CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Persatuan Dukun Indonesia Buat Laporan Polis, Dakwa Pesulap Merah Punca 'Job' Makin Kurang

16-8-2022 11:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1079| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Persatuan Dukun Indonesia tampil membuat laporan polis terhadap Marchel Radhival atau lebih dikenali sebagai Pesulap (Ahli Silap Mata) Merah yang dikatakan telah menghina profesio ...
Sumber Warta Oriental


Persatuan Dukun Indonesia tampil membuat laporan polis terhadap Marchel Radhival atau lebih dikenali sebagai Pesulap (Ahli Silap Mata) Merah yang dikatakan telah menghina profesion ahli bomoh.

Memetik laporan CNN Indonesia, laporan polis tersebut dibuat oleh wakil persatuan, Agustiar di Balai Polis Metro Jakarta Selatan selepas beberapa bomoh mendakwa kehilangan pendapatan akibat kandungan media sosial yang dimuat naik oleh Marchel.

Ketua Polis wilayah itu, Yandri Irsan berkata, ahli silap mata itu didakwa membuat penghinaan terhadap kerjaya bomoh menerusi pelbagai kandungan dalam YouTube dan Instagram.


Jelasnya, Marchel ada mengatakan bahawa individu yang bekerja sebagai dukun adalah seorang penipu.

"Berdasarkan laporan persatuan dukun, mereka berasa terganggu dan terancam dengan kandungan yang dimuat naik oleh lelaki itu.

"Malah, ada juga dukun yang mengaku kehilangan pelanggan disebabkan kandungan yang dibuat Marchel," kata Yandri.

Marchel dan wakil Persatuan Dukun, Agustiar

Kata Yandri lagi, individu yang membuat laporan polis turut menyerahkan sejumlah bukti dan pihaknya sedang meneliti laporan dengan menjalankan soal siasat terhadap saksi. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 16-8-2022 12:57 PM
Apesal byk sgt benang pasal indon kt cari arini...tt meraikan mbak friska ke
Quote encikWawad 16-8-2022 02:41 PM
apa guna report polis
santet je lah
kata dukun handalan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057419 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top