CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aktivis Simen Lubang Golf Tak Puas Hati Dikecualikan Larangan Pembaziran Air

15-8-2022 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1306| Komen: 2

Description: Aktivis iklim yang bekerjasama dengan pertubuhan alam sekitar, Extinction Rebellion menyimen lubang-lubang golf di Perancis sebagai tanda protes apabila padang golf dikecualikan daripada larangan pemb ...
Aktivis iklim yang bekerjasama dengan pertubuhan alam sekitar, Extinction Rebellion menyimen lubang-lubang golf di Perancis sebagai tanda protes apabila padang golf dikecualikan daripada larangan pembaziran air semasa Perancis dilanda kemarau paling buruk dalam sejarah, lapor akhbar New York Post semalam.




Kerajaan Perancis mengarahkan rakyat mengelak menggunakan air untuk aktiviti tidak penting seperti mencuci kereta dan menyiram tanaman.

Bagaimanapun, aktivis-aktivis mengadu bahawa padang-padang golf dibenarkan untuk menyiram rumput.





Bantahan itu dilakukan di kelab golf Vieille-Toulouse dan Garonne des Sept Deniers. 

“Padang golf tanpa rumput adalah seperti gelanggang ais tanpa ais,” kata Gerard Rougier daripada Persekutuan Golf Perancis ketika mengulas pengecualian itu kepada laman berita France Info.

Extinction Rebellion menyiarkan gambar di laman Twitter menunjukkan lubang-lubang golf diletakkan simen dan papan tanda bertulis ‘Lubang ini ‘meminum’ 277,000 liter air. Adakah anda minum sebanyak itu? #Hentikan Golf’.




Twitter Extinction Rebellion

“Kegilaan ekonomi lebih diutamakan daripada alasan ekologi,” demikian menurut petisyen bertujuan untuk membatalkan pengecualian yang diberikan kepada padang-padang golf di Perancis semasa musim kemarau.

Larangan pembaziran air dikuatkuasakan mengikut budi bicara pegawai wilayah dan setakat ini hanya Ille-et-Villaine di barat Perancis yang melarang penyiraman padang golf.



Perancis merupakan antara negara paling teruk terjejas akibat keadaan panas dan kering yang melanda seluruh Eropah dengan ramai anggota bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran hutan di barat daya Perancis.


Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 15-8-2022 10:48 PM
tudiaaa

nak letak satu lubang kat padang golf tu pun cemuih proses dia

sekali kena simen.. memang berguling la management nangis
Quote shamsadis 16-8-2022 09:15 AM
ini baru betul, takala politician takut kepada kapitalis, rakyat bangkit

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.099847 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top