dr awal..bila dh berjaya baru dia inform. Utk org yg tgh consider utk buat IVF , mmg berguna bila org sharing pengalaman ni
Quote she 28-8-2022 12:51 PM
pocongkiutss replied at 28-8-2022 09:26 AM
Pendapat iols..share bila dh berjaya lekat..mcm Leeyanarahman dulu..dia ada buat private ig utk s ...

Betul

Kadang belum apa2 tapi dah dicanang
Kita tak tahu ada orang dengki ke apa
Dok doa yang tak baik supaya gagal
Patut dorang kongsi dengan family dulu sudah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052988 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top