CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Perangai B40 Gatal Tangan, Habis Rosak Dekorasi Lego Dalam Mall

14-8-2022 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7426| Komen: 104

Description: Susunan blok lego gergasi membentuk perkataan 'Sunway Carnival' yang menjadi sebahagian daripada dekorasi pusat beli-belah di Pulau Pinang itu nampaknya tidak berkekalan apabila ia punah diusik sebaha ...
Susunan blok lego gergasi membentuk perkataan 'Sunway Carnival' yang menjadi sebahagian daripada dekorasi pusat beli-belah di Pulau Pinang itu nampaknya tidak berkekalan apabila ia punah diusik sebahagian pengunjung tidak bertanggungjawab.




Menerusi perkongsian seorang pelayar Facebook, kelihatan ramai pengunjung dewasa dan kanak-kanak terlebih teruja bermain-main dengan binaan lego itu sehingga menghilangkan rupa asalnya.




FB

Tambah individu itu, dia kasihan mengenangkan nasib kakitangan pusat beli-belah itu yang terpaksa menyusun semula blok lego berkenaan.

Menurut seorang individu lagi, mustahil pengunjung tidak peka akan larangan mengubah dekorasi itu memandangkan ada poster pemberitahuan yang diletakkan berdekatan.

Foto-foto kerosakan binaan lego dalam pusat beli-belah itu turut dimuat naik ke laman Facebook sehingga ia mencuri perhatian netizen.




FB

Posting yang dibuat menerusi group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini turut menimbulkan kekecohan apabila ramai yang tidak bersetuju dengan tingkah-laku pengunjung pusat beli-belah itu.

"Bukti otak B40 terlalu kreatif, kita sebagai rakyat Malaysia kena bangga apabila ada manusia kreatif macam ni.

"Tolong baca sebelum buat apa-apa. Cikgu sekolah dah ajar, baca dulu soalan sebelum beri jawapan.


FB

"Perangai gatal tangan kot, jenis tak reti duduk diam. Yang mak ayah pun.

"Tengok pakaian selekeh macam tu dah tahu B40. Jadi memang mentaliti kosong.

"Aku paling menyampah dengan bangsa B40. Dia punya pekat tak boleh bincang," tulis beberapa netizen.

Namun, ada juga individu yang tidak bersetuju dan beranggapan tidak semua individu yang merosakkan binaan lego itu terdiri daripada golongan B40.


Susunan asal blok lego yang membentuk perkataan Sunway Carnival.

Malah, ada yang turut mempertikaikan poster larangan dalam bahasa Inggeris kerana dikatakan sepatutnya ditulis menggunakan bahasa Kebangsaan.

"Mesti tulis amaran dalam bahasa Kebangsaan barulah faham dan masuk ke hati.

"Golongan B40. Patut tulis bahasa Melayu, Mandarin, Tamil atau Jawi. Mereka tak faham bahasa England," ujar seorang lagi pelayar Facebook.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 14-8-2022 05:18 PM
Even letak bahasa arab sekali pung..
Kalau dah oerangai suka vandalism..tehtap gitu jua....
Quote sharlenetexas 14-8-2022 05:21 PM
Selayak piap tangan tu.


Quote sharlenetexas 14-8-2022 05:23 PM
Letak pokgad dengan pembaris 1 meter piap tangan mereka yg gatal tangan.


Quote Tinot7 14-8-2022 05:23 PM
Ehh.. ada bifoti kat penang ka? Bkn ka makmur apa sumer bagai kat sana?
Quote jas7512 14-8-2022 05:27 PM
Bkn seme yg selebet tu b40..apek yg suka pakai short dan singlet putih duit kepok2 dlm bank....i pun selebet juga....adakah dicop b40
Quote testly 14-8-2022 05:31 PM
Xyah le hina kata org tu org ni...setakat tgk dr jauh je..yg viralkan ni pun mengundang fitnah je...  
Knp x ltk rope barrier tu keliling..jadi org tsu x boleh dekat sentuh, hny bergambar n tgk
Quote Tinot7 14-8-2022 05:32 PM
jas7512 replied at 14-8-2022 05:27 PM
Bkn seme yg selebet tu b40..apek yg suka pakai short dan singlet putih duit kepok2 dlm bank....i pun ...

Mak iols pernah citer kat pekan kg halaman iols ni ada apek naik beskal buyuk, pakai singlet sluar katok..
Ingatkan semikin, bila tgk dia balik, umah tersergam indah rega dekat jota kott..

Dak satu kumpulan dgn iols masa blajaq master dolu2 pun sama.. cainis, dah kawen.. nampak selebet jahh.. tup2 kawan satu kumpulan habaq mamat ni bawak duit cash 13k dlm beg selebet dia sbb nak pi beli emas.. gilerr..
Quote rashiman 14-8-2022 06:34 PM
apa bukti yg buat tu B40...
Quote gideoncross 14-8-2022 06:44 PM
Letak warning pkai English, ptut lh x fham.
Quote besi_kelabu 14-8-2022 06:50 PM
segala benda tak elok tuduh b40 buat. mentaliti ke arah negara berkasta dah kita ni padahal takde bukti pun org yang buat tu dlm kelas mana..
Quote orkid_amani 14-8-2022 06:56 PM
Tinot7 replied at 14-8-2022 05:23 PM
Ehh.. ada bifoti kat penang ka? Bkn ka makmur apa sumer bagai kat sana?

Belah mainland ramai ja bifoti..kat island ja xdak rltempat utk bifoti
Quote imanjannah 14-8-2022 06:59 PM
ni baru lah keluarga Malaysia.. semua wakil kaum ada
Quote Mary_jane 14-8-2022 07:04 PM
Benda gini patut letak tali penghadang sekeliling. Baru masing2 sedar oh ini tak boleh sentuh.
Quote LautBiru52 14-8-2022 07:07 PM
Poster peringatan tu letak kat belah mane? Ke besar kertas A4 je?
Quote Zack8hunter 14-8-2022 07:21 PM
aku rasa ramai yg x perasan signage tu.. bila tgk ada org yg kerumun, secara auto yg lain pun akan dtg kerumun gak.. last2 golongan B40 juga yg disalahkn
Quote nikaido 14-8-2022 07:56 PM
mall pun, pakaila menatang ni tutup keliling. shoping complex dkt rumah tiap2 tahun buat deepavali rice art takde penah org dtg sepak ke apa
Quote mojarean_X 14-8-2022 08:01 PM
Iols cuma nk kata orang2 yg suka guna istilah B40 utk tujuan downgradekan seseorang ni yakin ke seumur hidup mereka x kan terjerumus dlm B40.
Quote nikaido 14-8-2022 08:04 PM
besi_kelabu replied at 14-8-2022 06:50 PM
segala benda tak elok tuduh b40 buat. mentaliti ke arah negara berkasta dah kita ni padahal takde bu ...

B40 disini bermaksud mentaliti [sepertimana admin group B40 Buat Perangai Apa Harini - (sumber artikel diatas) maklumkan] bukannya taraf pendapatan. org kaya tp buat perangai mcm alif sukri tu pun dikira B40 mengikut group
Quote annehuda 14-8-2022 08:05 PM
orkid_amani replied at 14-8-2022 06:56 PM
Belah mainland ramai ja bifoti..kat island ja xdak rltempat utk bifoti

Motep takde uols biar betik. Kt island tu belah2 teluk kumbar balik pulau banyak lagi kampung noks siap ada sawah padi kt situ kot.

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.065826 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top