CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Bertubuh 'Comel' Minat Ride Kalis Kecaman Netizen

15-8-2022 03:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1492| Komen: 8|Original author: Tatod

Description: Jantina, usia, latar belakang mahupun saiz fizikal seseorang bukanlah penghalang untuk meminati atau memiliki hobi tertentu.
Sumber mStar


Jantina, usia, latar belakang mahupun saiz fizikal seseorang bukanlah penghalang untuk meminati atau memiliki hobi tertentu.

Memetik perkongsian mStar, gadis Kelantan berusia 19 tahun, Nur Elisa Shafika Mohd Bakri ini mula meminati permotoran sejak zaman kanak-kanak lagi, namun menjadikan aktiviti itu sebagai hobi selepas tamat persekolahan.

Selesa disapa sebagai Icha, gadis itu kerap berkongsi video mengenai hobinya menerusi aplikasi TikTok sehingga salah satu video miliknya meraih setengah juta penonton.


Pun begitu, di sebalik sokongan daripada netizen, ada juga segelitir pengguna aplikasi tersebut yang mengecam mengenai fizikalnya.


"Sejujurnya, saya terkejut apabila video tular. Setiap video ada komen kecaman, seolah-olah menghina saya. Pada saya, boleh nak komen tapi jangan sampai menghina.

"Tapi, nak buat macam mana? Sebab itu hobi saya. Rasa sedih itu ada tapi saya tapi saya tak putus semangat. Biarlah orang hina.

"Ada sekali tu, seseorang komen, dia kata kesian dekat motor. Kalau motor boleh bercakap, mesti motor penat. Itu antara komen yang saya ingat." katanya.


Bagaimanapun, kata gadis itu, dia bersyukur kerana masih ramai memberi sokongan kepadanya menerusi media sosial.

Dedahnya, ada juga kaum hawa menghantar mesej kepadanya memohon tunjuk ajar untuk menceburi hobi permotoran itu.

"Kadang-kadang apabila saya keluar, ada orang datang tegur. Mereka kata kenal saya melalui video viral TikTok," ulasnya yang sebelum ini berhadapan dengan tetangan keluarga. - CARI

Sumber mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 15-8-2022 03:40 PM
apa aje content yg masuk medsos
dari masak ke bela ikan la... jahit baju mekap semua mmg akan kena kecam..
kdg2 yg decent pon kena kecam so mmg kena hadap nurtizen ni.. kalau tisu mmg xtahan le..
unless saiko mcm alip sukri iqbal bida etc
Quote friedfishsoup 15-8-2022 04:06 PM
cikatilia replied at 15-8-2022 03:40 PM
apa aje content yg masuk medsos
dari masak ke bela ikan la... jahit baju mekap semua mmg akan kena  ...

Saiko macam Kuin juga
Quote syaz_lina 16-8-2022 09:14 AM
biorlah hobi dia, bukan minta sedekah nurtizen pun
Quote MadameOnion 16-8-2022 09:34 AM
tak kisah pasal hobi..tapi aku yg kecik berganda dari dia pun tak berani pakai ketat macam tu..konpiden betholll
Quote insulin 16-8-2022 10:20 AM
Hobi menunggang motor tu dah ok. Hobi modding motor tu agak menyakitkan mata.
Quote tootii 16-8-2022 06:04 PM
apa pun hobi adik, hati2 bawak motor tu ye. tp klau akak, takut nk bawak motor wpun aku kurus haha.. tak belen akak ni ..
Quote encikWawad 17-8-2022 07:49 AM
kesian moto ehh
Quote ezacbee 22-8-2022 01:28 PM
Vid atas tu cam xmampu motor tu nak menampung.

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-9-2022 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.078298 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top